Majlis perkahwinan bakal berlangsung sekejap lagi. Tentunya orang yang paling teruja adalah Adriana. Walaupun Haqq dah bagitahu yang dia tak nak menjadikan Adriana sebagai isterinya dan dia terpaksa menerima Adriana hanya untuk memuaskan permintaan Puan Mariam. Adriana buat bodoh sahaja walaupun telah ditolak mentah-mentah oleh Haqq asalkan lelaki itu menjadi miliknya. Dia tidak peduli walaupun terpaksa menderita. Itu jalan yang dia pilih bukan?
Perkahwinan mereka akan diadakan di hotel. Itu pun atas permintaan Puan Mariam.
Bakal pengantin sedang bersiap didalam bilik persalinan.
"Congrates Nana." Nureen memeluk erat batang tubuh Adriana setelah itu pelukan dilepaskan.
"Thanks sebab sudi datang." Adriana membetulkan awning shawl yang sedikit senget kesan kerana dipeluk oleh Nureen.
Nureen memandang lama wajah Adriana. Dia ingin sangat mengatakan apa yang dia simpankan kepada Adriana tapi dia takut untuk menganggu moment bahagia Adriana ketika itu dan dia tak tega merosakkan perasaan bahagia Adriana.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? " Adriana ingin tahu kenapa Nureen memandangnya seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Kau ada cerita ke nak share dengan aku ni?" Selalunya jika Nureen memandang dia sebegitu pasti ada benda yang Nureen ingin sampaikan. Bukan sehari dua dia bersahabat dengan Nureen. Mereka sudah bersahabat sejak dibangku sekolah lagi. Jadi jika Nureen memandangnya lama pun dia sudah agak ada yang Nureen inginkan.
Nureen laju menggelengkan kepalanya.
"Kau jangan nak kelentong aku." Adriana memandang Nureen dengan tak puas hati.
"Next time lah cerita, ni kan hari bahagia kau takkan lah aku nak rosakkan hari bahagia kau dengan cerita aku. "
"Okay fine tapi ingat kau hutang cerita dengan aku."
Nureen anggukkan kepalanya. Ya dia akan cerita juga suatu hari nanti.
Adriana mengamit tangan Nureen lalu mengenggam tangan Nureen dengan erat. Dia ingin meminta secebis kekuatan daripada Nureen. Walaupun dia teruja dan bahagia dengan perkahwinan ini namun jauh disudut hatinya, dia takut semuanya takkan berjalan dengan lancar.
"Aku takut sebenarnya." Ujar Adriana tiba-tiba.
"Biasa lah tu perasaan takut.Semua orang yang nak kahwin mesti ada perasaan gemuruh dan takut." Nureen menyedapkan hati Adriana.
"Bukan tu maksud aku, kau tahu kan apa yang jadi dulu?" Wajah yang tadi teruja bertukar menjadi suram.
"Lupakan lah kisah dulu. Kau jangan ingat moment tu. Kau doakan je supaya majlis ini berjalan dengan lancar okay?"
Adriana senyum tipis.Dia berharap Haqq takkan tinggalkan dia dan dia mengharapkan seratus persen kepada lelaki itu.
"Minta yang baik-baik, doa yang baik-baik juga Nana." Nasihat Nureen.
Adriana anggukkan kepalanya lalu mengerling jam di dinding. Sudah pukul 3 rupanya. Eh bukan ke sepatutnya akad nikah akan berlangsung jam 2.30 petang tadi? Tak perasan sudah lewat 30 minit. Adriana sudah siap terlalu lama. Adriana pula disuruh tunggu didalam bilik persalinan dan akan dipanggil nanti jika pengantin lelaki sudah siap. Takkan lah Haqq bersiap mengalahkan orang perempuan.
Hati Adriana menjadi tidak sedap. Fikirannya sudah mula dikotori dengan fikiran negative. Adriana gigit bibir. Hatinya bergelora hebat ketika ini.
" Kau okay tak ni ?" Nureen dah nampak wajah gusar Adriana lalu tangannya menggosok telapak tangan Adriana menghilangkan kegusaran yang terpancar.
