5

6K 180 1
                                    

Haqq mengetap bibir geram. Boleh pula si kecil Medina ni buat hal. Tadi beria nak jumpa Adriana bila sudah bertemu Adriana, si kecil itu ajak makan aiskrim pula.
Memang tak kerja Haqq jadinya. Nak dimarah tak boleh, anak kesayangan katakan tapi ada ketika dia nak marah juga.

Medina memakan aiskrim dengan innocentnya sambil berada ditengah-tengah antara Haqq dan Adriana.Haqq dikiri manakala Adriana dikanan. Mereka duduk di kerusi panjang yang terdapat didalam mall.Adriana hanya memandang Medina yang makan dengan comel.Sesekali tangannya mengelap hujung bibir Medina yang comot dengan tisu.

Walaupun terpaksa keluar dengan sengaja tapi dia tetap senang hati kerana dapat bertemu pujaaan hati.

"Apa yang kau sihir anak aku ha sampaikan dia sanggup buli aku macam ni sekali?Cantik sangat ke kau ni sampai semua orang nak anggap kau special?" Soal Haqq tiba-tiba sambil memandang tajam wajah Adriana disebelahnya. Ya memang betul, Haqq terasa dibuli oleh anak sendiri sehingga nak pergi kerja pun tergendala.

Medina yang tak faham apa-apa memandang Haqq sekilas. Medina sedikit gerun saat melihat wajah garang yang dipamerkan oleh bapanya.

"Jangan nak tuduh sembarangan.Saya mana lah tahu.Dah dia yang nak jumpa saya, kalau tak nak bawak jumpa tak payah lah ikutkan dia." Balas Adriana geram.

"Ish mulut kau ni,ada je nak menjawab." Haqq pula tak puas hati apabila dibidas.

Medina memandang kedua mereka bersilih ganti.

"Kenapa Medina?" Soal Adriana ingin tahu.Serba salah pula bertikam lidah dihadapan budak kecil.

"Daddy marahkan kakak ke?" Terkebil-kebil Medina memandang Adriana.

"Tak lah, Daddy geram tengok kakak cantik sangat." Eh tiba-tiba saja Adriana cakap topik yang tiada kaitan. Dia ingat budak tu bodoh ke?

Medina kerutkan dahinya lantas mendongak memandang Haqq.

"Kakak cantik pun daddy nak marah. Apa lah daddy ni." Ujar Medina marah lantas back-up Kakak Cantik kesayangan dia.

"Eh Daddy pula yang kena." Haqq cubit geram pipi Medina. Dia pula yang dipersalahkan.

"Itu lah padan muka kan kena marah dengan anak sendiri." Adriana menjelirkan lidahnya sedikit.

Haqq mengecilkan matanya sambil memandang Adriana tak puas hati.Sungguh lah dia tak berkenan dengan Adriana.Sikapnya penampilannya dan semua tentangnya langsung Haqq tak berkenan dihati.

"Kau jangan nak ajar anak aku bukan-bukan ya.Kalau anak aku jadi macam kau,tahu lah nasib kau nanti." Ujar Haqq memberikan sedikit ugutan.

"Jangan risau.Saya tak akan ajar yang bukan-bukan kepada Medina sebaliknya saya yang akan ajar awak macamana nak hormat orang lain."

Haqq berdecit.

"Cakap dengan cermin ke? Kau tu pun sama, tak reti hormat orang juga."

Adriana mengetap bibir geram.Eh tak ada fasal betul lah mamat ni.Kenapa dia pula yang kena lagi?

"Kakak jom main kat sana." Tangan sebelah Medina menggoncang tangan Adriana tiba-tiba sambil mulutnya memuncung kearah tempat permainan yang berada dihadapan mereka.

"Jom!" Lalu Adriana mengambil bekas aiskrim yang sudah habis ditangan Adriana.Dia menghabiskan tugasnya mengelap bibir Medina sebelum bangkit berdiri.

Haqq merengus seketika sebelum dia juga turut bangkit.Tak ada fasal, dia terpaksa ikut kerenah Medina.Dia tahu Medina memang dah suka dengan kehadiran Adriana sehingga sanggup buat hidupnya tunggang langgang hari ni.

Medina bangkit dengan ceria.

*

Haqq memandang jelek Adriana atas bawah.Dia tak tahu apa yang menarik dengan gadis itu sehingga beria sangat Puan Mariam ingin jodohkan mereka.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Adriana menilik dirinya.Ada yang tak kena ke dengan dirinya sehingga Haqq membuat pandangan macam tu.

"Aku tak faham lah.Kenapa taste ibu aku buruk sangat. Kau ni bukan lah cantik mana pun. Baju pun besar dari badan." Kata Haqq selamba membuatkan Adriana membulatkan matanya.

Memang itulah Adriana,gadis itu lebih selesa memakai baju yang lagi besar daripada size badannya.Itu saja yang buat dia selesa dengan penampilannya.Berdosa ke pakai baju loose?

"Saya tak nampak itu satu kesalahan pun." Lawan Adriana selamba lalu menyisip air minumannya.

"Aku nampak itu kesalahan dimata aku." Balas Haqq sengaja menyakitkan hati Adriana.

"Awak ni , kalau nak jumpa saya setakat nak hina baik tak payah jumpa. Saya nak balik tidur lagi bagus." Ujar Adriana  tak puas hati. Mengganggy cuti hujung minggu dia saja. Adriana baru nak berangan tidur sampai tengahari buta tapi tak kesampaian gara-gara lelaki ini memaksa dia keluar.

"Kau fikir aku nak sangat ke jumpa kau ni? Ni pun Ibu paksa aku keluar dengan kau. Kalau ikutkan aku , tak inginkan lah jumpa perempuan macam kau ni." Bentak Haqq pula.

' Konon tak nak jumpa tapi terpacak depan rumah. Ego ! ' Desis hati Adriana.

"Kalau macam tu lah , dah jumpa kan empat mata. Saya nak balik." Ujar Adriana sengaja jual mahal atau lebih tepat seakan merajuk dan terasa hati padahal dia pun suka Haqq ingin berjumpa dengan dia. Adriana ber ura nak bangkit dari duduknya.

Haqq berpeluk tubuh sambil memandang Adriana ingin bangun.Dia peduli apa?Silakan bangun. Dia takkan memujuk wanita itu. Dia tiada masa.

"Awak ni." Adriana bengang pula apabila Haqq buat bodoh saja.

" Apa? Kau nak blah kan ? Blah lah." Haqq memandang tempat lain.

" Awak dah ambil saya kan. Tak reti nak hantar balik ke?" Soal Adriana sedikit bengang.

"Berlambak E-hailing kat luar sana.Teksi pun ada.Aku tak ada mood nak hantar kau balik."  Haqq hanya menayangkan wajah selamba.

Adriana mendengus geram.Besar kecil aja dia tengok muka Haqq ni.Harap saja muka handsome tapi adab pun tak ada.Cancel lah macam ni nak tackle hati Haqq.

"Okay Fine." Adriana terus bangkit lalu menarik kerusinya dan terus keluar dari restoran meninggalkan Haqq yang masih setia ditempatnya.

Didalam hati Adriana dia sudah menyumpah seranah lelaki itu.Kesal! Sebal! Macamana dia memikat Haqq kalau perangai lelaki itu menyakitkan hati. Adriana serba salah, Puan Mariam dah letak sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengambil hati Haqq.Nak atau tidak , Adriana tetap kena lancarkan misi memikat Haqq juga walaupun hati rawannya menjadi mangsa.

Lantas bagaimana dia nak hidup dengan lelaki itu jika belum ada ikatan pun lelaki itu sudah menyakitkan hatinya?Perlu ke dia memakan hati seumur hidup demi memuaskan hati orang lain.Memang lah Haqq tu lelaki idaman dia tapi kalau perangai tak semenggah macam tu memang dia cancel lah.

Sakit kepala Adriana dibuatnya memikirkan seorang manusia bernama Haqq itu.Andai saja dia tahu Haqq menyakitkan hati awal lagi dia sudah tak letak harapan setinggi gunung.Menyesal pun ada ketika ini.

Love, PlayboyWhere stories live. Discover now