28

9.2K 223 11
                                    

Adriana hanya buat bodoh. Malas nak layan Haqq. Dia tahu nilai dia di mata Haqq.

" Adriana!!!"

" Kau dengar ke tak aku panggil ni?" Adriana terus bangkit lalu mencampak kasar bantal miliknya diatas lantai.

" Awak nak apa? Awak tidur je lah atas katil. Saya tidur kat sini. Saya mengantuk lah." Adriana beralasan.

Kadang dia sendiri tak faham dengan Haqq. Sekejap nak kan dia sekejap tak nak. Sengaja main tarik tali untuk menyakitkan hati dia. Bila Adriana mendekat lelaki itu suruh menjauh. Bila dah menjauh, lelaki itu pula tak senang duduk. Boleh pening kepala nak layan kerenah dia yang entah apa-apa.

" Berlagaknya kau ni. Kau sanggup tidur atas sofa?"

Adriana anggukkan kepalanya.

" Kita tengok berapa lama kau boleh bertahan." Haqq mencapai remote aircond. Suhu diturunkan. Sengaja nak bagi Adriana kesejukan.

Haqq letakkan remote dibawah bantal miliknya lalu dia baring. Selimut ditutup menutupi seluruh badan. Sengaja ingin mengenakan Adriana.

Adriana tercengang. Kurang asam betul Haqq. Berani betul mengenakan dia. Adriana berpeluk tubuh kesejukan. Jangan harap lah dia akan panjat naik atas katil. Dia rela mati kesejukan daripada satu selimut dengan Haqq.

Ya memang dulu dia inginkan Haqq tapi kini tidak lagi. Dia akan buktikan yang dia dah tak perlukan Haqq. Misi mengambil hati Haqq dia batalkan semua. Tak guna mengambil hati lelaki macam Haqq. Buat sakit hati.

Adriana gigit bibir. Bantal diambil lalu dipeluk. Haqq ni memang sengaja nak mendera dia.

Adriana bersandar disofa sambil memeluk bantal. Kaki dia angkat diatas sofa. Adriana pejam mata sahaja, dia tak dapat melelapkan mata kerana sejuk yang melampau.

Baru beberapa ketika Adriana memejam mata. Dia tersentak apabila bantal ditarik. Adriana membuka mata dan terpampang wajah Haqq merenungnya dengan tak puas hati.

" Kau sengaja nak melawan aku kan?"

" Apa awak ni?"

" Apa yang apa nya? Aku suruh tidur atas katil je pun. Susah sangat ke nak dengar? Ada masalah mendengar?"

Adriana ketap bibirnya geram. Adriana bangun lalu menuju kearah katil. Dia baring tanpa alas dikepala. Tanda protes dengan Haqq.

Haqq mengutip bantal diatas lantai lalu dibawa kearah Adriana. Dia mencampak bantal keatas tubuh Adriana sehingga Adriana tersentak. Adriana bangun lalu dijeling Haqq tak puas hati.

Haqq duduk dibirai katil. Matanya menatap anak mata Adriana. Adriana melarikan pandangan. Tak kuasa nak bermain mata dengan Haqq.

Haqq memegang dagu Adriana. Memaksa Adriana menatapnya kembali. Adriana memegang tangan Haqq. Dia menolak tangan Haqq daripada menyentuh dagunya.

" Kenapa dengan kau ni? Asyik mengelak je daripada aku."

" Bukan ke awak suka saya tak dekat dengan awak? Jadi awak tak nampak ke saya tengah tunjukkan yang saya ni takkan dekat dengan awak."

Haqq terdiam seketika. Jadi Adriana menjauh kerana rasa tak sukanya kepada wanita itu.

" Jadi kan Haqq saya sarankan lebih baik awak sign borang cerai tu tanpa banyak bunyi dan saya akan berada jauh dari mata awak. Wanita penggoda macam saya ni patut jauh dengan awak tau. Tak elok dekat-dekat lepastu..." Belum sempat Adriana habis bicara. Bibir Haqq menyinggah dibibirnya sehingga Adriana tak mampu menyambung kata-katanya.

Adriana menanduk kepala Haqq saat bibir mereka terlerai. Haqq mengaduh kesakitan akibat ditanduk.

*

" Rapat betul Adriana dengan Medina kan? Tak mahu berenggang langsung." Ujar Intan kepada Haqq. Mata mereka sama-sama memandang kearah Adriana dan Medina yang sedang bermain ditepi air. Tak ubah macam seorang mak kandung dengan anak kandung. Bonding dorang lain macam.

Haqq senyum mendatar lalu anggukkan kepala. Dia memandang Intan sekilas. Raut tenang wajah Intan ditatap.

" Sayang tak kisah ke berkongsi abang?" Intan menoleh memandang Haqq. Dia gelengkan kepala. Jujur dia tak kisah.

" Tak kisah." Dia nampak betapa ikhlas Adriana memintanya untuk kembali bersama Haqq. Dia tak tahu apa yang membelenggu difikiran Adriana sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaannya sendiri.

Haqq hela nafas ringan. Kontra dengan Haqq pula, dia tak suka. Dia tak cintakan Adriana.

Intan juga sedar yang dia juga tamak. Dia masih sayangkan Haqq. Kembali bersama Haqq akan membuatkan dia bahagia namun dia akan menyiksa Adriana.

Kasihan Adriana menjadi mangsa keegoan manusia disekelilingnya. Masing-masing ego dan tamak dengan kepuasan diri sendiri.

Intan sepatutnya membiarkan Haqq melepaskan Adriana dan biar wanita itu mencari kebahagiaannya sendiri tapi dia takut kalau Haqq ceraikan Adriana kerana dia akan membuatkan Puan Mariam benci kepadanya kerana membuang menantu kesayangan dan dia tak nak berbahagia diatas penderitaan orang lain. Dia sendiri rela bermadu. Dia juga tak nampak yang Adriana merebut kasih Haqq daripadanya. Kasih Haqq sepenuhnya buat dia seorang dan Haqq tak membagi dua.

" Daddy...." Suara meleret manja Medina mematikan lamunan Intan.

Medina duduk dipangkuan Haqq. Haqq mengusap kepala Medina.

Adriana hanya menatap dari jauh. Tak berani untuk mendekat. Nanti nampak macam menganggu pula nanti.

Intan melambai kearah Adriana menyuruhya kearah mereka namun Adriana gelengkan kepala tanda dia tidak mahu.

Adriana atur langkah kembali kedalam biliknya. Malas nak bergaul dengan mereka. Bukan setakat malas tapi dia tahu diri.

Dia merebahkan badan diatas tilam. Menahan rasa sakit didada. Susah sangat ke Haqq tu nak lepaskan dia? Kenapa masih nak simpan dia sedangkan dia tak diperlukan di sisi lelaki tu lagi? Dari awal lagi lelaki itu tak menyukainya. Bersama tak semestinya suka.

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu menbuatkan Adriana tersentak. Adriana tahu gerangan yang berani mengetuk pintu sebegitu rupa.

Saat pintu terbuka, sosok itu terus masuk tanpa amaran. Lalu dia tutup dengan kasar.

" Awak nak apa lagi? Saya nak rehat lah." Ujar Adriana tayang wajah penat. Baru berangan nak lelapkan mata sekejap.

" Apa yang kau penat sangat? Main dengan Medina je pun."

Adriana bukan penat main dengan Medina tapi dia penat dengan tingkah Haqq.

" Kalau awak nak cari pasal lebih baik awak keluar. Saya tak ada masa nak berdebat dengan awak."

Haqq menolak tubuh Adriana sehingga tubuh Adriana tersandar didaun pintu. Tangan Haqq dibahu Adriana.

" Jangan sentuh saya lah Haqq. Jangan sentuh perempuan yang awak tak cinta." Sengaja Adriana membakar api. Dia tahu kata-kata akan membuatkan api meletus dihati Haqq.

Dia memang sengaja nak cari pasal supaya cepat Haqq tinggalkan dia. Dia sudah tak tahan lagi.

" Suka hati aku lah. Kau isteri aku."

Adriana berdecit. Benci mendengar perkataan isteri. Isteri yang tak dianggap.

" I don't want to be wife your anymore." Tegas Adriana.

Haqq terkejut mendengarkan itu.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang