" Yeayyy malam ni Medina tidur dengan Mummy." Ujar Medina sambil meloncat gembira diatas katil. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam namun budak kecil kesayangan ini tak nak tidur malah berloncat gembira pula. Lagi-lagi bila dapat tahu malam ni, Adriana akan tidur dengannya. Bukan setakat malam ni tapi untuk malam berikutnya sehingga hala tuju perkahwinannya dengan Haqq jumpa penamatnya.
" Jangan loncat-loncat nanti jatuh." Adriana menggelengkan kepala sambil mencengkak pinggang. Matanya sengaja dibesarkan seakan nak marah.
" Yeayy!! Yeayy!!" Ujar gadis kecil itu gembira tanpa menghiraukan amaran daripada Adriana.
" Jom Medina sleep. Esok nak school."
" Ala!!!" Daripada wajah gembira terus bertukar cemberut.
"Jangan macam tu, nanti Daddy marah kalau Medina tak nak tidur tak nak school."
Medina memuncungkan bibirnya.
"Medina good girl kan? Ikut cakap Daddy dengan Mummy okay?" Adriana mencuba untuk memujuk.
" Okay." Ringkas saja jawapan Medina.
Tangan didepakan untuk meminta pelukan daripada Adriana. Adriana dapat tangkap apa yang diinginkan gadis itu. Adriana melakukan perkara yang sama lalu menangkap Medina masuk kedalam pelukannya.
Comel sungguh perangai budak seorang ini.
" Good girl." Puji Adriana. Tangan dia mengusap belakang kepala Medina yang berada didalam dakapannya. Tubuh kecil itu dibaringkan diatas tilam. Selimut ditarik menutup kepala si kecil. Lalu Adriana mengambil tempat berbaring disebelah Medina. Medina berpusing mengadap Adriana lalu tubuh ibu tirinya itu dipeluk mesra. Matanya dipejam. Adriana tanpa membuang masa, menepuk perlahan belakang badan si kecil.
"Mummy sayang Medina. Lillahi Taala." Ujar Adriana ikhlas. Ubun-ubun Medina dicium mesra dan lama.
Tak sampai sepuluh minit, Medina dah dibawa oleh alam mimpi. Adriana bangun lalu bersandar diatas katil. Telefon bimbit dicapai diatas meja sisi katil. Jam sudah menunjukkan 11 malam.
Ada mesej yang sampai. Adriana tanpa membuang masa terus membukanya.
Mesej dari Haqq.
Aku balik lambat, keluar dengan awek aku. Pastikan Medina tidur awal.
Adriana mencebik. Untung betul awek Haqq tu kan dapat perhatian daripada suaminya ditengah malam. Telefon pintar diletakkan kembali ditempat asalnya.
Agaknya ini lah perkara baharu yang harus diterima Adriana bila bersuamikan lelaki playboy.
Tak boleh Adriana dapat perhatian yang sama?
Ah Adriana jangan kau meminta sesuatu yang tak mungkin kau akan dapat.
" Mesti best jadi Nureen." Katanya perlahan dan tiba-tiba. Dia dengan Nureen macam biasa. Macam tak ada apa berlaku walhal dia sangat-sangat terasa. Kenapa Nureen tak bagitahu dari awal yang playboy tu adalah Haqq dan kenapa Nureen perlu berbohong yang sebenarnya masih bersama Haqq?
Adriana mengeluh. Saingan terhebat bukan setakat Intan saja tapi Nureen juga? Masih segar dalam ingatannya dengan ayat Haqq.
' Aku tak sangka dua sahabat jadi bodoh kejar aku'
Kata-kata itu sangat tajam. Biarlah dia seorang saja yang terima ayat tu dan bukan Nureen. Dia tahu seberapa polos dan tulusnya Nureen tu sehingga sanggup jadi bodoh kerana lelaki.
Adriana juga ada meminta Haqq melepaskan Nureen dan biarlah perasaan Adriana seorang saja yang dia seksa. Adriana nampak betapa tulusnya cinta Nureen kepada Haqq sehingga sanggup menerima lelaki playboy tu.
Jangan lah Haqq sakitkan hati perempuan semulia Nureen.
Sejak Adriana tahu kebenaran sebenar, dia kurangkan diri berhubung dengan Nureen dengan kerap seperti dahulu.
*
Lama Adriana gambar yang tergantung didinding ruang tamu itu. Pasangan itu ternampak bahagia didalam gambar itu tapi sayang wanita yang berdamping dengan lelaki didalam gambar itu bukan dirinya. Gambar perkahwinan Haqq dengan Intan masih tergantung didinding itu. Tangannya memegang kaca frame.
Sekuat mana pun Adriana berharap pada Haqq tetap saja nama Intan tersemat kuat didalam hati lelaki itu.
" Saya janji Haqq saya akan goda awak sehingga Intan datang semula. Bila Intan datang, saya akan pergi dari hidup awak. Awak anggap saja godaan itu adalah kenangan kita bersama." Ujar Adriana perlahan.
" Bagi saya peluang ada moment bersama seorang suami." Adriana menunduk memandang lantai. Airmatanya turun deras. Walaupun dia nampak macam kuat tapi dalam hatinya sangat sakit. Sakit yang tak terperih. Bibir bawah digigit kuat.
" Apa kau buat tu?" Jerkah Haqq kuat sehingga Adriana tersentak. Dengan pantas dia turunkan tangannya , wajah suami dipandang dengan gerun.
" Kau pekak ke? Aku tanya kau buat apa? " Haqq mendekati Adriana dengan tak puas hati.
" Tak ada apa, perut saya sakit. " Bohong Adriana menyeka air mata.
" Yelah tu, entah-entah kau nak cabut frame gambar ni. Kau jangan sesekali nak cabut gambar ni." Tuduhan apakah ini Haqq? Tak terdetik sedikit pun didalam hati Adriana nak cabut frame gambar itu.
" Saya tak ada niat nak cabut pun. Saya cuma sakit perut dan nak makan ubat. Jadi tangan saya pegang sekejap gambar tu sambil tahan sakit." Bohong Adriana, bukan menahan sakit perut tapi menahan sakit hati.
Haqq berdecit.
" Alasan." Ujar Haqq selamba lalu menunjal kepala Adriana dengan jari telunjuknya. Haqq terus pergi meninggalkan Adriana yang berdiri kaku ditempatnya.
Sekali lagi Adriana tersentak dengan perbuatan suaminya.
Adriana tarik nafas dalam. Kakinya menuju dapur dengan langkah longlai. Kabinet dapur dibuka mengeluarkan ubat yang dia bawa lalu mengambil secawan air. Adriana menelan ubat tu sebiji lalu meneguk air. Gelas diletakkan kasar diatas meja.
Bibir basah dilap. Adriana tak pasti sampai bila dia harus bertahan. Pilihan apa yang dia ada? Dia dah buat pilihan untuk bersama dengan Haqq walaupun telah ditolak mentah-mentah.
Adriana keluar dari dapur. Langkahnya terhenti melihat sekujur tubuh yang terbaring disofa ruang tamu. Tubuh suaminya yang baring sambil tangannya menutup dahi.
Adriana takut untuk tegur. Jadi dia senyap-senyap berjalan untuk naik ke tingkat atas meninggalkan suaminya di situ. Malas nak ambil pusing. Baru dia nak naik anak tangga , ada suara menyapanya.
" Dah okay ke perut kau? " Adriana terus berpaling kebelakang spontan lalu melihat suaminya. Daripada berbaring terus bertukar duduk.
" Okay." Ujar Adriana takut-takut.
" Bagus lah. Tak payah buat aku risau." Ujar Haqq sambil berpeluk tubuh.
" Kenapa awak nak risau? " Soal Adriana polos.
" Risau lah nanti esok tak dapat kerja pula. Kalau banyak cuti nanti kena buang kerja dah susah. Siapa nak tanggung kau kalau kita bercerai nanti."
Oh tidak Haqq. Tak boleh ke satu hari saja tak menyakiti hati Adriana.
Adriana hela nafas perlahan.
" So just stay with your job." Sambung Haqq lagi apabila melihat Adriana diam saja.
" Awak tak payah risau. Pandai lah saya hidup nanti. Lagipun sakit sikit je dan saya tetap kerja walau apapun."
YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...