Puan Mariam mendekati Haqq yang sedang bermain telefon bimbit diatas kerusi berhampiran kolam renang. Dia menyinsing lengan bajunya lalu dia cekak pinggang. Tanpa amaran dan pamitan dia terus memulas telinga Haqq.
" Aduh! Aduh!" Haqq mengaduh kesakitan apabila tiba-tiba telinga kanannya dipulas.
Haqq mendongak memandang siapa yang memulas telinganya.
" Apa ni ibu? Sakit lah telinga Haqq." Puan Mariam berhenti memulas telinga Haqq namun tangannya masih memegang telinga Haqq.
" Apa kamu cakap? Kamu buat apa semalam?" Soal Puan Mariam memandang tepat wajah Haqq.
" Apa?!!" Soal Haqq dengan wajah bingung.
" Kamu ingat rumah ni soundproof?"
Kening Haqq bertaut. Dia tak mengerti.
" Kut ya pun nak bagi ibu cucu lagi bawak bersabar lah. Apa kamu takda tatasusila ke? Buat malu je kalau orang lain dengar."
" Hahahahaha." Haqq ketawa malu. Baru dia teringat kejadian malam tadi.
Puan Mariam ketap bibir geram lalu mencubit telinga Haqq.
" Aduhh sakit lah bu." Haqq merintih lalu memegang tangan ibunya agar berhenti mencubit telinganya.
" Suka? Suka? Tak senonoh punya anak. Rosak telinga Medina tahu." Puan Mariam cubit telinga Haqq dengan lebih kuat lagi sebelum melepaskan telinga Haqq.
" Ahhhhhh!!!!" Jerit Haqq. Dia mengelus telinganya yang memerah akibat dicubit oleh Puan Mariam.
" Buat apa ibu dengan Medina keluar bilik tengah malam? "
" Dah anak kamu tu bangun tiba-tiba terus cari Adriana. Mana lah ibu tahu kamu tengah buat konsert malam tadi. Terpaksa lah ibu patah balik cakap ada momok. Nasib lah budak kecil tu percaya."
Tergeleng kepala Puan Mariam.
" Momok tu anak sendiri pulak tu." Sempat lagi Puan Mariam menyindir Haqq.
Haqq menyengih segan. Mukanya memerah menahan malu. Tak sangka dia hanyut dengan Adriana sehingga lupa mereka berada dimana.
Aduhai perangai.
" Kesian telinga cucu Ibu." Ujar Puan Mariam dalam nada sedih lalu meninggalkan Haqq sendirian disitu.
*
Adriana berdiri dihadapan rak susu sambil memilih susu yang sesuai untuk diberikan Medina. Maklumlah sejak dua menjak ni Medina dah tak nak minum susu yang dia sering minum. Kusut kepala Adriana dibuatnya jadi terpaksa lah Adriana menukar susu formula jenama lain.
Sedang sibuk meneliti tiba-tiba sahaja bahu Adriana didorong oleh seseorang sehingga Adriana tersentak.
" Oops sorry tak sengaja." Adriana menoleh memandang siapa yang melanggarnya.
" Kau?!!" Adriana membulatkan biji matanya.
" Oh hai musuh."
Adriana buat muka menyampah. Siapa lagi kalau bukan Nureen. Dia tahu mesti Nureen sengaja melanggarnya.
" Apa kau nak?" Ujar Adriana garang.
" Come on. Jangan lah garang-garang. Kita kan bakal madu." Ujar Nureen menyengih. Sengihan yang membuatkan Adriana bertambah menyampah.
" Ewww perasannya. Macam Haqq nak kat kau lagi."
Nureen merengus tak puas hati apabila Adriana langsung tak mengambil hati dengan kata-katanya. Tujuan dia menyakitkan hati Adriana tapi sebaliknya dia pula yang sakit hati.

YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...