"Aku turun bawah nak jumpa kau dengan elok bukan nak cari gaduh dengan kau,” kata Maria. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bertentangan dengan Luna.
Luna sudah pun duduk sambil bersilang kaki. Pandangan Luna sudah menjadi pandangan menyampah.
“Aku datang ni pun bukan nak jumpa dengan kau sangat pun. Kalau bukan disebabkan wartawan tahu aku balik, aku pun tak akan jejak masuk rumah ni,” balas Luna.
Dayyan memandang Luna dan Maria yang sedang bersembang di ruang tamu. Entah apa yang disembangkan. Nampak serious je. Seram juga dia tengok anak-beranak seperti itu. Betullah orang kata ‘Like mother like daughter’.
“Hah! Duk tengok anak dara orang tu kenapa?” sergah Pak Mat. Terhinjut bahu Dayyan dengan sergahan ayahnya, Pak Mat.
“Ish ayah ni. Terkejut Dayyan. Bagilah salam dulu kalua nak sergah pun.” Pak Mat mencebik.
“Yelah… Assalamualaikum anak ku.”
“Waalaikumussalam bapak ku.” jawab Dayyan sebelum Kembali melihat perbualan Luna dan Maria. Telinga didepankan sedikit.
Namun, tak ada satu pun yang dia dapat dengar. Pak Mat pula pelik melihat anak terunanya.
Pak Mat menepuk bahu Dayyan. Dayyan tersentak dan menggosok bahunya yang ditepuk oleh ayahnya. Boleh tahan juga tangan bapak aku ni. Pedih juga pukulan ayahnya.
“Yang kamu khusyuk sangat tu kenapa? Telingan dengan mata ni gatal sangat nak menyibuk.”
“Arggh! Ayah! Sakitlah,” adu Dayyan. Dia menggosok telinganya yang dipiat oleh Pak Mat tadi. Matanya sempat menjeling Pak Mat.
“Elok sangatlah tu menjeling ayah. Aku jolok kang mata tu?” terdiam Dayyan mendengar hujah ayahnya.
“Dayyan bukan apa…tapi Puan Sri dengan anak dia memang macam tu ke? Serious je tengok. Lagi-lagi anak dia tu. Siapa eh nama dia?” tanya Dayyan kepada Pak Mat.
“Luna,” jawab Pak Mat.
“Ha…si Luna tu. Dingin je muka. Dengan ayah je dia senyum tapi depan Puan Sri. Meremang bulu roma Dayyan ni,” sambung Dayyan.
“Puan Sri memang daripada dulu macam tu cuma Luna je yang berubah. Dulu dia periang orang nya. Senyum je tapi layanan Puan Sri membuatkan dia macam tu.” Dayyan memandang Pak Mat untuk meminta penjelasan. Dia tidak faham.
“Maksud ayah?” tanya Dayyan. Kini pandangannya sudah berubah. Dia memandang Pak Mat manakala Pak Mat memandang Luna.
“Sejak dari kecil Luna kena dera dengan Puan Sri. Bukan itu aja. Semua benda yang dia minta dia mesti dapatkan. Kalau tak dapat, Luna yang akan jadi mangsanya. Semua yang dia suruh Luna buat, Luna pasti akan buat. Puan Sri menganggap Luna seperti hambanya sendiri bukan sebagai anaknya. Sebab itu selesai sahaja Luna menamatkan musim sekolah menengahnya, dia terus pergi ke Itali dan mula menginap di sana. Dan yang paling menyedihkan adalah Luna pergi ke Itali menggunakan duit hasil kerja sambilannya. Puan Sri tidak memberi dia satu sen pun,” terang Pak Mat.
“Tan Sri?” tanya Dayyan. Takkan lah Tan Sri tidak simpati dengan Luna?
