" Semalam kau kemana Adriana? Tiba-tiba saja lesap. Ada emergency ke? " Soal Maya. Wajah suram Adriana dipandang.
Adriana hanya anggukkan kepala dengan sugul berbohong. Emergency lah sangat. Padahal gara-gara ulah Haqq.
" Sorry tau banyak tanya. " Maya senyum kelat.
" Adriana, Encik Syafiq nak jumpa. " Siti tiba-tiba bersuara.
Adriana merengus sebelum bangun daripada meja kerjanya. Dia pergi tanpa sepatah suara.
" Kenapa dengan kawan kau tu? Monyok je muka?" Soal Siti kepada Maya sambil melihat Adriana berlalu pergi.
Maya hanya menjungkitkan bahunya. Dia pun tiada jawapan.
Adriana ketuk daun pintu terlebih dahulu sebelum masuk keruangan itu.
" Masuk." Suara Syafiq menyuruhnya masuk.
Adriana masuk dan hanya memandang sepi wajah Syafiq.
" Kenapa Encik nak jumpa saya?" Soal Adriana ingin tahu.
" Saya nak tanya semalam awak kemana ? Awak tak sihat ke?" Soal Syafiq dengan pandangan yang redup.
Adriana menunduk lalu menggaru belakang lehernya yang tak gatal tanpa memberikan sebarang jawapan.
" Adriana." Syafiq memanggil wanita dihadapannya itu yang berdiri diam macam patung cendana.
" Saya minta maaf Encik kalau perangai saya semalam buat Encik tak senang. Saya janji saya takkan ulangi perkara yang sama." Ujar Adriana serba salah.
" Saya tak marah saya cuma bertanya." Ujar Syafiq. Dia khawatir Adriana tak selesa dengannya.
Bibir bawah Adriana ketap. Ini semua salah Haqq. Dah dua kali dia paksa Adriana keluar waktu pejabat gara-gara urusan yang tak penting. Agaknya Haqq suka kut kalau Adriana kena marah dengan pihak atasan.
*
Adriana merengus. Time nak balik lah , kereta dia buat hal, tak nak hidup pula. Pembetulan bukan kereta dia tapi kereta pemberian Puan Mariam. Kata Puan Mariam ada kereta lebih satu di rumahnya jadi dia menyuruh Adriana gunakan untuk kegunaannya. Selalunya Adriana guna pengangkutan awam untuk pergi kerja. Dia mana lah ada duit dulu nak beli kereta. Nak-nak baru kerja tiba-tiba kena kahwin pula. Mana sempat nak buat simpanan beli kereta. Nasib mak Mertua sayangkan dia dapat lah dia kereta percuma. Nak harapkan suami dia belikan kereta sampai kiamat pun dia takkan dapat.
Adriana mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg.Nombor Haqq dihubungi. Sambil itu dia menuju ke tempat menunggu bas. Kereta sudah diambil oleh pihak bengkel. Jadi sekarang dia tengah fikir cara bagaimana nak balik. Tiba-tiba mati akal macamana nak balik.
" Hello Haqq." Ucapnya saat panggilan berangkat.
" Apa?!!"
" Errr, kereta saya rosak lah. Tak mahu hidup." Ujar Adriana.
" So apa masalahnya dengan aku? Call lah pomen buat apa nak call aku?"
Adriana pejam mata menahan sabar.
" Saya dah call pomen. "
" So?!"
" Emmm, boleh tak ambil saya kat tempat kerja ni?"
" What?!!!!!" Adriana menjauhkan telefon bimbitnya apabila mendengar jeritan Haqq.
" Banyak cantik muka kau. Berlambak pengangkutan awam kat luar sana, kenapa tak nak gunakan?"
Adriana ketap bibir geram. Terpaksa lah hari ni duit melabur banyak sebab kena naik e-hailing. Betul lah tu kata Haqq, kenapa lah dia tak terfikir dari tadi?
" Tak apa lah, saya naik e-hailing je."
" Pandai pun." Terus saja Haqq mematikan panggilan.
Adriana merengus geram. Minta tolong sikit pun tak boleh. Apa lah nasib dapat suami macam ni?
Telefon pintar digenggam erat. Mata menerawang memandang sekeliling sambil mencuba untuk menahan air matanya daripada tertumpah.
Sebuah kereta mewah berhenti betul-betul dihadapannya. Pemiliknya keluar daripada kereta lalu menghampiri Adriana.
" Adriana?!"
Pandangan mereka bertaut. Adriana terkejut melihat figura Syafiq yang keluar kereta itu.
" Awak buat apa kat sini?" Soal Syafiq prihatin.
" Saya nak balik." Ujar Adriana.
" Kenapa tak balik naik kereta awak? Kereta awak rosak ke?"
Adriana terkejut. Macamana Syafiq tahu dia bawa kereta ke tempat kerja? Ni mesti Syafiq mematai dia.
" Macamana Encik tahu saya datang kerja naik kereta?"
Syafiq ketawa kecil.
" Come On Adriana. Awak bekas tunangan saya kut takkan lah saya tak ambil tahu pasal awak pula."
Adriana julingkan matanya keatas.
" Bekas je Encik. Lagipun tak perlu ambil tahu pasal saya. Dah lah Encik balik lah, saya tengah suami saya datang ni. Nanti apa pula kata dia tengok Encik kat sini." Adriana membalas dengan sarkastik.
*
" Adriana sini kejap." Haqq memanggil Adriana yang baru lalu dihadapan matanya.
Adriana menghampiri Haqq yang sedang duduk diatas sofa single berdekatan ruang tamu. Disebelahnya ada mini ruang tempat membaca. Rak buku juga ada disitu.
Adriana berdiri dihadapan Haqq sambil berpeluk tubuh.
" Awak nak apa?" Adriana menghantar pandangan ingin tahu.
" Duduk lah." Adriana mengerutkan dahinya. Nak duduk kat mana? Atas lantai ke?
Adriana baru nak bersila namun cepat-cepat Haqq menarik Adriana bangun.
" Jangan jadi kampung sangat nak bersila atas lantai." Haqq menghantar pandangan tak puas hati.
" Habis tu awak suruh duduk kan? Nak saya duduk mana?"
Haqq duduk selamba sambil tangannya masih memegang tangan Adriana.
" Duduk atas paha aku. Kan favorite place kau."
" Tak nak lah saya." Adriana cuba menarik tangannya daripada pegangan Haqq tapi tak berjaya. Haqq menarik tangannya dengan kuat sehingga tubuhnya terduduk diatas paha suaminya.
" Ish lah awak ni." Ujar Adriana tak puas hati tanda tak suka.
" Eleh tak suka konon padahal kau jual mahal kan? "
" Awak nak apa sebenarnya? Jangan cari pasal boleh tak?"
Haqq meleraikan pegangan tangannya sebelum tangannya dilabuhkan diatas paha Adriana yang terdedah.
" Kau tu yang cari pasal dengan aku."
" Apa benda awak merepek ni?" Eh alih-alih Adriana pula yang kena tuduh tak tentu fasal.
Haqq mengeluarkan telefon bimbitnya yang terselit ditepi punggungnya.
Disua skrin telefon bimbitnya dimuka Adriana sehingga isterinya terkejut besar. Adriana merampas telefon bimbit itu daripada tangan Haqq.
" Mana awak dapat gambar ni?" Soal Adriana terkejut. Gambar dia bersama Syafiq petang tadi di tempat menunggu bas.
" Daripada Nureen. Ni lah benda yang aku nak cakap sebab tu aku panggil kau."
Adriana berdecit. Kaki sibuk betul lah si Nureen ni.
Adriana menatap mata Haqq. Haqq mengambil semula telefon bimbitnya. Diletakkan semula ke tempat dia ambil tadi.
" Aku tahu lah hubungan kita ni sementara tapi tak perlu lah kut kau jumpa bekas tunang kau tu. Tak manis."
" Saya tahu. " Ucap Adriana pendek sebab tu dia halau Syafiq tadi tapi tak sangka pula sebelum Syafiq pergi ada yang sempat ambil gambar.
" Aku tak suka kau jumpa lelaki lain belakang aku macam ni nak-nak dia bekas tunang kau. Kau dah lupa ke apa dia buat?"
" Terjumpa lah bukan sengaja jumpa."
YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...