Mata Adriana tak lepas memandang gambar yang terpampang kat skrin komputer riba. Mulutnya ternganga. Tangan kanan menampung dagu. Tangan kiri diletakkan diatas meja besar.
" Oi tengok apa sampai menganga mulut ? "
Adriana berpaling memandang Maya. Maya menarik kerusi lalu duduk disebelah Adriana. Sekarang waktu rehat jadinya Adriana ambil keputusan makan di pejabat sahaja. Memandangkan dipejabatnya ada sebuah tempat untuk pekerja bersantai jadi Adriana mengambil keputusan untuk menghabiskan rehatnya disitu sahaja sambil ditemani oleh Maya. Disitu ada meja besar dan satu set sofa. Kedua mereka secara kebetulan membawa bekal daripada rumah.
Mata Maya turut memandang skrin komputer riba Adriana.
" Masya-Allah. Cantik siut. Sedap mata memandang. Baju labuh gila." Maya pula turut ternganga.
" Kan? Jauh beza dengan aku yang free hair ni." Adriana muncungkan bibirnya.
Gambar yang mereka lihat itu adalah gambar Intan. Sengaja Adriana stalk laman media sosial Instagram milik Intan. Cantik sungguh dan sedap mata memandang. Patut lah Haqq sayang benar dengan bekas isterinya.
" Kenapa kau tengok perempuan ni?" Soal Maya ingin tahu.
" Saja." Jawab Adriana selamba. Sebenarnya, dah lancarkan projek mencari Intan. Projek itu diberi ' Misi Mencari Mummy Sebenar Medina ' .
" Ye ke ni ? " Maya angkat keningnya sambil memandang Adriana.
" Ye . Mana lah tahu satu hari nanti aku jadi macam dia ke? Who knows." Jawab Adriana spontan.
" Haaa aku doakan yang baik untuk kau."
" Terima - "
Bunyi telefon bimbit nyaring berbunyi minta diangkat menganggu Adriana. Adriana mengambil telefon bimbitnya bersebelahan komputer riba.
Nama Nureen terpampang.
Adriana merengus. Apa yang perempuan ni nak?
Adriana angkat sahaja. Nak dengar juga , apa yang diinginkan oleh bekas sahabatnya itu. Ya sejak Nureen putuskan persahabatan mereka sejak itu juga lah Adriana menganggap perkara yang sama.
Bukan salah dia memutuskan silaturrahhim tapi itu atas permintaan Nureen bukan jadi dia ikutkan saja.
" Kau nak apa?" Telefon dilekapkan ketelinga lantas Adriana bangun menjauhi Maya. Adriana mengambil keputusan untuk bercakap kat depan pintu lif.
Tak nak Maya mendengar perbualan mereka.
" Kau ni memang tak guna kan?"
' Shit.' Carut Adriana didalam hati.
" Kau ni gila ke? " Soal Adriana. Tiba-tiba saja dia kena serang.
" Kau tu lah yang gila. Kenapa Haqq batalkan lunch date kitaorang hari ni? Mesti kau yang halang Haqq jumpa aku kan? " Tuduhan melulu.
" Mental rupanya perempuan ni. Soalan tu patutnya kau tanya pada Haqq, kenapa dia batalkan lunch date korang? Lagipun kalau aku yang halang dia jumpa kau , tak ada masalah sebenarnya. Sebab aku halang suami aku jumpa perempuan perosak rumah tangga orang macam kau ni." Balas Adriana setepek. Sekali-sekala dia kena ajar perempuan macam Nureen ni.
" Kau ni memang bullshit tau." Dengar suara kuat Nureen menyinga marah.
" Ya aku memang bullshit pun. Kau ada masalah ke? Dasar perempuan murah. Terkinja dengan suami orang." Ujar Adriana lebih menyinga. Terus dia matikan panggilan. Eh menyesal pula dia angkat panggilan itu tadi. Tak pasal dapat dosa kering di tengahari buta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...