" Haqq tu penipu besar. Dah lah buaya. " Ujar Intan kepada temannya yang melawat.
" Tak baik kau cakap suami kau macam tu." Ujar Farah. Teman sekerja Intan dirumah anak yatim.
" Habis tu dia baik sangat ke dengan perangai buaya dia tu?"
Farah gelengkan kepala. Tak sangka mulut Intan boleh tahan juga rupanya. Selama ini wanita itu penuh kelembutan dan kesantunan. Tak pernah bercakap kasar.
" Bukan ke dia dah berubah? " Soal Farah.
" Tak ada berubahnya pun. Kata cintakan aku tapi masih nak melekat dengan bini muda dia tu lepastu sibuk dengan betina jalang kat luar sana."
" Intan?!!!! Astagfirullah. Tak baik tuduh kalau tak ada bukti." Terkejut Farah bila mendengar tuduhan Intan.
" Ah aku tahu lah." Intan memandang Farah dengan muka bengis.
Farah gelengkan kepala lagi sekali.
" Aku tahu aku tak secantik dan seseksi Adriana atau Nureen sebab tu dia berpaling tadah kan?" Intan menyeka airmatanya yang tumpah. Tak menyangka cintanya dikhianati oleh Haqq.
" Dah lah Intan. Tak baik kau cakap macam tu. Walau dia ada sisi yang buruk. Dia tetap suami kau." Farah cuba menasihati.
" Layak ke digelar suami kalau dia curang belakang aku?"
" Layak ke awak bergelar isteri kalau awak langsung tak letak kepercayaan kepada suami awak sendiri?" Jerkah Haqq tiba-tiba.
Farah dan Intan terus berpaling kearah pintu. Sosok tubuh Haqq dan Adriana. Dari tadi mereka mendengar perbualan dua teman itu namun mereka tak bersuara. Haqq sebenarnya dari tadi nak sampuk namun Adriana menegah dan menyuruhnya sabar. Namun dia tak boleh sabar apabila Intan membuka pekung rumah tangganya dengan orang luar.
Intan terdiam.
" Asal awak diam? Cakap lah." Farah telan air liur apabila mendengar jerkahan Haqq. Dia rasa kebedaraan dia tak sesuai disitu. Dia angkat punggung lalu berlalu keluar tanpa mengangkat muka langsung.
Haqq menarik tangan Adriana menghampirinya untuk memberi laluan kepada wanita itu untuk keluar lalu Haqq tutup pintu wad untuk lebih privasi. Dia tak nak dia dihalau jika staff hospital mendengar suara kuatnya. Urusan dia dan Intan belum selesai.
Intan ketap bibir. Airmatanya dah mengalir deras.
" Saya ni siapa pada awak Intan? Kenapa awak sanggup buka aib rumah tangga awak sendiri? Berdosa sangat ke saya ni? Tak layak ke saya bergelar suami awak hah? Awak lebih percayakan tuduhan tu daripada suami awak sendiri." Ujar Haqq dalam nada kecewa.
Sebenarnya bukan sekali Nureen buat tuduhan tapi ini masuk kali kedua. Dulu dengan Adriana tapi Adriana tak ada melenting malah tak pernah berkata bukan-bukan tentangnya apatah lagi membuka pekung rumah tangga sendiri.
" Jawab Intan. Saya tak nak awak membisu."
Intan menunduk dan sedikit pun tak rasa serba salah. Sepatutnya dia patut bijak mengawal keadaan bukan nya terus melulu membuat tuduhan.
" Jangan cakap awak sayang saya kalau sedikit pun awak tak percaya kan saya? Jangan-jangan awak kembali dengan saya sebab terpaksa."
Intan terus mendongak. Dia gelengkan kepala. Tak! Dia ikhlas kembali semula dengan Haqq dan tak pernah merasa terpaksa.
" Tak Haqq."
" Habis tu? Takkan sebab tuduhan tu awak sanggup minta cerai lepastu awak jaja cerita kat orang luar?"
" Saya minta maaf." Intan menekup mukanya.
" I'm sorry. Hati saya dah tawar."
" Haqq?!!!" Intan dan Adriana memandang Haqq.
" Cukup lah. Lepas ni saya dah tak nak jadi manusia bodoh. Saya tak nak kejar orang yang siakan saya lagi. "
" Jangan cakap macam tu Haqq." Intan mengalihkan selimut daripada badannya. Hatinya tersiat mendengar perkataan yang meniti dibibir Haqq.
" Mungkin ada benarnya. Awak mungkin tak cintakan saya sebenarnya sebab tu awak sanggup minta cerai sekali lagi. Sikit pun awak tak nak mempertahankan rumah tangga kita. Malah awak lebih rela hancurkan masjid yang kita bina sekali lagi."
" Bersaksikan Adriana. Saya Dhiayul Haqq menceraikan Intan Maisarah Binti Muhammad dengan talak tiga." Haqq terus menarik tangan Adriana untuk keluar. Dia tak rela berada disitu lagi. Hatinya cukup tersiat kali ini. Airmata jantannya tumpah untuk kesekian kalinya.
Intan cuba untuk mengejar Haqq namun dia jatuh terjelepuk diatas lantai lalu dia tak sedarkan diri.
*
" Awak jom lah melawat Intan. Doktor cakap dia dah nazak tu." Adriana melabuhkan punggung disebelah Haqq diatas sofa lalu memujuk Haqq untuk melawat Intan.
" Aku tak nak. Dia bukan isteri aku lagi. Kalau dia nak mampus sekalipun pergilah. Aku dah tunaikan permintaan terakhir dia."
" Tapi Haqq..."
" Cuba jangan jadi malaikat boleh tak? Dia dah tak ada kaitan lagi dengan kita." Haqq merengus lalu dia bangkit daripada duduknya meninggalkan Adriana.
Adriana mengeluh. Macamana dia nak pujuk Haqq ni kalau hati dia keras macam konkrit?
Sejak kejadian dua hari lepas, Haqq berubah 360 darjah. Wajah ketat saja dia tayang sehingga Medina pun takut.
Walaupun Intan dah jatuh talak tapi Intan masih manusia yang patut dikasihani.
Bunyi deringan telefon bimbit didalam poket seluar Adriana mengasak Adriana untuk mengangkat panggilan itu.Adriana mengeluarkannya. Panggilan daripada Puan Mariam.
" Assalamualaikum ya bu." Ujar Adriana saat telefon bimbitnya melekap ditelinga.
" Waalaikumusalam. Mana Haqq? Ibu call banyak kali tak dapat."
" Maybe Haqq tak dengar kut. Kenapa tu bu?"
" Ibu nak bagitahu yang Intan dah tak ada. Dia baru meninggal setengah jam tadi."
" Apa?!!! " Adriana terjerit lalu menekup mulutnya.
" Inalillah..." Ujar Adriana perlahan.
" Kamu ajak Haqq pergi hospital. Uruskan hal Intan ni. Dia kan suami Intan."
Adriana hela nafas berat. Bukan suami lagi. Keluarga Haqq belum tahu lagi tentang penceraian Haqq dan Intan. Selepas saja Haqq jatuhkan talak. Lelaki itu menjalani kehidupan macam biasa. Dia tak sempat pun nak ke mahkamah uruskan penceraian mereka.
" Okay bu. Bye!" Adriana terus mematikan panggilan. Dia berlari mendapatkan Haqq yang berada ditingkat atas. Dia berlari kearah bilik yang dihuni oleh Haqq dan Intan dahulu kerana dia melihat pintu terbuka macam tahu saja yang Haqq berada didalam bilik itu.
" Haqq, Intan dah..." Adriana termati kata apabila melihat Haqq menghumban baju milik Intan didalam beg plastik hitam besar.
Haqq berpaling memandang Adriana seketika dimuka pintu sebelum menyambung kembali 'tugasan' dia yang terhenti apabila mendengar suara Adriana.
" Intan dah apa? " Soal Haqq tanpa memandang Adriana.
" Intan dah tak ada. Ibu call tadi."
Haqq terdiam. Matanya tepat memandang baju milik Intan didalam genggamannya.
" So? Dia ada family kan? Biarlah family dia uruskan jenazah dia."
Adriana gelengkan kepala.
" Tapi family dia tak tahu korang dah bercerai."
" Tapi kau tahu, kau boleh bagitahu dorang kan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...