36

11.1K 222 6
                                    

" Awak nak bawak saya kemana ni Haqq?" Soal Adriana sambil badannya dipusingkan menghadap wajah Haqq yang sedang memandu.

" Pergi Syurga."

Pap!

Adriana menampar kuat paha Haqq. Sakit hati dengan jawapan yang diberikan.

Haqq mengaduh kesakitan. Dijelingnya Adriana dengan tak puas hati.

" Sakit tahu tak?" Haqq menjegilkan mata.

" Padan muka." Adriana terus bersandar dikerusi. Mata dipejam lalu memeluk tubuh.

Sedang Adriana sebegitu, Haqq mengambil kesempatan.

Adriana menjerit terkejut apabila merasa ada yang menjalar diatas pahanya yang terdedah. Dengan spontan Adriana membuka mata.

Tangan orang ni tak reti duduk diam ke? Asyik nak merayap je. Tengah drive pun masih sempat nak menggatal. Mentang lah kereta auto.

Adriana menjeling Haqq sambil tangannya mengalihkan tangan Haqq. Namun Haqq lagi pandai. Ketika Adriana ingin alihkan tangan ketika itulah Haqq tekan tangan dia mencengkam paha Adriana.

" Eeee awak ni ada masalah kurang kasih sayang ke? Saya tak suka lah macam ni." Ujar Adriana sakit hati.

" Haah memang kurang sejak kau lari." Jawapan Haqq membuatkan Adriana senyum sinis.

" Yelah tu?" Adriana buat muka tak percaya.

" Kalau tak percaya tak apa. Sekarang jugak aku tunjukkan yang aku memang kekurangan kasih sayang." Kata Haqq lalu senyum nakal.

Adriana membeliakkan biji matanya.

" No need. Hantar saya kat office. Saya nak balik dan bukan nak ikut awak. Tak perlu tunjuk tak penting pun." Dia tahu apa maksud kiasan Haqq tu.

" Kalau aku nak tunjuk jugak?" Haqq memandang Adriana sekilas lalu kembali fokus  kearah hadapan.

" Saya tak nak tengok lah. Tolong lah Haqq, saya bukan anak patung. Awak nak paksa buat itu buat ini lepastu bila awak tak nak awak buang. Awak tak faham bahasa ke yang saya tak nak ikut awak? Saya nak balik office semula. Takkan itu pun tak boleh?" Akhirnya Adriana meluahkan ketidakpuasan hatinya.  Suara sedikit tinggi sehingga Haqq pun terkejut dengan kata-kata Adriana. Something new tentang Adriana.

" Saya cuma nak awak jauhi saya. Tak boleh ke?"

Haqq hela nafas berat. Tangan dia alihkan daripada paha Adriana. Bohong lah kalau dia tak terusik dengan kata-kata Adriana.

Haqq memberhentikan keretanya dibahu jalan.  Matanya masih memandang hadapan. Dia membuka seatbelt lalu menyandarkan badannya dikerusi.Adriana pula hela nafas ringan dan berharap Haqq mengerti dengan perasaan dia. Dia perlukan masa untuk merawat hatinya. Dia cuma minta jarak antara mereka.

Adriana membuka seatbelt. Duduknya diperbetulkan. Belum sempat Adriana mengambil nafas lega.

Haqq dah ambil kesempatan. Dicium bibir Adriana hingga Adriana lemas. Adriana dah pukul-pukul dada Haqq ketika lelaki itu sibuk mengerjakan bibirnya.

Haqq melepaskan ciuman setelah dia puas hati. Adriana yang sedia bengang bertambah bengang. Haqq kembali ke posisi asal. Menyandarkan badan.

Adriana terus mencubit-cubit badan Haqq. Haqq mengaduh kesakitan apabila kena serang.

" Aduh sakit. Sakit lah." Dia mengerang kesakitan.

" Rasakan. Itu balasan untuk orang miang macam awak ni." Ujar Adriana geram.

" Miang apanya. Kan isteri sendiri." Haqq terus menangkap tangan Adriana supaya berhenti mencubit badannya.

Adriana memandang tak puas hati. Baru sekarang nak gelar isteri kalau dulu-dulu tu sikit pun lelaki itu tak menggelar dan tak ada pun melayan dia macam seorang isteri. Dilayan  macam perempuan simpanan adalah.

*

Adriana mengepit kakinya menahan sakit. Dijeling Haqq yang terlena dengan tak puas hati. Haqq ni memang betul lah tak makan saman. Cakap lah apa pun dengan lelaki itu. Dia tetap dengan pendirian dia dan harus ikut telunjuknya.

Haqq ni betul-betul meratah badan dia sampai sakit dibuatnya. Dia ni dah lama sangat ke tak dapat benda tu dengan Intan sehingga melempiaskan ke Adriana. Dari gaya Haqq ni macam dah lama tak dapat je.

Menyesal pula Adriana ikut Haqq. Tadi Haqq cakap nak makan dulu lepastu nanti lepas maghrib baru dia hantar Adriana ke pejabat semula tapi boleh pula Haqq nak singgah hotel yang dia menginap. Haqq kata dia nak ambil barang tertinggal terlebih dahulu didalam bilik hotel sebelum menghantar Adriana balik office.

Adriana pun satu bodoh, ikut sahaja lelaki itu. Haqq siap ajak teman masuk kedalam bilik kejap. Dia nak solat isyak bersama dulu sebab dah masuk waktu. Adriana mulanya tak nak sebab dia pun tak ada telekung untuk buat solat. Telekung miliknya didalam kereta dia. Haqq kata ada telekung milik Intan dalam kereta dia yang boleh diguna pakai.

Adriana pun tak tahu apa yang Haqq fikir sehingga sanggup melambatkan masa. Asyik membazirkan waktu.

Adriana yang tak fikir panjang pun ikut telunjuk lelaki itu. Percaya yang Haqq takkan macam-macam namun sangkaan dia meleset itu hanya lah umpan Haqq saja.

Selepas saja solat isyak terus Haqq mengangkat tubuh Adriana kearah katil. Terdapat pergelutan kecil sebelum Haqq dapat apa yang dia nak.

" Haqq bangunlah. Dah nak tengah malam ni. Saya nak balik." Adriana duduk dibirai katil sambil mengejutkan Haqq yang terlena.Tubuhnya disarungkan kemeja milik Haqq. Bukan tak ada baju sendiri tapi baju dia sudah dikoyakkan oleh Haqq.

" Bangun lah Haqq." Adriana mengejutkan Haqq untuk kesekian kalinya.

Haqq bangun dengan malas. Dia memandang wajah penat Adriana seketika lalu dia bangun menyandarkan badan dikepala katil. Adriana telan air liur melihat tubuh terdedah Haqq. Dia angkat selimut lalu tutup badan Haqq. Tak nak lah dia tengok lagi-lagi dengan roti enam buku tu. Buat gugur iman je.

" Haqq bangun." Adriana kejut lagi saat lelaki itu  kembali memejam matanya.

" Dah lah tak payah tidur balik. Bangun lah. Saya nak balik." Adriana menarik tangan Haqq supaya lelaki itu kembali bangun semula.

" Esok jelah aku hantar kau balik. Lagipun kita nak pergi Hotel Spring kan? " Haqq membuka mata lalu mendapatkan tangan Adriana.

" Banyak cantik muka awak. Saya ni dah lah tak ada baju. Barang mandi pun tak
ada. Baju yang ada tu pun dah koyak." Omel Adriana. Haqq gelak mendengar omelan yang meniti dibibir Adriana.

Nampak sangat yang Adriana memang tak
puas hati sangat dengan dirinya.

Adriana menampar kuat perut Haqq apabila lelaki itu gelak.

" Ouch." Haqq mengerang sakit manja.

Adriana buat muka menyampah.

" Cepat lah." Adriana menggesa Haqq.

Haqq merengus seketika.

" Cuba lah kau fikir. Takkan lah aku nak hantar kau balik dengan pakai baju aku. Kalau kau keluar dari bilik ni dah sah-sah orang akan tengok kau semacam dan bersangka benda yang tak baik." Haqq memeluk tubuh memandang tepat wajah Adriana.

Adriana terdiam seketika.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang