26

8.7K 201 19
                                    

Adriana meletakkan surat penceraian diatas meja. Wajah dingin Haqq ditatap. Dia rasa sudah tiba masanya untuk dia pergi.

" Apa benda ni?" Haqq mengambil surat yang diserahkan oleh Adriana.

" Huh." Haqq berdecit.

" Kau fikir apa?" Haqq melempar surat itu tepat diwajah Adriana.

" Tolong lah Haqq lepaskan saya. Kan kita dah buat deal yang kita akan berpisah selepas Intan kembali. Ni dia dah balik ke pangkuan awak, jadi saya minta biar saya pergi." Rayu Adriana.

Jujur dia sudah terlalu penat.

" Kalau aku tak nak lepaskan kau? Apa kau nak buat?" Haqq memeluk tubuh memandang tepat wajah Adriana.

" Awak jangan main gila. Bukan ke awak nak sangat berpisah dengan saya?"

" Suka hati aku lah nak lepaskan atau tak. Hak aku." Haqq seakan bermain tarik tali.

" Lepaskan je saya. Kan kita tak saling cinta. " Pembetulan, hanya Adriana seorang saja mencintai lelaki itu separuh gila dan Haqq hanya buat tak endah.

"Kalau kita berpisah, awak akan bahagia dengan Intan tanpa ada gangguan. You got a happy family."

" Aku tak nak. Aku nak kau stay dan tengok betapa bahagianya aku dengan Intan. Titik!" Tegas Haqq.

Adriana membeliakkan biji matanya. Sekejam itu Haqq kepadanya?

" Apa dosa saya dengan awak sampai awak sanggup buat saya macam ni?" Adriana terus bangun. Uratnya tegang menahan marah.

Haqq tak menjawab soalan Adriana. Malah dia meninggalkan isterinya sendirian.

" Tolong lah Haqq." Ujar Adriana terduduk. Sakit tak berdarah, luka yang tak kelihatan. Kenapa dia perlu terus terseksa? Adriana menangis semahunya. Dia cuma ingin cari kebahagiaan dia yang hilang. Misi dia dah selesai, dia temukan semula kebahagiaan Haqq.

Kalau boleh Haqq juga ingin melepaskan Adriana. Dia ingin menunaikan hasrat isterinya itu tapi bagaimana dia harus tunaikan kerana Intan kata dia akan terima Haqq semula tapi dengan syarat Haqq tak boleh lepaskan Adriana kalau Haqq mungkiri janji , Haqq akan kehilangan dia sekali lagi. Kerana terlampau sayangkan Intan, Haqq terpaksa menurut. Dia tak nak kehilangan Intan buat kali kedua.

Tapi keputusan itu akan terus buat Adriana terluka buat selamanya. Dia tahu berdosa menyakiti isteri tapi apa pilihan dia ada ? Dia terpaksa simpan orang yang tak dia cinta demi bersama dengan orang yang dia sayang.

Ego dan pentingkan diri? Ya itulah Haqq. Dia sanggup buat apa saja demi bersama Intan semula.

Lagipun Puan Mariam dah merestui jika dia ingin kembali bersama Intan. Kata Puan Mariam, sudah tiba masanya Haqq cari kebahagiaan sendiri tanpa gangguan daripada dia.

*

" Kenapa Adriana terus paksa saya kembali kepada Haqq sedangkan Adriana masih isteri Haqq?" Soal Intan kepada Adriana.

Dia tak faham apa yang ada difikiran Adriana. Usaha Adriana yang tak pernah putus memujuknya agar kembali bersama Haqq membuatkan hati Intan terpaksa mengikut kehendak wanita itu dalam masa yang sama Intan masih menyimpan rasa kepada bekas suaminya.

Dia mengganggap mungkin jodoh masih milik mereka.

" Sebab kebahagiaan Haqq adalah dengan Intan." Ujar Adriana tersenyum pahit.

" Adriana cintakan Haqq?"

Soalan itu hanya dipandang sepi oleh Adriana. Ya dia cinta lelaki itu separuh mati namun dia mampu jawab didalam hati. Biarlah tingkahnya yang memberikan jawapan.

" Perasaan Adriana tak penting."

" Jangan lah cakap macam itu. Saya serba salah."

