48

10.5K 266 8
                                    

" Aamiin.." Adriana meraup mukanya setelah selesai membaca doa selepas solat sunat didalam bilik solat.

Dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana memberinya satu anugerah.

Haqq yang melihat Adriana telah selesai solat terus dia baring diatas pangkuan Adriana yang kebetulan tengah bersila. Dia menyembamkan wajah dipeha Adriana.

" Penat lah alahan ni." Keluh Haqq dengan nada manja.

Satu lagi perubahan Haqq sejak Adriana mengandung. Watak lelaki itu berubah 360 darjah. Daripada beku dan tak berperasaan dah bertukar kepada manja dan cepat sensitif.

Adriana mengusap kepala Haqq. Kesian suaminya. Alahan teruk sangat. Pening, muntah dan mual. Morning sickness dia pun boleh tahan teruk. Awal pagi lagi sudah wek wek cuma Haqq atau dia belum terasa nak mengidam.

" Sabar lah ya Haqq." Hanya itu saja ucapan Adriana.

" Hmm." Haqq tarik muka.

" Mummy...." Kelihatan Medina sedang berjalan kearah Adriana dan Haqq dengan wajah mamai. Si kecil menggosokkan matanya sambil menguap.

Ni pun boleh tahan manja juga tak boleh berenggang.

" Ya sayang."

Haqq terus bangun lalu duduk disebelah Adriana. Dia mengecilkan mata memandang Medina. Kacau line betul budak kecil. Setiap kali dia nak bermanja dengan Adriana mesti si kecil ni menganggu dia.

" Sibuk lah Medina ni. Tidur jelah tak payah bangun-bangun." Ujar Haqq tak puas hati. Dijeling Medina yang duduk diatas paha Adriana.

" Biarlah. Nak Mummy." Medina memeluk erat Adriana tanpa mempedulikan kata-kata daripada Haqq.

" Nak marah tapi kena sabar." Ujar Haqq lalu tarik nafas.

" Kenapa sayang? Cari Mummy ya?"

" Dengan Medina bersayang-sayang. Dengan aku tak pun." Adriana berpaling memandang Haqq. Tengok lah ada saja yang dia tak puas hati.

" Sibuk lah Daddy ni."

Haqq cubit geram pipi Medina bila Medina menyampuk perbualannya.

" Huaaa Mummy!!!! Daddy jahat." Ujarnya lalu berteriak.

" Ya Allah dah lah tu. Haqq ni pun. Takkan dengan anak sendiri tak nak mengalah." Ujar Adriana tegas.

" Do I care? Huh!" Haqq tayang wajah selamba.

" Mummy nak dukung boleh?" Terkebil-kebil Medina mendongak memandang Adriana.

" Tak boleh." Jawab Haqq.

" Kenapa?" Medina cemberutkan wajahnya.

" Dalam perut Mummy ada adik baby. Mummy tak boleh dukung Medina nanti Mummy penat. Tak kesian kat Mummy ke?" Sempat lagi Haqq mengomel kepada si kecil.

Medina memandang wajah dan perut Adriana bersilih ganti. Seakan tak percaya.

" Betul ke Mummy?" Soal Medina mendongak memandang Adriana.

Adriana anggukkan kepalanya lantas koyak senyum.

" Jadi Mummy lagi sayang adik baby daripada Medina?" Bibirnya dimuncungkan.

Soalan daripada Medina membuatkan Haqq tepuk dahinya. Lain pula yang Medina sangka.

" Bukan macam tu sayang. Mummy sayang dua-dua cuma Mummy..."

" Cuma Mummy tak boleh dukung Medina buat masa ini. Daddy tak kasi." Haqq sambung percakapan Adriana.

" Hmmm." Medina menunduk. Ah sudah merajuk lagi budak ni jawabnya.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang