23

8.5K 214 3
                                    

Adriana hela nafas berat sambil merenung dirinya dihadapan cermin bilik air. Banyak lah songeh Haqq. Kerja konon. Kerja bagi nafkah batin kepada suami dia. Tak waras Haqq ni pagi-pagi buta dah buang tabiat. Rasanya malam tadi Haqq ada salah makan ubat kut. Itu yang ada something wrong dengan otak dia.

Semalam bukan main menyampah dengannya tapi pagi ni buang tebiat cari Adriana pula dan buat perangai pelik.

Adriana pun tak faham apa yang tak kena dengan Haqq tetapi itulah Adriana tak nak berharap lebih-lebih. Adriana anggap itu semua nafsu Haqq saja lagipun Haqq kan dah ingatkan dia berkali-kali yang hati dia hanya untuk Intan jadi jangan berharap pemilik hati itu akan bertukar nama menjadi Adriana.

" ADRIANA!!!!!!" Pekik Haqq dari luar.

Adriana merengus. Lamunannya terhenti. Dia membuka pintu bilik air. Pekikan Haqq menganggunya.

Adriana membuka pintu sedikit dan hanya mengeluarkan kepala sahaja.

" Apa awak ni?" Ujar Adriana tak puas hati.

" Kau buat apa dalam tu lama-lama? Pengsan ke?"

" Saya mandi lah Haqq. Awak nak apa?"

" Aku pun nak mandi jugak. Kau ni memang ada tabiat suka berlama dalam tandas ke?"

Adriana julingkan matanya keatas. