Syafiq menarik kerusi dihadapan Adriana sehingga membuatkan Adriana tersentak. Adriana yang tak senang dengan tingkah Syafiq itu terus membuat keputusan untuk bangun.
Menganggu mood dia nak sarapan saja. Dah lah pagi tadi dia tak sempat bersarapan dirumah gara-gara nak lari dari Haqq. Kalau boleh dia nak keluar terus dari rumah itu tapi dia tak mampu kerana Medina asyik mencarinya saja sehingga lupa ibu bapa kandung dia.
Entah ubat pengasih apa yang Adriana kasi kepada Medina sehingga si kecil itu tak boleh berpisah dengannya. Kalau boleh dia nak angkut sekali lah Medina duduk luar. Biar pasangan itu duduk berdua saja dirumah itu.
" Cuba lah awak bangun. Saya akan bagitahu satu office yang awak ni bekas tunang saya." Ujar Syafiq sambil berpeluk tubuh.
Adriana merengus kasar. Main kasar pula.
" Fine. Do it. Encik juga yang akan malu nanti sebab pernah ada tunang yang selekeh macam saya ni. "
Dia fikir Adriana takut ke? Tak takut langsung lah. Salah orang kalau nak ugut.
" Awak cabar saya ke?"
" I am. Saya juga boleh bagitahu kat satu office ni yang Encik pernah tinggalkan saya dihari perkahwinan saya. Encik mesti lagi malu kan?" Adriana pula main trick.
" Okay fine. Just go." Syafiq berpaling memandang tempat lain. Dia akhirnya mengalah.
Adriana pula sudah sedia berdiri untuk bangun.
" Tapi Adriana..." Dia memandang Adriana.
" What?" Adriana tayang wajah dingin.
" Awak tak nak explanation ke kenapa saya lari?"
Adriana ketawa sinis.
" Tak perlu. Past is past. Lagipun saya dah tahu alasan awak. Terima kasih sebab tinggalkan saya." Ujar Adriana lantas berlalu pergi. Sarapan yang belum terusik lagi , dia hilang selera. Adriana terus ke kaunter lalu membuat pembayaran.
Setitik air mata jatuh dari mata jantan Syafiq. Dia menyesal teramat. Tak sepatutnya dulu dia meninggalkan gadis sebaik Adriana. Menyesal tiada guna. Adriana sudah menjadi milik orang.
*
Puan Mariam gelengkan kepala melihat keadaan rumah Haqq. Tiada satu pun gambar Adriana atau gambar perkahwinan mereka. Hanya gambar Intan , Haqq dan Medina yang menghiasi dinding dan ruang rumah itu.
Haqq betul-betul anggap Adriana tak wujud didalam kehidupannya. Kesian kepada Adriana menjadi mangsa keadaan.
" Ibu nak minum ke?" Soal Intan kepada Puan Mariam. Setia berdiri dibelakang wanita tua itu.
Puan Mariam menoleh lalu gelengkan kepala. Tekaknya tak haus.
" Memang takda langsung gambar Adriana ke?" Puan Mariam acu jarinya kearah gambar perkahwinan Intan dan Haqq dulu.
Intan gelengkan kepala. Dia tak tahu kenapa Haqq tak nak meletakkan gambar Adriana.
" Haqq ni memang nak kena tau. Tak adil dengan isteri-isteri dia. Kamu tak cakap ke dengan Haqq supaya berlaku adil?" Puan Mariam menghantar pandangan menikam kepada Intan.
Intan hanya mampu menunduk dan membisu. Dia tiada jawapan. Dia dah cuba pujuk Haqq untuk berlaku adil namun jawapan yang Haqq berikan tetap sama. Dia tak nak menyakiti hatinya. Haqq memberikan sepenuh kasihnya hanya buat Intan.
" Macamana si Adriana ni boleh tahan dengan perangai tak semenggah Haqq ni?" Bebelnya. Namun jauh di sudut hati dia berbangga kerana dia memilih orang yang tepat dan memuji Adriana kerana bertahan dengan sikap anak lelakinya itu. Kalau orang lain dah lama angkat kaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...