14

7.4K 157 4
                                    

Haqq tersedar dari lenanya. Badan dia terasa berat. Haqq agak sedikit terkejut melihat ada yang baring diatas badannya. Lena betul tidur beralaskan badan dia. Haqq tiada niat untuk kejut. Biarlah , kali ini Haqq izinkan. Rambut Adriana dia usap perlahan. Dahi Adriana dia sentuh. Nampaknya suhu badan Adriana sudah menurun sedikit. Senyum lega meniti dibibir Haqq. Haqq kembali memejam mata. Menyambung lenanya. Penat semalaman menjaga Adriana. Kalah menjaga budak kecil. Sikit-sikit merengek lepastu mengigau ditengah malam. Sudahnya Haqq jadi tak dapar tidur dengan lena.

Adriana yang masih dalam lenanya memeluk tubuh Haqq tanpa sedar.

Selang beberapa minit , Adriana terjaga. Saat dia membuka mata , dia terkejut bukan kepalang apabila matanya menjamah sesuatu. Apa yang dia jamah kalau bukan dada Haqq yang tak berpakaian? Adriana dengan spontan terus menolak dan menjauh. Nafas dia tak teratur. Muka Adriana merona merah.

Macamana boleh jadi macam ini? Adriana berpindah tempat disebelah Haqq lalu mencerna apa yang jadi semalam. Nasib baik dia masih lengkap berpakaian kalau tidak memang nahas Haqq nanti dia kerjakan.

Adriana menutup wajahnya dengan selimut lantas berbungkus. Malu? Iya lah dia malu. Apa yang berlaku diluar jangkaannya.

" Arghhhh!!!!" Jerit Adriana spontan kerana terlalu malu. Haqq terus terjaga apabila mendengar jeritan Adriana.

" Kau kenapa?" Selimut ditarik Haq dari menutupi wajah Adriana.

Adriana gelengkan kepala sambil memandang tepat wajah Haq diatasnya.

" Kau ni kan, aku dah lah mengantuk." Haqq terus berbaring semula disebelah Adriana . Mata dipejam. Malas nak bergaduh di pagi buta.

Adriana hela nafas lega. Dia baru nak bergerak turun dari katil. Namun terbantut apabila ada tangan yang memegang lengannya. Adriana berpaling.

" Kau nak kemana ? Jangan nak kemana-kemana. Rest je selagi belum okay." Ujar Haqq dengan mata yang masih terpejam.

" Saya nak pergi mandi lepastu buat sarapan."

" Mandi je , sarapan tak payah buat. Biar aku yang buat." Ujar Haqq tegas.

" Tapi-" Haqq terus memintas.

" Kau nak aku jadikan kau sarapan aku ke? " Haqq melepaskan tangannya. Diletakkan diatas dadanya.

Cis, double meaning.

" Tak nak." Adriana gelengkan kepala.

" Ulang balik apa aku cakap tadi." Haqq membuka mata.

" Mandi dan buat sarapan." Adriana terus berlari. Sakit-sakit pun nak main lari-lari.

" ADRIANA!!!!!!!!!"  Jerit Haqq geram. Lagi geram apabila dia dengar pintu dibuka. Itu bermakna Adriana dah keluar dari bilik.

Takut sangat, Haqq baru ada niat nak tangkap Adriana tadi. Terus saja wanita itu melarikan diri.

Haqq pejamkan matanya semula. Tak sampai beberapa saat dia membuka matanya kembali. Haqq terus bangun dengan pantas lalu berlari menuju ke bilik tidur Adriana dan Medina.

Pintu bilik air diketuk dengan bertalu-talu. Kedengaran bunyi pancuran air ditutup oleh Adriana.

" Awak nak apa Haqq? Saya nak mandi lah." Ujar Adriana tak puas hati apabila nak mandi pun kena ganggu.

" Kau jangan mandi air sejuk. Mandi air panas. Kan ada hot shower." Pesan Haqq dihadapan pintu sambil memeluk tubuh.

" Saya tahu lah. Apa masalah awak ni?"

Bagus lah dua orang bertekak dipagi hari. Rezeki lari baru tahu.

" Aku cuma pesan je."

' Cis risau jugak rupanya. '

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang