☾︎ Bab 21 ☽︎

1.1K 41 1
                                    

Dayyan masih memikirkan tentang hal tadi.

Ceraikan dia.

Cadangan Zain tadi sangatlah mengekutkan dia. Bagaimana dia mahu ceraikan Luna? Tidak mungkin. Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju.

Cuba kosongkan fikirannya sebelum buku yang diambilnya tadi dibuka lalu dibaca.

Semoga hilanglah serabut di kepalanya sekarang.

Dayyan terganggu apabila merasakan katil sedang bergerak menandakan ada yang sedang berada di atas katil bersamanya.

Dayyan mengangkat bukunya ke atas sedikit dan tanpa amaran Luna terus baring di tengah-tengah Dayyan. Kepalanya disandarkan pada perut Dayyan.

Dayyan tidak melarang atau sebagainya. Sebaliknya dia hanya membiarkan sahaja sebelum kembali membaca buku.

Luna yang sedang baring turut membaca apa yang Dayyan baca. Tangan Dayyan yang menyelak helaian novel menarik perhatian dia.

Dayyan sedikit terkejut apabila tangannya dipegang oleh Luna. Luna meneliti tangan itu sebelum bertanya,

"Mana cincin?"

Dayyan diam. Luna teruskan merenung tangan Dayyan. Satu-satu jari dimainnya.

"Dayyan tak suka cincin tu ke?" tanya Luna sekali lagi. Dia tidak memandang Dayyan. Hanya fokus bermain dengan jari jemari Dayyan.

"Err...bukan tak suka tapi-"

"Jangan bagi alasan yang sama. I don't like it. Apa salahnya kalau orang lain tahu?" potong Luna sebelum dia mendongakkan kepalanya.

Matanya bertemu dengan mata Dayyan. Dayyan masih mendiamkan diri. Dia tidak tahu ingin kata apa.

"Why?"

"Dayyan cuma..." Dayyan berhenti di situ dan melarikan pandangannya. Dia sangatlah gugup. Apabila melihat mata Luna yang sayu membuatkan dia rasa bersalah.

"Tak apalah....it's just a ring," ujar Luna sebelum dia bangun dan mula turun katil.

Baru sahaja Luna mahu melangkah pergi, tangannya dipegang erat dari belakang. Dia tidak menoleh ke belakang.

"Luna. Dayyan minta maaf. Dayyan tak ada niat pun tak nak pakai cincin yang Luna beli tu cumanya..." sekali lagi Luna memotong.

Luna menoleh ke belakang sebelum mengukirkan senyuman yang pastinya senyuman tawar.

"Tak apa. Itu kehendak Dayyan nak pakai ke tidak. It's just a ring anyway. Luna nak pergi tandas sekejap," kata Luna sebelum melangkah ke bilik air.

Nak tak nak, Dayyan kena juga melepaskan tangan Luna. Matanya memandang sayu ke arah Luna.

"Dayyan minta maaf," kata Dayyan perlahan sebelum menundukkan kepalanya.

Luna mengunci pintu bilik air terlebih dahulu sebelum dia bersandar pada pintu itu. Tangannya diangkat lalu cincin yang tersarung cantik di jarinya ditenung.

"Kenapa?" soal Luna sendiri. Cincin itu dibuka lalu dia membaca ukiran di dalam gelung cincin yang berbentuk bulat.

Dayyan ♡︎ Luna

Itulah perkataan yang diukir di cincin itu. Cincinnya dan cincin Dayyan sama dan dilakar oleh Luna sendiri.

Luna tersenyum tawar melihat cincin itu.

"Mungkin...aku je yang beria lebih," kata Luna sendiri sebelum cincin itu disarung kembali.

***

Dayyan mengalihkan badannya menghadap Luna yang sedang baring membelakanginya. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan.

Sebelum Luna baring tadi, Luna tidak pandang pun dia dan...

Yang paling penting, goodnight kiss pun tak ada.

"Luna? Dah tidur ke?" tanya Dayyan dengan perlahan. Luna mengumam. Dayyan tahu Luna terasa dengannya.

Dia turun dari katil lalu mengambil sesuatu sebelum kembali ke katilnya. Bahu Luna ditolak perlahan.

"Luna," panggil Dayyan.

"Dayyan nak apa?" agak dingin suara Luna. Dayyan mula menjadi gelisah dan kata-kata Zain bermain di dalam fikirannya.

Macam mana kalau Luna betul-betul bosan dengan aku?

"Err...Dayyan nak minta maaf dan... Luna pandang sini sekejap."

Luna mendengus sebelum memusingkan badannya menghadap Dayyan.

Cupp!

Terkejut Luna dengan ciuman Dayyan di pipinya.

Wajah Dayyan mula menjadi merah. Malu pula dia apabila dia dengan relanya mengucup pipi Luna.

"Tengok ni. Dayyan dah pakai!" Dayyan menunjukkan jari manisnya yang telah pun tersarung cincin pemberian Luna.

Dia mengukirkan senyuman manis berharap Luna kembali semula seperti dulu.

Wajah Luna kosong. Tidak beriak langsung. Senyuman Dayyan mula mengundur.

"Luna. Dayyan minta maaf sangat sebab Dayyan tak pakai cincin ni. Dayyan janji. Mulai malam ni, Dayyan akan pakai cincin ni. Sampai bila-bila," ujar Dayyan.

Luna mengangkat kening sebelahnya.

"Betul?" tanya Luna. Dayyan menganggukkan kepalanya.

"Sampai bila-bila?" Dayyan menganggukkan kepalanya sekali lagi.

"Promise." Luna menunjukkan jari kelingkingnya.

"Promise." Jari kelingking dia bersatu dengan Dayyan. Senyuman mula muncul di wajah Luna. Teringat pula dia perjanjian antara dia dan Dayyan dahulu.

"Now. I want you to kiss me like before," arah Luna. Dayyan terdiam.

"Cepatlah Dayyan... Tadi Dayyan volunteer nak buat tak. Sekarang. Luna nak lagi."

Mata Dayyan terkebil-kebil. Dia menjadi malu sendiri.

"Tutup mata. Dayyan malu," kata Dayyan. Luna menjadi geli hati dengan perangai comel suaminya.

Mata Luna terpejam menunggu ciuman Dayyan. Dayyan menarik nafas dalam-dalam sebelum mendekatkan wajahnya pada Luna.

Luna mencelikkan matanya sedikit sebelum dia terus menindih Dayyan dengan laju dan bibirnya terus meragut bibir Dayyan.

Terbuntang mata Dayyan. Tangannya naik memeluk pinggang Luna dan lehernya dipeluk erat oleh Luna.

Matanya dipejam menikmati kucupan Luna. Tidak lama selepas itu, Luna meleraikan ciumannya. Dia tersenyum sampai ke telinga melihat wajah Dayyan yang sudah merah.

"I love you!" ucap Luna sebelum membenamkan wajahnya pada leher Dayyan. Pelukannya dibalas oleh Dayyan.

♥︎♥︎♥︎

Heart Moon ✔︎Where stories live. Discover now