" Adriana dah penat biarlah Adriana pergi."

" Astagfirullahalazim." Intan menekup mulutnya. Terkejut dengan pernyataan Adriana.

*

Wajah Haqq tersenyum manis terngiang dikepala Adriana. Senyuman bahagia bila sudah bersama semula dengan insan yang dia cinta.

Matanya merenung syiling. Sebutir air mata dia tumpah. Dia relakan Haqq bersama wanita yang dia puja walaupun dia terluka.

Baru beberapa jam lepas kedua pasangan itu diijab kabul semula. Adriana sudah terbayang kemanisan yang harus dia lihat.

Malam ni mereka sekeluarga menginap dirumah orang tua Haqq dan Adriana tidur sendirian kerana Medina ingin tidur bersama dengan nenek dan datuknya.

Manakala Haqq pula sudah tentu lah sudah tidur dengan Intan. Malam pengantin kan?

Adriana menyeka airmatanya. Hubungan dia dengan Haqq atas dasar nafsu bukan sebab cinta dan dia akan pastikan Haqq mesti lepaskan dia suatu hari nanti.

Kalau Haqq tak nak lepaskan tak apa, biar dia bawa diri dan pergi jauh. Hati perempuan mana yang sanggup menahan rasa sakit dilukakan sebegini rupa?

Adriana bangkit lalu keluar dari bilik tidur. Kakinya diatur menuju ke ruang tamu bawah. Dia tak dapat melelapkan mata. Sukar untuk tidur dengan perasaan kecewa. Ubat anti-stress pula dia lupa untuk bawa. Itulah ubat Adriana selama ini saat dia sedang kecewa dan bila tak dapat melelapkan mata.

" Hmm." Wajahnya sugul saja. Dia mengambil tempat diatas sofa. Tubuh direbahkan menyandar disofa.

" Eh kau tak tidur ke?" Soal Haqq melihat tubuh Adriana. Dia mendekati Adriana.

Adriana menggelengkan kepalanya.

" Mesti kau tak dapat lelapkan mata sebab terbayangkan betapa bahagianya aku dengan Intan kan?" Sudah lah tu Haqq jangan sakiti hati Adriana lagi.

Adriana jungkitkan bahu. Dia malas nak cakap apa-apa.

Adriana bangkit dari duduknya.

" Aku cakap dengan kau ni." Ujar Haqq menjegilkan matanya. Tangannya menahan lengan Adriana daripada pergi.

" Awak nak apa? Anggap jelah saya ni halimunan. Jangan sakitkan hati saya boleh tak? Saya tak kacau awak pun kan?" Ujar Adriana merengus marah. Haqq ni tak habis cari fasal dengan dia.

" Kau fikir kau siapa nak kekwat dengan aku?" Haqq menggenggam erat lengan Adriana. Menyalurkan rasa marahnya.

" Saya ni cuma isteri kertas." Adriana ingin mengalihkan tangan Haqq daripada lengannya.

" Kau ni..." Belum sempat Haqq nak bersuara , Adriana dah memintas.

" Sebab itu saya kata lepaskan saya dan awak bahagia tanpa ada saya. Lagipun saya tak hamak dengan kebahagiaan awak tu pun lah." Ujar Adriana meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya.

*

" Kenapa nak bawak Adriana? Ni kan percutian keluarga kita." Ujar Haqq tak puas hati kepada Intan. Dia plan nak bercuti dengan Intan dan Medina sahaja tapi boleh pula si Intan paksa dia angkut Adriana sekali.

Yang dia lagi sakit hati, Adriana setuju nak ikut dengan alasan biarlah Haqq berdua dengan Intan. Dia boleh jaga Medina tapi masalahnya Haqq tak ingin kehadiran Adriana disitu. Hanya menyakitkan matanya saja.

" Apa salahnya? Dia kan keluarga kita juga." Intan mengusap lengan Haqq. Menyalurkan kesabaran.

" Its okay. Kalau Haqq tak nak Adriana kat sini, Adriana boleh balik." Senyum terpaksa diukir.

" Pergi lah." Haqq mengusir Adriana.

" Abang....." Intan gelengkan kepala melihat tingkah Haqq.

Adriana hanya tertunduk kecewa. Dia terasa menjadi penganggu dalam keluarga itu.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang