Bunyi pintu rumahnya membuatkan Luna yakin itu Dayyan.
"Dayyan," panggil Luna. Dayyan berhenti melangkah dan menghampiri Luna yang sedang duduk di sofa.
"Ye, Cik Luna."
"Get ready. Lepas maghrib kita gerak." Dayyan hairan mendengar kata-kata itu.
"Tapi...kita nak ke mana?" tanya Dayyan hairan. Luna tersenyum penuh makna sebelum berkata,
"Adalah. Kau pergi je siap," jawap Luna. Dayyan pun menganggukkan kepalanya. Nak membantah pun dia tidak berani.
***
Dayyan baru sahaja ingin membuka pintu kereta tetapi segera dihalang oleh Luna.
"Wait! Kau pakai ni," arah Luna sambil menghulurkan satu kain. Dayyan melihat kain itu.
"Nak buat apa, Cik Luna?"
"Ahh...jangan banyak tanyalah. Pakai je ni."
Dayyan teragak-agak nak mengambil kain itu.
"Ish, kau ni...sinilah!"
Terus ditariknya Dayyan dekat dengannya. Dayyan terkejut. Berapa inci je jarak wajahnya dengan wajah Luna. Dayyan sudah tidak tentu arah.
Luna buat tidak tahu sahaja. Kain itu diletakkan di mata Dayyan lalu diikatnya. Dia tersenyum puas. Dayyan meraba matanya yang ditutup kain.
"Cik Luna nak buat apa ni?" tanya Dayyan bimbang.
"Aku ada surprise untuk kau," kata Luna. Dayyan menyengetkan kepalanya.
"Surprise?"
"Okay dah jom. Kita kena cepat," ujar Luna sebelum mengambil beg galasnya.
"Eh...Cik Luna! Nanti dulu saya bukakan pintu," kata Dayyan. Luna tidak sempat mahu melarang tetapi Dayyan lebih pantas menoleh ke pintu lalu...
Bukk!
Dayyan terhantuk dengan cermin pintu kereta. Luna tergelak kecil.
"Itulah...lain kali dengar je cakap aku. Kan dah kena. Dah tahu kau tak nampak still lagi nak buat." kata Luna sambil tergelak. Dayyan menggosok dahinya.
"Kau tunggu je situ." Dayyan menganggukkan kepalanya sahaja.
Luna berjalan ke arah pintu pemandu lalu dia membuka pintu itu. Luna memegang tangan Dayyan. Tindakan Luna itu mengejutkan Dayyan seperti terkena renjatan elektrik.
"Pegang tangan aku elok-elok," arah Luna. Dayyan pun memegang kedua-dua tangan Luna dengan erat.
"Slow-slow turunkan kaki kau lepastu bangun," kata Luna. Dayyan pun menurunkan kakinya.
"Wait...Da..."
Bukk!
Dayyan yang baru sahaja ingin bangun terus terduduk semula. Dia menggosok atas kepalanya yang terhantuk dengan kereta. Luna menggelengkan kepalanya.
"Kesian kau ni. Nanti aku bagi ubat," kata Luna. Dayyan hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia keluar daripada kereta dengan lebih berhati-hati.
Dayyan daripada tadi asyik memikirkan ke mana Luna mahu membawanya pergi? Tapi dia hanya mendiamkan diri dan hanya berjalan berpimpinkan tangan Luna.
"Kita dah sampai ke?" tanya Dayyan apabila dia berhenti melangkah.
"Yupp! Kau sedia tau."
Dayyan menganggukkan kepalanya. Melihat respon Dayyan, Luna pun dengan terujanya meleraikan ikatan kain di mata Dayyan.
"Surprise!!"
Dayyan membuka matanya perlahan-lahan. Dia terkedu. Terpana. Terkelu. Semualah.
Luna berdiri sebelah Dayyan.
"Suka tak?" tanya Luna. Dayyan tidak membalas. Dia masih lagi terkejut dengan kejutan Luna.
Meja makan di hadapannya terhias cantik. Cahaya lampu menambahkan lagi seri di situ. Dan yang paling Dayyan terpaku adalah...
Banner yang bertulis...
'Will you marry me?'
Dayyan memandang Luna di sebelah.
"Apa semua ni, Cik Luna?" soal Dayyan. Luna memandang Dayyan sambil tersenyum.
"Kejutan untuk kau. Kita dinner and sekali dengan nak ajak kau kahwin," jawap Luna dengan jujur. Dayyan memandang Luna dengan riak tidak percaya.
Dia dilamar oleh seorang perempuan? I can't believe it.
"Stop looking at me like that. Kau buat aku nak cium kau," kata Luna. Dayyan terus memandang ke depan dengan wajah yang sudah berona merah.
Terhinjut bahu Dayyan dengan pegangan Luna di tangannya. Hari ini sudah berapa kali dia terkejut?
"Let's eat."
Suasana di antara mereka senyap sahaja. Luna khusyuk mengunyah makanan sementara Dayyan pula daripada tadi dia menguis makanannya. Suku sahaja yang masuk ke dalam perutnya. Sesekali dia memandang Luna di hadapannya.
Luna mengangkat kepalanya apabila pinggannya sudah kosong. Melihat makanan Dayyan yang seperti tidak terluak, Luna pun mengangkat keningnya.
"Kenapa tak makan?" tanya Luna. Dayyan terpinga-pinga apabila ditegur oleh Luna. Segera dia mengambil satu suap lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Tak sedap ke?" tanya Luna. Dayyan menggelengkan kepalanya dengan laju.
"Ehh...sedapp..." ujar Dayyan sambil mengunyah makanan. Walaupun dia terpaksa menelannya supaya Luna sekurang-kurangnya tidaklah terasa hati. Dahlah tempat ini mahal.
"Dayyan...kalau tak sedap bagitahu. Kalau tak selera bagitahu. Jangan paksa diri," kata Luna. Dayyan terdiam dan menundukkan kepalanya. Dia bermain dengan jarinya.
"Any problem?" tanya Luna prihatin. Dayyan perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandang Luna.
"Kenapa saya?"
"Sebab aku nak kahwin dengan kau?" Dayyan menganggukkan kepalanya.
Luna tersenyum sebelum menjawab,
"Sebab perjanjian kita dulu. Kita dah janji. Bila dah besar nanti...kau dah tinggi dari aku. Aku akan kahwin dengan kau. So...i keep that promise," jawab Luna. Dayyan tersenyum nipis. Jawapan Luna sebenarnya tidak seperti apa yang dia sangka.
'Memang sebab janji dulu tu je ke?' soal Dayyan dalam hati.
"Ada lagi ke yang kau nak tanya aku?" tanya Luna. Pelik dia apabila melihat Dayyan. Dayyan segera menggelengkan kepalanya.
"Tak ada dah. Tu je," jawab Dayyan.
"Then...will you marry me, Dayyan?"
Dayyan diam dan memandang Luna yang sedang tersenyum menanti jawapan.
Dia menundukkan kepalanya dan bermain dengan jarinya terlebih dahulu. Dayyan mengangkat kepalanya memandang Luna semula. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum...
"Yes."
♥︎♥︎♥︎
YOU ARE READING
Heart Moon ✔︎
Romance"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu...