33

9.1K 221 10
                                    

Puan Mariam buntu. Tak tahu mahu lakukan apa. Medina terus menangis dan mengamuk inginkan Adriana. Intan pula sudah gusar. Tak tentu arah dibuatnya. Haqq pula seperti biasa buat tak ambil tahu. Dia sendiri yang mengusir Adriana kerana baran tentang gambar tempoh hari. Isunya kecil sahaja dan hanya perlu bincang tepi tapi Haqq membiarkan emosi menguasai.

" Carilah Adriana Haqq. Kesian anak kamu ni."

Haqq merengus.

" Buat apa nak cari menantu kesayangan ibu yang tak guna tu. Buang masa Haqq je."

" Amboi bahasa. Tak guna apanya? Dia isteri kamu tahu tak?" Bentak Puan Mariam.

Haqq bangkit berdiri. Dia pandang Puan Mariam tak puas hati. Haqq hela nafas berat. Berdosa jika melontar kata kasar kepada Ibu Kandung.

Haqq tak nak perdebatan membawa kepada kederhakaan. Haqq mengambil keputusan untuk keluar sahaja.

" Suka lah kamu kan , buat anak sendiri macam ni. Entah-entah kamu yang hasut Haqq supaya halau Adriana. " Puan Mariam menuduh pula Intan. Dia meredakan tangisan Medina. Medina memeluk neneknya sambil mulutnya tak berhenti meracau memanggil Mummy.

" Mummy...nak Mummy."

Intan yang sedari tadi menunduk terus mendongak. Dia gelengkan kepala. Dia tak pernah hasut Haqq untuk halau Adriana. Dia sendiri juga yang meminta supaya membuka hati buat Adriana namun Haqq sendiri yang enggan.

Dia sendiri cemburu dengan Adriana kerana boleh membuat kasih Medina lebih pada Adriana berbanding dia. Silapnya juga kerana meninggalkan Medina. Medina masih kecil dan dah tentu lah dia dahagakan kasih seorang ibu. Intan tahu dia tak layak bergelar seorang ibu kerana sanggup membiarkan Medina yang masih kecil tanpa kasih seorang ibu.

*

Adriana mengangkat kain putih yang melitupi almari itu. Rasanya dah terlalu lama dia tak menjejak kan kaki kerumah peninggalan arwah orang tua dia. Rumah ini tak lah terlalu besar, sederhana saja. Cukup lah dahulu menampung mereka sekeluarga. Ibu bapa Adriana kemalangan dan pergi buat selamanya maka tinggal lah Adelina dan Adriana dua beradik.

Dia tinggal disini sendirian setelah Adelina berumah tangga dan menetap di Kuala Lumpur  namun ada juga Adelina menjenguknya. Disini kawalan sangat ketat jadi Adelina tak perlu khawatir tentang Adriana. Manakala Adriana juga kerap membawa Nureen untuk datang menginap disitu dan Adriana juga lah yang membawa Nureen untuk tinggal di Kuala Lumpur dan mencari pekerjaan disana namun dia tak sangka yang Nureen sanggup menikamnya daripada belakang. Memilih cinta melebihi persahabatan.

Dulu mereka pernah menyewa bersama sebelum segala-galanya berubah.

Adriana bersin keras apabila habuk memasuki hidungnya.

Lalu dengan pantas dia mengangkat kain putih yang menutup seluruh perabot dalam rumah itu.

Dia memulakan misi untuk mengemas kembali rumah itu setelah sekian lama ditinggalkan.

Rumah itu jauh daripada tempat tinggal Haqq dan tempat kerjanya. Oops bekas tempat kerja. Adriana telah meletakkan jawatan. Dia tekad untuk meninggalkan semua kenangan lalu dan memulai hidup baru.

Terlalu jauh dia bawa hati lari sehingga ke Perak.

Dia bukan lah anak jati Perak cuma keluarganya pernah tinggal disitu dan sempat membeli rumah ini. Mereka sebenarnya berasal daripada Melaka dan ada seorang nenek disana.

Adriana juga telah meminta kerja sesuai dengan kelulusannya.

Adriana tekad dia akan mengubah segalanya. The New Adriana Will Coming Soon.

Love, PlayboyWhere stories live. Discover now