" Senangnya kau cakap." Haqq merengus.
" I am. Saya dah tak sanggup lagi galas tittle isteri awak." Adriana menolak batang tubuh Haqq menjauhinya. Haqq mengeraskan badannya. Berdiri statik memandang Adriana.
" Lepaskan saja lah Haqq. Lagipun awak tiada alasan kukuh untuk buat saya stay. Saya tak pregnant anak awak dan saya akan belajar untuk tak cintakan awak dan awak jangan risau saya akan lupakan cinta saya pada awak. Mesti awak suka kan?"
" If kau pregnant. Kau akan stay jugak ke?" Adriana terdiam. Dia mati kata. Kenapa Haqq ambil point pregnant pulak? Kenapa tak ambil point tentang lupakan dia?
" Tu if, sekarang tak kan? So let me go and leave happily with your beloved wife."
" If yes then you will be stay. I will make you stay with me."
" In your dream, if or not I will leave you." Adriana tetap dengan pendiriannya.
" If I say doesn't to let you go?" Haqq mengangkat keningnya sebelah. Matanya masih menatap wajah Adriana.
" Boleh mental cakap dengan awak ni." Adriana memalingkan wajah memandangkan kearah kanan. Kearah pintu bilik air. Dia tak nak berbalas pandangan dengan Haqq.
" Kau rasa perpisahan kita akan buat keadaan lebih baik ke? "
" Apa maksud awak?" Adriana kembali memandang Haqq.
" Maksud aku, kalau kita berpisah nanti macamana dengan Medina? Dia rapat dengan kau kut dan tak nak berenggang dan kau tak takut ke dia akan rasa kehilangan." Adriana senyum sinis.
" Peduli apa Haqq? Saya bukan mak kandung dia. Mak kandung dia dah balik semula kan? So saya dah boleh angkat kaki."
" Kau tak sayang Medina ke? Kau sanggup tinggalkan dia?"
Adriana ketawa kecil.
" Saya kan mak tiri dia. Awak percaya ke yang mak tiri macam saya ni akan sayang Medina macam anak sendiri?"
Haqq lihat mata Adriana menipu. Ceh, apa yang keluar dimulut tak sama dihati.
" Lagi satu selama ni , saya rapat dengan Medina sebab kesiankan dia tak ada mak je. Apa yang awak nampak semua lakonan semata." Adriana mencipta alasan agar Haqq melepaskan dia. Jujur didalam hati, dia menyayangi Medina seperti anak sendiri. Tidak sekalipun menganggap Medina macam anak tiri walaupun di bibirnya menggelarkan si kecil itu anak tiri.
Haqq memegang kedua belah bahu Adriana.
" Cipta lah seribu alasan untuk tinggalkan aku. Aku akan cari alasan untuk buat kau terus stay."
Haqq pun tak tahu kenapa dengan diri dia. Sikap dia tunjukkan dia tak suka Adriana tapi jauh disudut hatinya dia tak sanggup menjauh dari Adriana. Jangan tanya dia, dia masih belum ada jawapan. Dia pun keliru dengan perasaan sendiri. Salah satunya kenapa mempertahankan Adriana kerana Intan dan satu lagi ada alasan yang tak dapat dia ungkapkan.
" Please Haqq, leave me." Pinta Adriana untuk kesekian kalinya. Itu saja mintanya.
" Merayu untuk benda lain bukan untuk penceraian. "
" Like what?"
Haqq berfikir seketika lalu dia senyum nakal.
" Something like...." Haqq menggantung ayatnya.
" Apa?"
Haqq mendekatkan kepalanya ditelinga Adriana.
" Merayu panggil aku daddy dan aku akan buat kau pregnant."
Adriana membulatkan biji matanya. Sah otak Haqq ada masalah wayar tak link.
Adriana menolak tangan Haqq dibahunya lalu berpusing ingin membuka pintu namun cepat Haqq menahan.
*
Adriana mengikat tali hoodienya tak nak menampakkan leher kerana ada kesan yang ditinggalkan oleh Haqq . Semua salah Haqq,salah makan ubat agaknya suami dia tu. Minta hubungan intim suami isteri disiang hari.
Nasib tak jadi kerana tiba-tiba saja pintu bilik mereka diketuk kerana Medina mencari Adriana. Itupun dia dah cukup malu kerana Intan nampak mereka berdua dalam keadaan tak berpakaian lengkap.
Intan memandang tingkah Adriana yang bertentangan dengannya. Dia yakin Adriana malu. Silapnya juga kerana terlalu ikutkan kehendak Medina. Bukan dia tak tahu yang Haqq kebilik Adriana. Dia tahu cuma dia tak teragak yang Haqq nak berhubungan intim dengan Adriana disiang hari.
Makan malam mereka hanya diisi dengan melayan tingkah Medina.
Intan mencuit paha Haqq yang duduk disebelah kanannya. Haqq berpaling memandang isterinya. Intan mendekatkan bibirnya ditelinga Haqq lantas berbisik.
" Malam ni awak tidur bilik Adriana ya."
Haqq memandang terkejut wajah Intan lalu tayang wajah tak puas hati.
" Tak nak lah." Haqq gelengkan kepala lalu memandang Adriana sekilas dihadapannya.
Intan gelengkan kepala.
" Medina nak tidur dengan mama lagi tak?" Intan memandang Medina disebelah kirinya. Serentak itu Adriana dan Haqq turut memandang Intan.
Medina gelengkan kepala. Dia tak mahu.
" Tak nak, Medina nak tidur dengan Mummy."
" Kenapa? Tidur dengan Mama tak best ke?" Intan sedikit kecil hati. Namun dia sedapkan hati, mungkin kerana dia tak pernah membesarkan Medina jadi wajar lah Medina tak nak dengan dia sangat walaupun dia ibu kandung Medina.
" Eee asyik Daddy je tidur dengan Mummy. Turn Medina pulak lah." Medina memuncungkan bibirnya. Alamak cemburu pulak dengan bapanya.
Haqq menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Adriana tertawa kecil dengan tingkah Medina. Minta kena gomol tau si kecil ni.
" Tapi kalau Daddy tak tidur dengan Mummy nanti macamana Medina nak ada adik baby."
Adriana terbatuk bila Intan kata macam tu. Haqq pula sudah membulatkan matanya. Tak sangka ayat itu meniti dibibir Intan.
Medina pula dah memandang Adriana dan Haqq bersilih ganti.
" Okay lah okay lah demi adik baby." Medina mengalah.
Adriana telan air liur kelat. Oh Shit!
Haqq dah memandang tempat lain.
" Good girl."
" Mummy nak ke tandas." Pinta Medina seraya bangun. Adriana anggukkan kepala lalu bangun memimpin Medina kearah tandas.
" Apa sayang ni? Ajar bukan-bukan." Haqq ujar dalam nada perlahan.
" Takde lah. Sayang cakap benda yang betul."
" Sayang tak jealous?" Haqq mengenggam jari Intan dibawah meja.
" For what abang?"
" I'm sorry kalau abang terbabas dengan Adriana." Haqq mencium belakang tapak tangan Intan.
" Tak perlu minta maaf, dia isteri abang juga. Dia ada hak yang sama cuma Intan harap hubungan tu jangan sekadar nafsu." Pinta Intan. Walaupun sakit untuk dia ungkapkan tapi dia terpaksa ungkap. Dia tak mahu dia dianggap orang yang tamak nak conquer Haqq seorang saja.
" Intan tahu kan abang tak pernah cintakan Adriana dan hubungan tu cuma sekadar nafsu."
" Tak baik cakap macam tu abang. " Intan gelengkan kepala.
" Betul apa yang abang cakap. Abang tak nak ada dua wanita didalam hati abang. Cukup Intan seorang. Abang cuma jalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami
kepada Adriana dan tak ada cinta untuk dia. Just you and you."

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...