" Mummy mana?" Soal Haqq kepada Medina. Kelihatan si kecil itu ralit dengan sarapan sendirian.
" Mummy dah work." Ujar Medina polos.
" Aik baru pukul 7.30, bukan ke masuk kerja pukul 8." Ujar Haqq.
Medina hanya memandang Daddynya. Dia masih kecil dan tak faham cara orang dewasa berfikir. Lama Haqq berteleku sambil menanti Medina habiskan makanan miliknya.
" Jom , Daddy hantar pergi school." Ujar Haqq apabila melihat Medina telah habis makan.
Sarapan Haqq tak sentuh. Hilang seleranya, mana tak hilang selera. Awal pagi lagi bayang Adriana tak nampak. Jarang Adriana sebegini. Selalunya Haqq akan berangkat kerja terlebih dahulu baru disusuli oleh Adriana kemudiannya.
Haqq kemudiannya menutup makanan dengan tudung saji. Tubuh kecil Medina diangkat bersama beg pink milik Medina.
Usai menghantar Medina, Haqq tak terus ke tempat kerja dia. Dia terus ke tempat kerja Adriana. Kereta dia parking betul-betul dihadapan pejabat Adriana.
Masih didalam kereta, Haqq menghubungi Adriana.
" Hello."
" Ya."
" Kau kat mana hah?!" Ujar Haqq dengan nada serius.
" Kat office."
" Awal betul kau pergi office. Kau tinggalkan anak aku sorang-sorang ya?" Bentak Haqq.
" Saya ada meeting lah pagi ni. Bukan nya sengaja tinggal." Ujar Adriana. Meeting lah sangat padahal dia elakkan diri daripada jumpa Haqq. Haqq kan dah muak tengok wajah dia jadi lebih baik jangan tayang wajah dengan kerap.
Itulah plan Adriana yang dia mampu agar dirinya tak terserempak dengan Haqq dengan kerap. Dia tengah cuba untuk menjauhi Haqq.
" Meeting atau dating?" Soalan sengaja menambah minyak dalam api.
" Saya tak ada masa nak layan awak. Saya tengah kerja ni." Geram pula Adriana. Asyik kena tuduh aja.
" Tinggalkan kerja kau. Aku kat bawah ni tunggu kau. Kau tak turun kau siap nanti aku naik angkut kau campak dalam kereta." Arah Haqq.
" Awak jangan main-main lah Haqq." Ujar Adriana tak percaya. Tak mungkin lelaki itu sanggup buat kerja gila.
" Aku tak ada masa nak main-main. Kau turun sekarang." Pekik Haqq.
" Tak nak lah. Saya tengah kerja." Hish rosak plan Adriana. Baru nak cuba tak nak tengok muka Haqq sehari tapi tak sampai beberapa jam lagi Haqq dah paksa dia sebegini.
" Kau ni degil betul lah." Haqq sudah membuka seat belt. Kesabaran dia sudah hujung tanduk.
" Please lah. Nanti saya kena pecat pula."
" Peduli dengan kerja kau tu. Macam lah kat dunia tak ada kerja lain. Setia sangat." Sindir Haqq sengaja menyakitkan hati Adriana.
" Awak tu bos , saya ni kuli. Memang senang awak cakap." Terus saja Adriana mematikan panggilan. Malas nak layan drama tak berbayar dari Haqq. Ganggu mood dia je. Tangan dia menompang dagu sambil melihat skrin komputer.
Mentang lah Haqq tu ada syarikat sendiri. Senang je dia memperkecilkan Adriana.
Syarikat Haqq baru dibina 3 tahun lalu. Syarikat supplier bahan mentah untuk pembinaaan bangunan. Tentunya pendapatan Haqq lumayan berbanding dirinya yang hanya makan gaji.
Lamunan Adriana terhenti apabila Maya menepuk bahunya dengan kuat.
" Kau kenapa ?" Pagi-pagi lah Maya dah tambah kacau mood dia.
" Ada orang cari kau."
" Siapa?" Soal Adriana curiga. Dia lupa kehadiran Haqq.
" Nama dia Haqq."
Membuntang mata Adriana. Terus saja dia berdiri dengan spontan. Masaklah!
*
" Kau memang sengaja nak menguji kesabaran aku kan?" Mata Haqq menjegil memandang Adriana dihadapannya.
Haqq membawa Adriana sarapan di Shangri-La Hotel. Dari pagi tadi dia tak jamah apa-apa. Mana nak ada selera kalau dah tiba-tiba tak nampak bayang Adriana.
Mata Adriana kalihkan memandang tempat lain. Tak nak bertentang mata dengan Haqq.
Hanya Haqq seorang saja yang makan manakala Adriana hanya tukang tengok. Dia dah makan tadi kat office. Ni pun terpaksa teman Haqq kerana lelaki itu sudah terpacak depan office.
" Aku cakap dengan kau ni. Pandang lah aku." Haqq menarik tangan Adriana agar Adriana memandangnya namun mata Adriana masih lagi tak menatapnya.
" Cepat lah makan. Saya nak sambung kerja semula ni." Berani betul Adriana memberikan Haqq arahan.
Haqq merengus. Bukan main lagi gelabah bila Adriana tak nak layan dia macam biasa.
" Tak ada siapa akan kerja hari ni." Ujar Haqq selamba lalu menyuap makanan dalam mulutnya.
" Jangan main-main lah Haqq." Ni lah Adriana tak suka tentang Haqq. Suka buat keputusan sendiri dan mesti kena ikut telunjuk dia. Perangai Haqq tak ubah macam Puan Mariam sebenarnya.
" Kau nampak ke macam aku tengah main-main?" Haqq cucuk garfu diatas roti dengan kuat sehingga ke permukaan pinggan sehingga kedengaran kuat garfu itu dicucuk.
Adriana telan air liur lalu menunduk. Dia sudah kejut harimau yang sedang tidur.
Haqq menghabiskan makanannya sambil matanya tak lepas memandang Adriana yang setia menunduk. Lantai tu lagi handsome daripada wajah dia kut.
" Dah jom." Haqq lap mulutnya dengan kain napkin.
Adriana terus mendongak. Tak sabar dia nak pergi kerja. Wajah lega dia tayang.
Haqq bangun terlebih dahulu diikuti oleh Adriana. Adriana sudah membuka langkah jalan mendahului Haqq namun cepat-cepat Haqq menarik tangan Adriana. Tubuhnya didekatkan dengan tubuh Adriana.
" Awak ni kenapa nak pegang-pegang?" Soal Adriana tak puas hati.
" Suka hati lah. " Adriana mengecilkan mata mendengar ayat Haqq. Haqq menarik Adriana mengikutinya. Adriana dengan sebal terpaksa mengikut suaminya.
Haqq menuju kearah lift lalu dia tekan ketingkat atas.
" Buat apa kita nak naik atas ni? Bukan ke patutnya ke tempat parking?" Soal Adriana.
Haqq tak menjawab langsung soalan Adriana. Soalan itu dibiarkan sepi.
Ting! Pintu lift terbuka lalu kedua tubuh mereka masuk kedalam perut lift.
Adriana masih tak puas hati dan lagi tak puas hati apabila Haqq menekan punat tingkat dua.
Adriana sudah protes. Dia cuba untuk leraikan pegangan tangan Haqq namun tak berjaya. Makin lama makin erat Haqq pegang tangannya.
" Haqqq!!!" Adriana sudah rasa tak selesa.
" Kita nak kemana sebenarnya ni?" Soal Adriana untuk kesekian kalinya.
" Apa?" Mata Haqq menjeling Adriana.
" Hish!" Adriana geram. Soalan dibalas soalan.
" Kau nak pergi kerja kan? Ni aku nak hantar kau pergi kerja lah ni." Ujar Haqq lalu keluar dari perut lift. Mereka jalan menyusuri koridor. Mata Haqq melilau mencari nombor bilik.
" Jangan main-main lah Haqq. Tak kelakar." Ujar Adriana tak puas hati.
" Aku tak buat lawak. Aku tengah bagi kau kerja baru. Mana lah tahu lepas ni kau kena buang ke?"
Tangan Haqq menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan access card. Dia dah jumpa nombor bilik dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...