Sesekali Haqq melayan Netflix kat Macbook miliknya , maklum lah jarang ada masa terluang. Filem Red Notice menjadi pilihan Haqq. Haqq mengambil satu popcorn lalu disumbat didalam mulutnya.
Adriana mengambil tempat disebelah Haqq. Haqq hampir tercekik apabila melihat Adriana. Apa lagi perempuan ni cuba buat, pakaian Adriana benar-benar menjolok matanya. Baju tidur satin bertali halus menjadi pilihan Adriana. Baju itu atas lutut bila Adriana duduk baju itu terus singkat jadinya sehingga terdedah sampai paha.
Adriana pula cuma buat muka selamba sambil menumpang tengok movie bersama Haqq. Muka tak malu dia tayang.
Haqq terbatuk-batuk jadinya. Adriana hanya memandang sekilas.
" Kau nak aku mati tercekik ke hah? Siapa suruh kau pakai baju macam ni? Tak malu ke dengan Medina ? "
" Medina dah tidur lah. Rilex lah lagipun dia budak kecil, apa yang dia tahu. "
Haqq mengetap bibir geram mendengar jawapan yang meniti dibibir Adriana.
" Lepastu takkan lah kau nak mata dia terdedah dengan pakaian seksi kau ni? Buatnya dah besar dia jadi seksi macam kau? Kau nak tanggungjawab ke?" Pandangan Haqq beralih memandang Adriana.
Adriana mengeluh seketika. Buat itu salah buat ini salah.
" Nanti dah besar dia takkan jumpa saya lagi lah. Jadi tak payah risau."
Rasanya, Haqq ni hilang ingatan agaknya. Tempoh perkahwinan mereka akan berakhir selepas Intan ditemukan kembali.
Haqq menepuk geram peha Adriana. Ada saja jawapan yang keluar.
" Sakit lah." Adriana menjeling Haqq. Pahanya yang ditepuk diusap.
" Padan muka kau. Itu makan dia "
" Daripada awak tepuk , lebih baik awak usap. Lepastu -" Belum sempat Adriana habiskan ayatnya lagi , Haqq dah tekup mulut dia.
" Just shut up your fucking mouth." Kan dah keluar carutan daripada mulut Haqq.
Adriana merengus. Dia tolak tangan Haqq menjauh.
" Daripada awak mencarut lebih baik awak cakap awak sayang saya. Kan lagi sedap dengar." Lagi sakan Adriana mengusik Haqq. Haqq membulatkan matanya. Sah lah Adriana ni memang ada masalah mental.
Haqq gelengkan kepala. Malas nak layan drama Adriana. Lebih baik dia layan Netflix. Matanya kembali fokus ke skrin Macbook . Adriana muncungkan bibirnya. Susah betul nak tarik perhatian Haqq. Adriana dengan selamba badak dia menatap wajah kacak Haqq. Adriana terbuai dengan pandangan yang indah di matanya. Andai saja lelaki itu memiliki rasa yang sama dengannya, sudah dia peluk erat lelaki itu sampai sesak nafas.
Tapi apakan daya, mampu dipandang saja.
" Kau pahal pandang-pandang aku?" Haqq menjeling Adriana. Tak selesa apabila Adriana memandangnya sebegitu rupa.
" Saya bukan tengok awak lah. Saya tengok suami saya. Awak jangan nak perasan." Loyar buruk betul Adriana.
" Oh suami. " Haqq sengaja layankan Adriana. Dia pusingkan badan menatap Adriana.
Adriana anggukkan kepala.
" Takkan tengok je? Rugi kalau tengok je." Haqq sengaja menyakat Adriana semula.
" Itu lah rugi. Dah lah malam jumaat, takkan tengok je kut. Ni kalau ajak- " macam biasa tak sempat habis, Haqq dah potong.
" Ajak baca Yassin lagi bagus dapat pahala."
Adriana dah ketawa nakal. Tahu pun takut. Ingat Adriana tak reti menggatal ke? Dia reti lah.
Adriana berkira nak kenakan Haqq lagi. Tanpa suara, dia terus berpindah duduk daripada atas sofa terus keatas paha Haqq sehingga Haqq terkejut teruk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...