13

6.4K 184 1
                                    

" Apa yang awak buat ni Haqq?" Adriana cuba untuk bangun dari berbaring. Suka hati Haq saja angkat dia masuk didalam bilik. Dibaringkan diatas tilam. Bukannya Adriana lumpuh, dia cuma sakit kepala.

" Kau diam saja lah." Haqq memegang bahu Adriana menahan isterinya itu daripada bangun.

" Saya cuma sakit kepala bukannya lumpuh. Tepi lah saya nak bangun." Adriana cuba untuk melawan Haqq.

" Kau jangan degil boleh tak? Baring diam-diam kenapa?" Haqq menolak kepala Adriana diatas bantal. Memaksa agar wanita terus berbaring tanpa banyak bicara.

Adriana mengalah. Akhirnya dia berbaring saja apabila kena paksa.

Haqq senyum lega melihat keakuran Adriana.

" Kau tu dah lah sakit, baring je lah."

" Tapi saya nak baring kat bilik saya bukan bilik awak ni." Adriana memandang Haqq. Ya Haqq bawa dia ke dalam bilik tidur Haqq.

" Tak kuasa aku nak jaga kau kat dalam bilik kau sana. Kau duduk dalam bilik ni, aku boleh jaga kau." Entah apa yang merasuk sehingga nak menjaga Adriana. Bukan ke dia tak prihatin tentang Adriana.

" Jin mana rasuk awak ni? Saya boleh jaga diri sendiri lah." Haqq mengetap bibir geram. Jual mahal pula perempuan ni.

" Engkau ni banyak bunyi betul lah. Nak aku diam kan kau ke?" Matanya mencerlung menikam pandangan.

Adriana baru nak membalas tapi sakit kepala makin kuat menyerang. Akhirnya dia akur dan diam saja. Malas nak berdebat, hujungnya nanti Haqq akan menang juga.

" Macam tu lah diam, good girl." Haqq menggosok rambut Adriana.

Adriana mendongkol geram. Matanya dipejam erat. Malas nak layan Haqq.

" Aku nak bersihkan diri. Kalau kau keluar dari bilik ni , kau siap." Comforter ditarik sehingga dada Adriana.

Haqq mengambil tuala miliknya yang tergantung lalu menuju ke ward drobe. Baju lengan panjang diambil dan sehelai seluar tidur panjang. Bilik mandi dituju.

Adriana yang lemah terus terlena dengan sendiri.

Usai mandi, Haqq menuju kearah dapur. Terkejut Haqq melihat masakan yang dimasak oleh Adriana.

" Sakit-sakit pun nak masak banyak." Haqq merengus lalu mengambil mangkuk tingkat yang berada didalam kabinet.

Dia masukkan semua lauk yang ada kedalam mangkuk tingkat.

" Sorry lah Adelina. Terpaksa bagi kau. Salah adik kau masak banyak." Haqq menghumban piring kotor didalam singki. Nanti-nanti lah dia cuci.

Pintu rumah Adelina diketuk. Apabila terbuka, wajah sepasang suami isteri menyapa.

" Eh Haqq ada apa datang malam-malam ni?" Soal Adelina ingin tahu dan dia pelik melihat Haqq membawa mangkuk tingkat.

" Ni haa nak bagi lauk. Adriana masak." Ujar Haqq menyengih. Mangkuk tingkat dihulurkan.

" Oh ye ke? Terima kasih " Adelina menerima huluran itu.

" Terima kasih." Ucap Taqim pula.

" Mana Adriana? " Soal Adelina sekadar ingin tahu.

" Ada kat rumah, demam." Perkataan demam terpacul keluar dari mulut Haqq.

Haqq menutup mulutnya. Terlepas cakap pula.

" Demam?!!!!" Ujar Adelina terkejut.

Haqq menggaru kepalanya lalu mengangguk perlahan.

" Adriana tu kalau demam susah nak kebah. Jaga dia elok-elok nanti aku jengah dia." Ujar Adelina sayu.

" Haa yeke? Kalau macam tu aku gerak dulu lah. Takut tinggal dia seorang kat rumah. Assamualaikum." Laju saja langkah Haqq berlari ke rumah dia semula.

Taqim tersenyum sendiri melihat tingkah Haqq dan berharap Haqq ikhlas menjaga Adriana.

*

Haqq menampal cool fever diatas dahi Adriana. Nampaknya dia terpaksa menjaga Adriana malam ni. Panas betul suhu badan Adriana. Dia bukan tak nak tuam kepala Adriana tapi kan dah ada cool fever jadi lebih baik dia guna benda yang senang.

" Adriana bangun. Makan ubat." Dia mengejut Adriana.

Adriana gelengkan kepala dengan mata terpejam. Dia tak nak makan ubat. Tekaknya perit.

" Kalau kau tak nak makan macamana kau nak sembuh cepat. Kau suka ke aku jaga kau lama-lama?" Kan sudah keluar mulut bisa dia.

Adriana gelengkan kepala. Dengan nak tak nak, dia membuka mata. Kepala dia angkat sikit memandang wajah Haqq seketika. Tangannya merampas ubat yang berada ditangan Haqq lalu menelannya. Air ditangan juga dia teguk dengan rakus lalu dia baring semula. Selimut dia tarik menutup kepalanya.

Dia sedang membuktikan yang dia nak cepat sihat dan tak nak Haqq jaga dia terlalu lama.

" Hah memberontak." Haqq gelengkan kepala. Cawan air yang sudah kosong dia letak diatas meja sisi katil.

Setelah itu Haqq mengambil tempat diatas sofa. Laptop dia buka. Ada kerja perlu dia selesaikan. Apa salahnya buat kerja sambil jaga Adriana. Sesekali dia memicit kepalanya menahan ngantuk.

Setelah satu jam fokus membuat kerja. Haqq berhenti seketika. Dia tergerak untuk melihat keadaan Adriana. Dia bangun lalu menuju kearah Adriana. Dahi Adriana disentuh dengan belakang tangan.

" Panas lagi ni." Haqq gigit bibir sambil berfikir apa yang perlu dia buat. Ini kalau Medina demam memang minta belai dan peluk dia saja tapi Adriana takkan lah dia nak belai dan peluk.

Haqq hela nafas berat. Dia tahu nak buat apa. Dia mengambil tempat ingin berbaring di sebelah Adriana. Comforter dia tarik lalu dia tutup badan dia dengan comforter. Satu comforter dengan Adriana. Kepala Adriana diangkat lalu diletak diatas lengan sasanya. Sebelah tangan lagi memeluk pinggang Adriana.

Adriana tersedar apabila terasa ada pergerakan. Membulat mata Adriana apabila wajah Haqq hanya seinci. Mereka saling bertatap mata.

" Apa awak buat ni Haqq?" Ujar Adriana terkejut lalu ingin menolak Haqq tapi tak berjaya kerana Haqq telah mengunci dia didalam pelukan.

" Kau diam je lah. Aku peluk kau sebab nak kurangkan suhu badan kau." Ceh , alasan tak munasabah.

" Buang tabiat ke awak ni? Cara mana awak pakai ni?" Soal Adriana tak puas hati. Aneh-aneh saja cara Haqq.

" Kau diam jelah. Aku bukan sejenis mengambil kesempatan dalam kesempitan." Ujar Haqq garang.

" Tapi saya tak selesa macam ni." Riak wajah Adriana jelas tak selesa dengan tindakan Haqq.

" Just shut up your mouth, please." Haqq menarik lagi Adriana kedalam pelukannya.

" Saya tak nak. Lepas lah." Tangan Adriana menolak Haqq agar menjauh.

Haqq geram melihat tingkah Adriana yang degil. Ya ada satu cara saja buat Adriana diam.

" Hmmph " Haqq mencium bibir Adriana sehingga membuatkan Adriana terkejut besar.

Ciuman dilepaskan. Senyuman nakal diberikan.

" Awak ni dah gila ke? " Adriana menampar kuat bahu Haqq.

Haqq hanya diam.

" Ish dah lah saya nak pindah bilik." Haqq tidak melawan. Malah melakukan perkara yang sama buat kali kedua namun kali ini lebih lama sehingga Adriana tak mampu nak bersuara lagi.

Dia betul-betul mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Love, PlayboyWhere stories live. Discover now