“Tan Sri ada memberi duit kepada Luna tetapi tidak sampai ke tangan Luna. Puan Sri ni licik orangnya. Seperti apa yang ayah cakap tadi. Apa yang dia nak mesti dia akan buat. Dia tahu yang Tan Sri memberikan duit kepada Luna jadi dia memujuk Tan Sri untuk menyerahkan duit itu kepadanya biar dia sendiri yang beri kepada Luna. Tapi…semua duit itu dia guna. Bukan dia serahkan kepada Luna pun,” sambung Pak Mat.
Dayyan mula berasa simpati ke atas Luna. Sangat pahit kehidupan Luna. Bak kata orang, ‘ Kaya tidak semestinya Bahagia ‘.
Pap!
Terkejut Dayyan dengan bunyi ketukan meja yang sangat kuat. Dia terus memandang ke arah ruang tamu. Dayyan dapat lihat wajah Luna yang sangat bengis.
***
Luna mengetuk meja dengan sangat kuat. Bukan itu saja tapak tangannya pun turut berdarah kerana dia mengetuk meja dengan satu cawan kaca. Pecah terus cawan itu dibuatnya.
Wajahnya merah menahan marah. Maria hanya beriak biasa seperti tiada apa pun yang berlaku. Pandangan mata Luna terhadap Maria sangat tajam.
“Aku bukan anjing peliharaan kau yang kau boleh buat macam dulu! I’m not a toy that you can play with! Aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Aku bukan hamba kau yang aku boleh buat sesuka hati. I’m your daughter!” tegas Luna berkata. Dia berdiri dengan betul. Tapak tangannya yang berdarah dibiarkan.
“You are not my daughter,” kata Maria.
“Yes! I’m your daughter. Remember that,” pesan Luna sebelum melangkah pergi. Titisan darah tapak tangannya sahaja yang setia menemaninya.
“Bik!” panggil Maria. Tergesa-gesa bibik barunya berlari.
“Ye, Puan Sri.”
“Kau pergi bersihkan lantai tu. Aku tak nak rumah aku bau darah anjing.” selamba sahaja Maria berkata sebelum melangkah naik ke tingkat atas.
***
Luna membuka peti sejuk dan mengambil satu botol kaca yang berisi susu segar. Dia menuangkan susu tersebut ke dalam satu cawan kaca sebelum diminum.
“Kamu tidak tidur lagi, Luna?” tegur Pak Mat. Luna tersenyum sebelum melihat Dayyan sekilas. Dayyan pun turut begitu. Dia segan memandang Luna.
“Macam mana dengan tangan kamu tu? Teruk Pak Mat tengok.” tanya Pak Mat. Luna memandang tapak tangannya yang sudah berbalut.
“Sikit je ni Pak Mat. Luna pernah kena teruk lagi daripada luka ni.” Pak Mat sedikit tersentak dengan kata-kata Luna. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Luna. Suasana kembali sunyi.
Luna meminta diri terlebih dahulu. Matanya tiba-tiba sahaja mahu tertutup. Luna baringkan badannya ke atas katil.
Baru sahaja dia mahu memejamkan matanya tiba-tiba pintu biliknya diketuk daripada luar.
Tok! Tok!
Luna mendengus sebelum memakai bathrobenya memandangkan dia hanya memakai baju tidur separas lutut sahaja.
Kemudian, dia mula melangkah ke pintu biliknya. Dia baru sahaja mahu memejamkan matanya. Kacau betul.
Luna membuka pintu nya dan terpampanglah wajah kacak Dayyan. Dia memandang tangan Dayyan yang sedang memegang first aid kit. Dia nak buat apa dengan benda ni?
“Err…Pak Mat suruh saya tolong rawatkan luka awak,” kata Dayyan sambal menundukkan pandangannya.
Dia sebenarnya malu dan segan. Pertama kali dia bercakap dengan Luna. Lagi-lagi Luna merupakan seorang perempuan.
Luna tidak membalas sebaliknya dia membuka pintu biliknya lebih luas. Dayyan hanya memandang Luna dengan pandangan yang pelik.
“Kenapa pandang aku macam tu? Masuklah,” kata Luna.
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...