Adriana anggukkan kepala. Bohong lah kalau dia kata dia okay.
*
"Haqq !! " Haqq berpaling apabila namanya dipanggil dengan sangat kuat. Haqq merengus seketika dan berdiri menghadap tuan empunya yang memanggil nama dia. Taqif menghampiri Haqq.
" Apa yang kau buat ni? " Jelas dimatanya Haqq masih berpakaian kasual. Berbaju hitam dan berseluar jeans bukan baju nikah yang disarung lelaki itu
" Apa?" Soal Haqq pura-pura dan tak puas hati.
"Kenapa kau tak bersiap lagi? Kau tahu kan dah pukul berapa sekarang ni? Majlis akad nikah patutnya dah berlangsung. Semua orang dah tunggu kau. " Taqif tergerak hati nak mencari Haqq kerana semua orang didalam dewan sudah menunggu terlalu lama termasuk Tok Kadi. Bayang Haqq belum muncul lagi.
"Aku tak nak kahwin dengan adik ipar kau lah. Tak faham ke?" Haqq memeluk tubuh sambil merenung tajam wajah Taqif.
"Jangan macam ni Haqq. Kalau kau tak nak perkahwinan ini. Kau tolak dari awal bukannya kau buat keputusan sekarang."
" Aku dah lama tolak dia jadi isteri aku. Aku ni dipaksa tahu tak? Ikutkan hati aku, aku nak lari je dari sini awal lagi." Bodoh Haqq buat keputusan terlalu lama tadi, patutnya dia tak payah pening fikir lama-lama. Terus blah saja takpun tak payah datang hotel ini tadi.
"Kalau kau lari maknanya kau akan buat Adriana malu buat kali kedua." Taqif tak sanggup melihat Adriana terluka.
" Kali kedua apa bendanya? Tak faham lah aku dengan kau ni."
" Ada kisah tentang Adriana yang kau tak tahu dan ada sebab kenapa Adriana mendambakan kau jadi suaminya."
" Apa ? Apa yang aku tak tahu?" Haqq memandang wajah Taqif dengan perasaan ingin tahu.
Taqif tarik nafas sedalamnya. Mati dia kalau Adelina tahu dia membocorkan rahsia tentang kisah silam Adriana.
" Adriana pernah ditinggalkan semasa hari perkahwinan dia. Kami tunggu setengah hari tapi pengantin lelaki tak kunjung datang dan tiada khabar berita ditinggalkan. Adriana dapat tahu yang bakal suami dia dah lari tak nak kahwin dengan dia. Hari tu adalah hari paling gelap untuk Adriana jadi kalau kau buat benda yang sama maknanya pisang akan berbuah dua kali. Aku takut Adriana akan hilang kewarasan nanti. Cukup lah dulu dia mengalami patah hati yang sangat hebat. "
Haqq sedikit tergamam mendengar cerita Taqif. Tak sangka mereka berdua berkongsi nasib yang sama dikecewakan dan ditinggalkan oleh orang yang mereka sayang.
"Jadi aku mohon-" Taqif membengkokkan lututnya lalu berlutut dihadapan Haqq. Dia merayu agar Haqq setuju untuk teruskan majlis ini dan tak teruskan niatnya untuk melarikan diri. Dia sayangkan adik iparnya dan sudah tentu dia tak nak adik iparnya akan terluka sekali lagi.
"Apa kau buat ni?" Haqq menarik tangan Taqif agar bangun namun Taqif mengeraskan kakinya.
"Aku minta jangan tinggalkan Adriana."
"Jangan jadi bodoh. Kalau aku jadi suami dia , Adriana akan lebih terluka jadi lebih baik aku tinggalkan dia sekarang daripada aku menyiksa dia seumur hidup dan aku tak nak diri aku terseksa berkongsi hidup dengan orang yang aku tak cinta dan ada satu sisi tentang aku yang kau tak tahu dan aku tak nak itu menjadi alasan cinta menjadi benci satu hari nanti jadi tolong jangan paksa aku untuk jadi suami sebab itu takkan pernah berlaku."

YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...