37

11.2K 224 12
                                    

" Adriana bangun." Haqq mengejutkan Adriana yang baring diatas badannya. Dia menyelak rambut Adriana yang menutupi mukanya.

" Hmmm." Adriana menggumam. Matanya masih terpejam.

" Bangun lah. Dah pagi ni." Haqq mengelus pipi Adriana.

" Kejap lagi lah. 5 minutes." Adriana bangun lalu berpindah tempat disebelah Haqq. Dia baru sedar yang dia salah landing.

" Kenapa tukar tempat? " Haqq mengiring menghadap Adriana.

" Suka hati lah." Jawab Adriana selamba lalu baring membelakangi Haqq.

Haqq gelengkan kepala. Tubuh Adriana dipeluk sekejap. Tangannya melingkar dipinggang Adriana.

" Bangun lah mandi. Itu dah ada baju kau dengan barang mandi dalam beg kertas kat atas meja." Adriana terus membuka mata saat Haqq kata begitu. Adriana terus bangun daripada katil sehingga terlerai pelukan daripada Haqq.

Haqq ketap bibir geram apabila tak dapat peluk dengan lama. Tadi bukan main kejut orang tu suruh mandi bila orang tu nak mandi dia pulak tak puas hati.

Apa punya perangai lah Haqq ni. Tak boleh diguna pakai langsung.

Adriana mengambil beg kertas diatas meja lalu dia bawa ke bilik air.

*

Adriana mengambil nafas seketika setelah penat berlari. Dia dah terlambat untuk ke tempat kerja. Haqq punya pasal lah ni. Selamat lah suami dia tu akal panjang. Sempat pula dia meminta staff hotel carikan Adriana pakaian baru dan yang paling Adriana tak sangka yang Haqq belikan baju kemeja untuk kerja. Dia rasa Haqq memang dah siap sedia nak hantar dia pagi sebab tu malam tadi banyak alasan yang keluar.

Ini kalau dia hempuk Haqq ni dengan penukul memang janda lah dia.

Kesudahnya Adriana satu malam dengan lelaki itu sehingga dia terlajak tidur pagi tadi. Nasib baik lah Encik Lutfian jenis tak kisah. Adriana beralasan kata dia sakit perut dan akan terlewat sedikit.

Haqq pula masih berjalan lenggang dibelakang Adriana. Senyum tak lekang dari bibir. Mana tak senyum kalau dah dapat apa yang dia nak.

Mereka naik kereta bersama-sama tadi dari hotel. Haqq tak hantar pun dia ke pejabat untuk ambil kereta. Sia-sia saja kena auta dengan Haqq. Haqq kata buat apa nak menyusahkan diri patah balik sana sini kan mereka satu hala je nanti.

" Maaf Encik. Saya lewat sikit." Adriana menyeka peluh yang merinik didahi.

" Its okay. Saya faham. Kalau awak sakit teruk awak ambil MC je. Saya boleh handle sendiri." Encik Lutfian tayang wajah risau. Matanya tak lepas memandang wajah Adriana.

Adriana gelengkan kepala . Dia bukan sakit teruk pun. Paling-paling pun sakit dikerjakan Haqq semalam.

Haqq dah buat muka tak puas hati bila mendengar perbualan dua manusia itu. Nak saja cakap yang Adriana tu isteri dia. Tak payah nak concern berlebihan.

Haqq berdehem untuk mengingat dua manusia itu yang ada manusia lain disamping mereka.

Encik Lutfian tersedar lalu mengalihkan pandangan.

" Selamat pagi Encik Haqq." Encik Lutfian menghulurkan tangan untuk berjabat. Haqq menyambut mesra.

" Selamat pagi. " Ujarnya sebelum meleraikan jabatan.

" Shall we?" Encik Lutfian berjalan mendahului Haqq dan Adriana.

Haqq mendekati Adriana.

" Jangan nak dekat-dekat sangat dengan dia. Kau tu isteri orang." Kata Haqq dalam nada perlahan.

" Dia bukan tahu pun saya dah kahwin." Adriana tayang wajah selamba tak takut dengan ugutan Haqq.

Adriana sengaja berdekatan Encik Lutfian dengan gaya gedik sengaja untuk menyakitkan hati Haqq.

Haqq merengus marah. Tahu pula cemburu.

*

Haqq membuka lampu biliknya yang terasa kosong tanpa sebarang kehadiran manusia lain.

Selepas itu , dia hempas badan keatas katil dengan hampa.

Riak wajahnya jelas sedih dan kecewa.

Siapa tak kecewa bila dapat tahu yang sebenarnya Intan tu ada penyakit dulu. Dia kecewa dengan Intan sebab tak bagitahu dia hal yang sebenar. Sanggup wanita itu meninggalkan dia dan biarkan diri sendiri menanggung kesakitan. Intan sendirian dengan membawa sel kanser didalam tubuhnya.

Intan tak ada dirumah. Dia telah dimasukkan ke hospital. Katanya barah dia semakin merebak. Itupun Haqq dapat tahu apabila pihak hospital telefon dia. Medina pula Haqq letakkan sementara waktu di rumah Puan Mariam.

Dia memerlukan masa untuk menguruskan Intan.

Wajah pucat Intan jelas terbayang dimatanya. Doktor kata kesihatan Intan semakin merosot kerana  Intan enggan memakan ubat setelah habis kimoterapi dan Intan jarang ikut rawatan susulan dan asyik skip appoinment.

Haqq buntu. Dia tak tahu nak buat apa. Dia sayangkan Intan dan tak sanggup kehilangan Intan buat kedua kalinya. Haqq pula tak dapat melawat Intan dengan kerap.

*

Adriana yang dapat tahu Intan telah dimasukkan ke hospital terus saja dia bergegas kembali semula ke Kuala Lumpur dan meminta cuti tanpa gaji dengan Encik Lutfian.

Nasib dia baik Encik Lutfian itu benarkan dan Adriana boleh masuk kerja semula apabila urusannya dah selesai.

Adriana menghampiri Haqq yang tersandar lemah diatas sofa.

" Haqq." Adriana mengusap bahu Haqq lalu dia sandarkan kepalanya. Memberikan secebis kekuatan kepada lelaki itu.

" Hmmm."

" Sabar ya."

Haqq anggukkan kepala lemah.

Haqq berpaling memandang Adriana lalu memeluk batang tubuh isterinya. Dia letak kepala diatas bahu Adriana sambil memejamkan matanya.

Adriana mengusap belakang badan Haqq.

" Jangan lemah dan sedih macam ni. Awak kena kuat supaya Intan terus kuat." Nasihat Adriana lembut.

" Macamana aku nak kuat kalau isteri aku tengah sakit macam tu? Lepastu dia minta aku ceraikan dia untuk sekali lagi. Kau rasa apa perasaan aku?"

Haqq tak faham kenapa Intan meminta dia benda yang takkan dia buat sampai bila-bila.

Adriana membesarkan biji matanya. Tak sangka Intan boleh meminta cerai disaat diri sedang sakit.

" Dia cakap itu permintaan terakhir dia. Dia kata dia takkan pergi dengan tenang selagi aku tak ungkapkan perkataan tu. "

" Sabar ya Haqq. Mungkin emosi dia tengah tak okay tu."

Adriana bersangka baik.

" Aku sayang dia sangat-sangat dan aku takkan tunaikan permintaan dia tu. Dia tetap isteri aku sampai akhir hayat."

Adriana terasa bila Haqq kata begitu. Bukan ke dia pun isteri Haqq? Kenapa Haqq tak boleh sayang dia macam Haqq sayangkan Intan?

Adriana tersenyum sungging. Dia sedar diri dia siapa.

Adriana gelengkan kepala. Dalam situasi sebegini Adriana tak boleh pentingkan diri. Keadaan Intan adalah yang paling utama.

" Ya saya tahu. Nanti awak pujuk dia supaya jangan cakap macam tu lagi."

" Macamana aku nak pujuk sebab setiap kali aku datang hospital tengok dia mesti dia minta benda tu."

Adriana terdiam. Dia tak mampu nak cakap berlebihan. Dia tak berada didalam situasi Haqq dan dia tak nak Haqq tertekan banyak.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang