☾︎ Bab 39 ☽︎

1K 30 3
                                    

Luna termenung menghadap telefon bimbitnya. Sekejap dia on, sekejap dia off. Kehadiran Kai di pintu pejabatnya pun dia tidak sedar.

Fikiran dia sibuk memikirkan tentang Dayyan. Semalam merupakan panggilan terakhir daripada Dayyan. Hari ini, Dayyan langsung tidak menghubungi dia.

Bunyi ketukan pintu di biliknya mematikan lamunannya. Luna mengangkat kepalanya memandang pintu pejabat. Kelihatan Kai bersandar pada pintu.

"Jauh termenung." Luna tersenyum nipis. Dia menggelengkan kepalanya.

"Sibuk fikir bila aku boleh balik," kata Luna. Kai ketawa kecil sedar yang Luna sedang menipu dia.

"Liar," sebut Kai sebelum melabuhkan punggungnya di hadapan Luna. Wajah Luna kelihatan murung. Sangatlah murung sehingga Kai tahu akan perkara itu.

"Dayyan ke?"

"Hah?"

"Kau fikir pasal Dayyan ke?" soal Kai. Luna terdiam seketika. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Call lah dia. Tanya dia okay ke tak. Tak payah nak tunggu."

Luna mengeluh dan membetulkan badannya. Telefon diletakkan di tepi kemudian dia tersenyum kepada Kai.

"Tak apalah. Aku tak nak ganggu dia."

"Dia busy ke sangat ke sampaikan tak call kau? Dia kerja ke?" soalan itu mematikan senyuman Luna. Benar juga apa yang dikatakan oleh Kai.

Luna menggelengkan kepalanya perlahan. Kai berpeluk tubuh kemudian mengeluh.

"Habistu? Kenapa dia tak call kau?" Luna mengangkat bahunya menandakan dia sendiri pun tidak tahu.

"Cuba kau call je dia dulu. Aku tak nak lah cakap yang bukan-bukan tapi there's something wrong. Somewhere," ujar Kai. Luna memandang Kai lama sebelum telefon dia ditenung.

Akhirnya, Luna mengambil juga telefonnya. Nombor Dayyan ditekan. Agak lama juga dia menunggu Dayyan.

"Hello? Hubby!" Luna kembali ceria. Risau juga dia kalau Dayyan tidak menjawab panggilan dia.

"Eemmm..." agak pelik juga Luna apabila Dayyan hanya menjawab begitu sahaja.

"Dayyan sihat?" soal Luna.

"Sihat."

"Tengah buat apa tu?"

"Tengah fikir pasal Luna." makin lebar senyuman Luna. Kai pun turut tersenyum kepada Luna sebelum dia mminta diri untuk keluar daripada bilik itu.

Melihat je Kai sudah keluar daripada bilik, Luna terus berdiri bangun.

"Dayyan, kita video call nak tak?"

"Tak payahlah."

"Ala... Nak tengok Dayyan...," rengek Luna. Telinga dia sempat menangkap keluhan Dayyan sebelum Dayyan pun setuju untuk video call bersama dia.

Melihat saja wajah Dayyan di skrin telefon, senyum sampai ke telinga Luna dibuatnya. Namun, senyuman itu hanyalah untuk seketika. Wajah kosong Dayyan membuatkan Luna sedikit terkilan.

"Dayyan kenapa? Tak sihat ke?" soal Luna prihatin. Risau pula. Kalau dia tahu Dayyan sakit, sudah lama dia balik ke sana menjaga suaminya.

"Mana dia?" suara Dayyan tidak seperti biasa. Agak tegas dan berbeza daripada sebelum ini. Luna dapat merasakan sesuatu yang lain. Sesuatu masalah serius. Tetapi apa?

"Siapa dia?" berkerut kening Luna.

"Kai."

"Ooo... Dia buat kerja dialah," jawab Luna dengan jujur.

"Dia buat apa dengan Luna dekat sana?" tanya Dayyan serius. Wajahnya langsung tidak tersenyum. Garang semacam.

"Diakan PA Luna... Mestilah kerja sekali dengan Luna."

"Habistu? Kenapa tak bagitahu!" tiba-tiba Dayyan menaikkan suara dia. Wajah dia sangatlah tegang. Tersentak Luna dibuatnya.

Suasana menjadi senyap untuk seketika. Dayyan dengan wajah seriusnya, Luna dengan wajah terkejut.

"Luna ingatkan Dayyan dah tahu jadi..."

"Luna tu isteri Dayyan! Kenapa tak bagitahu pergi sekali dengan dia! Berdua!" tengking Dayyan.

Luna tidak mampu membuka mulut. Dia tidak mampu melawan Dayyan kerana dia menghormati Dayyan sebagai suaminya. Dia sudah berubah dan tidak ingin menjadi Luna yang dahulu.

"Luna minta maaf," ucap Luna bersama kepala yang tertunduk. Kedengaran keluhan Dayyan.

"Ni bila nak balik?" suara Dayyan kembali menjadi biasa. Luna menggelengkan kepalanya.

"Mungkin lagi 3 hari," jawap Luna. Luna mengangkat kepalanya dan melihat Dayyan yang sedang meraup rambut dia ke belakang. Seperti orang sedang stress pun ada. Dayyan nampak lain.

"Dayyan tak sihat ke? Rehatlah kalau penat," kata Luna. Risau dia melihat keadaan Dayyan. Nampak lain.

"Memang aku penat. Penat gila."

Panggilan terus tamat. Luna tercengang dan kaku. Dia salah dengar ke?

"D...Dayyan?" Dia termenung memandang skrin telefonnya. Apa yang jadi? Kenapa Dayyan jadi macam itu? Dia ada buat salah ke?

***

Dayyan mengeluh kasar sebaik saja mematikan panggilan. Dia berasa agak bersalah kerana mematikan panggilan begitu saja.

Namun, apa yang dia boleh buat? Dia sudah tidak mampu menahannya dan takut dia terlepas marah dia ke Luna.

Telefon dia dibuka kemudian matanya tajam melihat gambar itu. Hatinya menjadi panas. Otak dia kusut. Sangatlah kusut.

Sudahlah dia mempunyai masalah, tambah pula masalah lagi satu.

Wajah Kai bersama Luna ditenung lama. Perasaan benci semakin melonjak naik apabila melihat betapa rapatnya Kai dan Luna sehingga boleh berpeluk.

"Dayyan, awak kenapa?" suara itu menarik perhatiannya. Dia menoleh ke belakang memandang Nadia yang baru saja keluar dari bilik air.

Dayyan tidak senyum dan hanya menggelengkan kepalanya. Bagaimana dia mahu memberitahu Luna tentang masalah dia sekarang?

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now