Adriana merenung lama pantulan dirinya didalam cermin bilik. Tak cantik ke dia? Tak boleh ke Haqq cakap baik-baik dengan dia? Kenapa mesti menghina dia dengan teruk?
Deringan telefon berbunyi mematikan lamunan Adriana dihadapan cermin. Dengan segera dia mengambil telefon pintarnya diatas katil untuk mengangkat panggilan. Panggilan daripada Nureen.
Dengan ceria dia mengangkat panggilan sahabatnya itu.
" Selamat malam pengantin baru. How's your first night?"
Adriana menjauhkan telefon bimbit dari cuping telinganya. Siapa lah ajar Nureen tanya soalan macam ni?
" Siapa ajar kau tanya soalan macam ni hah?" Ujar Adriana geram. Telefon dilekapkan kembali ke cuping telinga.
"No one." Ringkas sahaja jawapan Nureen.
Mahu saja dia jentik telinga Nureen.
" Kenapa kau call aku ni ? Dah lah masa wedding tu tiba-tiba je kau lesap. Tak sempat kau nak tengok aku ijab kabul. Sampai hati kau tak nak teman aku." Soal Adriana ingin tahu dan dia ungkit kehilangan Nureen semasa majlis perkahwinannya.
Rasanya jarang-jarang Nureen akan call kerana mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing. Kalau jumpa itu pun nasib baik jika ada masa, kalau tak ada masa memang mereka akan borak dalam chatting saja.
" Aku hmmm aku ." Nureen mati kata-kata.
"Kau apa? Eh sekejap kau hutang cerita dengan aku. Jom kita jumpa." Pinta Adriana.
"Eh tak payah lah jumpa dulu, kau kan baru kahwin." Nureen menolak. Dia belum bersedia nak bersemuka dengan Adriana.
" Ish ye lah."
" Lebih baik aku cerita dalam call."
Adriana mengerutkan dahinya. Lain macam saja si Nureen. Dah tak sudi nak bertemu dengan dia ke seperti dahulu?
"Up to you." Adriana menyimpan kecewa didalam hati.
"Actually aku dah putus dengan playboy tu." Ujar Nureen perlahan.
" Bagus lah alhamdulillah. Lega aku , tak payah lah kau sakit hati lagi kan? "
"Hmm betul tu. Tapi ada benda yang aku nak beritahu kau lagi ni. " Suara Nureen dihujung talian mengendur sedikit.
" Apa ?"
" Sebenarnya playboy tu - " Belum sempat Nureen ingin menyambung kata-katanya. Suara Haqq nyaring kuat memanggil nama Adriana diluar bilik tidurnya.
"ADRIANA !!!! "
Adriana tersentak seketika apabila namanya dipanggil dengan kuat sangat.
"Nanti aku call kau semula. Bye !! " Ujar Adriana mematikan panggilan dengan segera lalu mencampak telefon bimbitnya diatas katil.
Dengan langkah pantas dia berlari keluar mendapatkan Haqq. Tak boleh lambat sesaat pun , jika tidak pasti lelaki itu akan melenting.
"Ada apa ? " Adriana mendongak memandang Haqq.
" Ada apa kau tanya? Kau pergi kemas barang kau sekarang. Kita pergi honeymoon." Adriana membesarkan biji matanya. Ingatkan ada apa yang penting sehingga lelaki itu menjerit kuat macam nak terkeluar anak tekak rupanya nak ajak pergi honeymoon tapi tak boleh ke ajak dengan cara baik? Kenapa perlu jerit-jerit?
" Apa yang kau tercegat lagi tu? Cepat lah, kau fikir aku nak tolong kemas barang kau ke? " Tengking Haqq kuat.
" Hah?!" Adriana sedikit blur dan tak perasan dia tengah blank.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...