Rambut Medina dielus mesra. Wajah tenang si kecil yang sedang tidur nyenyak ditenung lama dan penuh kasih. Sesekali nafas berat dihela. Adriana sedar ini pilihan dia. Dia sedang meminta risiko untuk hatinya luka tanpa berdarah. Adriana yang rela dirinya untuk menjadi menantu Puan Mariam manakala Haqq sendiri dipaksa. Ya pelik bukan? Tapi itulah yang terjadi sekarang.
Tekak kering minta dibasahkan. Adriana bangkit daripada berbaring disebelah Medina. Langkah diatur keluar bilik Medina menuju kearah dapur. Baru kakinya nak jejak anak tangga terakhir , kedengaran pintu utama dibuka dibuka dari luar. Sosok tubuh Haqq muncul dihadapan mata. Seketika mata mereka berdua bertentangan.
"Apa kau pandang-pandang ? Tak pernah tengok orang ke ? " Tiada sebaris senyuman terpamer di wajah Haqq kecuali wajah penat dan marah.
Gulp! Adriana menelan air liur. Ah baru berapa jam menjadi pasangan sudah kena marah.
"Aaa aaa" Adriana tak mampu nak bersuara. Masih berdiri statik ditempatnya.
Pintu Haqq hempas sekuat hati lalu dikunci. Terhinjut bahu Adriana pintu dihempas kuat. Tak boleh kuat lagi bunyi hempas pintu tu?
Haqq berjalan menuju kearah tangga.Baru dia naik anak tangga kedua. Adriana sudah memanggilnya.
"Haqq . " Adriana menoleh.
" Apa?" Haqq menoleh kembali.
" Terima kasih." Ucap Adriana tiba-tiba.
"For what?" Kening Haqq bertaut.
" Sebab tak lari tadi." Adriana pamerkan senyum hambar.
Haqq hela nafas berat.
" Aku tak sangka kau ni manusia paling bodoh." Balas Haqq dengan kata hinaan. Terbeliak biji mata Adriana apabila Haqq berkata sedemikian.
" Apa maksud awak?"
" Kalau kau tahu orang tak cintakan kau jangan ada dalam majlis perkahwinan. Jangan mimpi jadi raja sehari."
"Haqq-" Tubir mata Adriana berkaca. Tak sangka Haqq boleh kata begitu.
" Apa? Betul lah apa yang aku cakap. " Sinis dan kejam betul kata-kata Haqq menghiris hati Adriana.
Kalau tak kerana rayuan Taqif yang penuh ikhlas tadi tu dia dah lama lari. Silapnya juga kerana terlalu fikir lama kalau tidak dia dah lama cabut.
"Hina sangat ke saya ni Haqq?" Soal Adriana ingin tahu sehingga lelaki itu sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.
" Ya kau memang hina sebab tu aku cakap macam tu."
"Haqq boleh batalkan perkahwinan ini kalau Haqq tak nak. "
"Batal? Dalam mimpi kau saja lah. Dari awal aku dah bantah perkahwinan ni tapi apa aku dapat? Tak ada seorang pun berada di pihak aku. Jawapan yang aku dapat aku kena terima perkahwinan ni jugak. "
Sebab itulah Haqq tak nak balik rumah. Sengaja dia balik lewat malam, dia takut kata-katanya akan menghiris perasaan Adriana kerana setiap kali memandang Adriana mesti dia akan mengeluarkan kata-kata yang penuh kebencian. Dia tak tahu kenapa? Perasaan tu datang tiba-tiba.
Adriana menunduk menyeka air mata dipipi.
"Terima kasih Haqq sebab sudi berisiko hidup dengan saya dan terpaksa seksa sebumbung dengan saya."
" Aku kesian kan kau je. Nanti pisang berbuah dua kali pulak kan? Aku takut kau bunuh diri pula nanti bila ditinggalkan dihari perkahwinan buat kali kedua." Haqq , sepatutnya kau tak perlu ungkit itu kepada Adriana.
Adriana mendongak , bagaimana Haqq tahu sedangkan Adriana tak pernah pun membuka mulut tentang perkara itu kepada Haqq mahupun Puan Mariam. Kenapa diungkit perkara paling hitam?

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...