39

11.3K 263 12
                                    

Adriana lega apabila dapat basahkan tekak. Dia
letak cawan diatas kabinet dapur. Baru dia nak pusing namun terhalang apabila tiba-tiba saja Haqq memeluknya daripada belakang. Haqq menindih tangan Adriana sehingga membuatkan tubuh Adriana terkunci di kabinet.

" Hish! Apa awak nak?" Adriana sedikit menyinga dengan perbuatan Haqq.

" Saja." Haqq melabuhkan kepala diatas bahu Adriana.

" Lepaskan saya boleh tak? Rimas lah."

Haqq gelengkan kepala.

" Nope." Ciuman ringkas diberikan dileher Adriana.

Adriana rasa sedikit kegelian apabila Haqq buat macam tu.

" Kau cuti sampai bila ni?" Soal Haqq memecah keheningan.

" Sampai Intan keluar hospital." Ujar Adriana ringkas.

" Sayang betul Encik Lutfian kat kau kan sampaikan sanggup bagi cuti tanpa gaji."

" Haah tu lah. Baik dia kan? Tu yang SAYANG Encik Lutfian lebih sikit." Ujar Adriana sengaja ingin menyakitkan hati Haqq.

Haqq panas hati bila dengar Adriana kata begitu. Terus dia palingkan tubuh Adriana menghadap dia.

" Elok sikit perangai kau tu. Kau tu ada suami jangan nak sayang-sayang orang lain." Pandangan membunuh diberikan buat Adriana.

" Eh? Suka hati saya lah. Lagipun Encik Lutfian bukan tahu saya ada suami." Adriana hanya tayang wajah selamba.

Haqq gigit bibir geram. Dia memandang tepat wajah Adriana. Pandangan yang susah untuk ditafsir.

" What? Tak puas hati?" Adriana jungkit kening.

Haqq mengherotkan bibir. Soalan apa tu? Memang lah dia tak puas hati.

Haqq tak menjawab soalan Adriana malah dia menekan tangan Adriana diatas kabinet lalu dia rapatkan bibirnya dileher Adriana.

Adriana dah menjerit kuat apabila tiba-tiba saja Haqq gigit leher dia kiri dan kanan.

Lepas dia puas gigit. Haqq tersenyum kemenangan. Adriana nak membalas tapi tak boleh kerana Haqq dah kunci kedua tangannya.

" Are you insane? What the hell are you doing hah?!" Kan dah keluar carutan dari mulut Adriana.

" Nothing. Just doing something I like." Jawapan Haqq hanya menambahkan bengang dihati Adriana.

" Lepaskan saya lah." Ujar Adriana bengang.

Haqq gelengkan kepala tanda dia tak mahu lepaskan.

" Aku belum puas lah gigit kau. Itu baru leher. Kalau boleh satu badan aku nak gigit lagi-lagi bahagian -" Belum sempat Haqq habis cakap Adriana dah memintas.

" Stop It. Pervert." Adriana tak nak mendengar ayat seterusnya. Buat bikin bulu roma dia meremang mendengarkannya.

Haqq tergelak apabila Adriana kata dia pervert. Mana ada istilah menggatal dalam hubungan suami isteri.

" Kalau aku tak nak stop? Kau nak buat apa?" Haqq mengangkat keningnya.

" Jangan salahkan saya kalau saya tendang aset awak." Adriana mengugut.

" Try if you can." Ujar Haqq lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Adriana. Hanya seinci sahaja jarak bibir mereka.

Haqq pula menekan kaki Adriana menggunakan lututnya membuatkan Adriana sukar untuk melakukan sebarang pergerakan.

" Eeee...." Adriana kegeraman. Dia hanya mampu statik disitu. Haqq ni bukan boleh pakai, buatnya dia balas dengan benda bukan-bukan. Masak Adriana nanti.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang