15

8.2K 185 4
                                    

" Main kasar lah awak ni " Adriana memukul kuat bahu Haqq.

" Suka hati aku lah. Lain kali jangan nak banyak cakap." Haqq menjentik dahi Adriana.

Adriana mencebik lalu bangun dengan selamba. Bathrobe yang tersingkat sedikit dibetulkan. Dia berjalan selamba ingin keluar.

" Eh kaki kau ?" Haqq terkejut melihat Adriana berjalan dengan normal. Tak berdencut langsung.

Adriana berpaling memandang Haqq.

" Memang tak sakit pun, itu cuma - "

HASYEMMMM !!! Adriana bersin dengan kuat.

Haqq bangun. Pinggang dicekak. Matanya memanah memandang Adriana. Rasa nak marah besar sebab kena tipu hidup-hidup. Habis cedera parah pintu dibuatnya kerana ulah Adriana.

" Saya berlakon je sakit kaki padahal tak pun."

HASYEMMM!!!! Adriana bersin untuk kesekian kalinya.

Hidungnya merah dan berair. Ni semua salah Haqq.

" Tapi demam ni tak tipu ."

HASYEMMM !!!!

" Hish kau ni lah , pergi lah tukar baju." Haqq berjalan kearah Adriana lalu didorong bahu Adriana ke biliknya.

" Tak payah lah tolak-tolak sampai ke bilik. Saya tahu lah nak tukar baju sendiri." Adriana menolak tangan Haqq di bajunya. Langkah diatur menjauhi Haqq.

" Cepat lah jangan melawan." Haqq membuntuti Adriana.

" Kalau nak cepat , tolong lah saya tukar baju." Ujar Adriana selamba.

" Gatal." Terus saja Haqq mendorong kuat Adriana masuk ke dalam bilik. Lalu dia hempas pintu tu sehingga tertutup sendiri.

" Gila betul perempuan ni." Ingatkan dia je boleh tahan mengusik tapi Adriana dua kali ganda lagi boleh tahan.

Sementara Adriana menukar pakaian, Haqq menuju ke dapur lalu tangannya mula pantas mencapai barang untuk memasak.

Bunyi loceng mematikan tugasan Haqq. Haqq membasuh tangan sebelum membuka pintu. Pintu dibuka oleh Haqq
menerima tetamu yang datang.

Haqq tersenyum nipis melihat siapa yang datang. Adelina dan Taqim.

" Assalamualaikum." Ujar Adelina memberi salam.

" Waalaikumusalam." Jawab Haqq kembali.

" Maaf lah ganggu. Adriana ada?" Soal Adelina sopan. Tangannya menghulurkan buah epal kepada Haqq tanpa suara. Haqq menyambut mesra.

" Ada, masuk lah. Dia tengah tukar baju." Haqq mempelawa mereka untuk masuk.

Adelina dan Taqim mengangguk sebelum masuk kedalam.

" Duduk dulu." Mereka melabuhkan punggung diatas sofa.

" Kakak!!!" Adriana berlari kecil lalu tubuh Adelina didakap mesra. Belum panas punggung Adelina nak duduk, dah diterkam oleh si adik. Suka betul Adriana apabila kakak dia datang.

" Adik kakak oka - " Adelina tak sambung ayatnya apabila terpandang sesuatu di leher Adriana.

Adelina batuk kecil sebelum memainkan isyarat mata kepada Taqim. Bibir dimuncungkan kearah leher Adriana.

Demam lain ni , sangka Adelina.

Berkerut dahi Taqim apabila Adelina memainkan mata. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan. Adelina gigit bibir geram, tak faham pula suami dia ni. Taqim tak perasan apa yang ada di leher Adriana.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang