9

6.4K 169 1
                                    

Haqq tarik nafas sedalamnya. Sebatang tubuh diatas katil dengan pakaian sebegitu rupa bakal menggoncang imannya. Haqq mengetap bibir. Pandangan itu menganggu imannya ketika ini nak-nak sekujur tubuh yang terlena itu adalah isterinya yang sah.

Haqq menarik comforter lalu menutup seluruh batang tubuh Adriana yang terdedah dengan comforter.Tubuh isterinya dibungkus dengan comforter kecuali kepala.Dia tak nak tergoda walapun hampir tergoda tadi.

Adriana terjaga apabila rasa ada pergerakan.

"Hmm Haq ." Adriana membuka mata lalu menggosok matanya.Baru dia nak bangun, Haqq dah menghalang daripada berbangun.Bahu Adriana dipegang.Haqq takut kalau Adriana bangun nanti comforter akan melurut dari batang tubuhnya dan Haqq tak nak terbuai dengan apa yang dia lihat sebentar tadi.

" Haqq." Adriana tak selea apabila Haqq memegang bahunya.

" Tak payah bangun. Kau tidur je."

Adriana gelengkan kepala.Dia belum nak tidur tapi dia tak tahu mengapa tadi dia boleh terlelap agaknya suhu aircond kut yang membuatkan dia terlelap.

"Jangan goda aku Adriana dengan pakai pakaian macam ni."

"Hah?" Haqq tahu ke niatnya nak menggoda Haqq?

"Aku tahu apa yang kau buat."

"Tapi Haqq-"

Haqq laju memintas.

" Aku tak nak kau jatuh cinta dengan aku terlalu dalam. Jangan goda aku lagi. "

" Tapi kenapa?" Soal Adriana ingin tahu kenapa dia tak diizinkan menggoda suaminya sendiri? Adakah kerana benci yang terlalu mendalam?

" Aku playboy, kepakaran aku memainkan hati perempuan. Aku tak nak kau goda lelaki macam aku."

Adriana terdiam. Dia merenung lama anak mata Haqq mencari kejujuran.

" Dan aku masih sayang bekas isteri aku dan aku takkan pernah sentuh kau. Itu yang kau perlu tahu." Haqq merenung kembali anak mata Adriana.

" Awak tipu ? Kalau awak sayang bekas isteri awak kenapa awak jadi playboy " Adriana tak percaya.

" Aku tak pernah tipu kau. Aku memang playboy. Kalau kau tak percaya kau tanya kawan kau Nureen."

Adriana membeliakkan biji matanya. Macamana Haqq kenal Nureen? Mereka kenalan ke? Kenapa Adriana tak tahu?

"Nureen?!"

Haqq anggukkan kepalanya. Tangan dia turunkan dari bahu Adriana.

"Nureen antara senarai awek-awek aku."

" Tapi bukan ke Nureen bercinta dengan playboy dan playboy tu -" Adriana menekup mulutnya dengan tapak tangan. Tak percaya Nureen bercinta dengan Haqq rupanya.

Tak sangka lelaki idamannya ada satu sisi yang paling dia tak suka iaitu kaki perempuan.

" Aku lah bf Nureen dan masih memegang gelaran itu sampai sekarang."

" Tapi Nureen kata dah putus" Tubir mata Adriana kembali berkaca.

"Aku rasa Nureen tipu kau sebab dia tahu kau kahwin dengan aku. Aku rasa dia sembunyikan sesuatu dari kau."

"Awk tak sayang Nureen tapi kenapa awak pilih Nureen ? Tolong lah jangan mainkan perasaan dia." Adriana sanggup biar terluka jangan lah sahabatnya yang satu itu.

" Dia sendiri yang tawarkan diri kepada aku. Aku ada segalanya, semua perempuan nak berdamping dengan aku termasuk kau."

Begitu kecil harga diri wanita dihadapan Haqq. Adriana geram apabila Haqq memainkan hati wanita.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang