" Please Mummy.. Please..." Rayu Haqq untuk kesekian kalinya. Pening kepala Adriana nak melayan kehendak Haqq kali ni. Macam dia saja yang mengandung. Macamana Adriana tak pening jam sudah injak dua pagi tiba-tiba Haqq kejut dia suruh dia masak sambal udang. Mengidam katanya sebab tadi termimpi.
" Tak boleh Haqq. Esok aja lah ya. Dah tengah malam." Ujar Adriana sambil menarik selimut menutupi wajahnya.
" No Mummy No. Daddy nak malam ni jugak." Haqq menarik selimut Adriana.
Adriana merengus lalu menarik kembali selimutnya.
" Please Mummy...." Haqq merayu lalu berbaring diatas perut Adriana.
" Haqq tolong lah tengok jam. Dah pukul 2 pagi. Awak suruh saya masak sambal udang pulak. Pagi esok saya buat lah ya. Saya masak dengan nasi lemak sekali." Pujuk Adriana.
" Tak nak lah Mummy. Nak malam ni." Ujar Haqq dengan suara sedikit mengendur.
" Tak elok makan sambal tengah malam nanti sakit perut macamana?"
" Tak kira nak jugak. Please Mummy. Daddy teringin sangat. " Adriana tak dapat nak menolak keinginan Haqq. Beria suaminya inginkan apa yang diingini.
" Isy. Yalah. Dah bangun." Ujar Adriana geram.
Haqq berkalih lalu dia menyengih kesenangan. Adriana pula mengalihkan selimutnya. Ditenung wajah Haqq dengan sabar sebelum dia keluar daripada bilik lalu diikuti oleh Haqq menuju ke dapur.
Setibanya didapur Adriana mengeluarkan segala bahan untuk memasak sambal udang. Haqq pula ringan tangan membantu Adriana. Nasib baik tolong masak sekali kalau tak Adriana sumbat udang mentah dalam mulut lelaki itu jika lelaki itu hanya goyang kaki.
" Awak nak nasi ke?" Soal Adriana kepada Haqq yang sedang membasuh udang.
" Tak nak."
Adriana anggukkan kepala lalu dia memulakan misi memasak ditengah malam melayankan kerenah orang mengidam.
Usai siap memasak, Adriana terus hidangkan diatas meja lalu dia duduk bertentangan dengan Haqq. Haqq melihat dengan berselera sebelum dia mengambil mangkuk dan pergi kearah penapis air berjenama Coway. Ditadah air bersih didalam mangkuk lalu dia bawa kembali ke meja makan.
Adriana mengerutkan dahi melihat tingkah Haqq yang mengundang curiga.
" Ehhh?!!!!" Adriana terkejut apabila Haqq membasuh udang dengan air yang diambil sebelum dia makan.
" Pedas lah." Adriana lagi mengerutkan dahi.
" Pedas apanya kalau awak belum rasa sambal tu lagi. Terus aja basuh udang." Omel Adriana tak puas hati.
Haqq pula buat bodoh sambil meratah sambal udang yang dah tak serupa sambal dengan selamba tanpa mempedulikan Adriana.
Adriana pula menahan sabar. Memang lah Haqq ni. Patutnya Haqq yang bawa perut bukan dia. Tengok lah perangai Haqq yang mengalahkan ibu mengandung. Buat sakit hati.
Geleng kepala Adriana dibuatnya sambil menemani Haqq habiskan makanannya.
" Mummy...." Haqq panggil Adriana meleret dengan manja setelah mencuci tangan.
" What?"
" Nak aiskrim." Adriana tepuk dahi. Apa lagi lah Haqq ni.
" Its too late Haqq. Tak elok makan aiskrim waktu macam ni."
" Alah Mummy ni semua benda tak elok." Ujar Haqq lalu muncungkan bibirnya.
" Eee ambil lah sendiri. " Akur Adriana melayan kehendak Haqq sekali lagi.

YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...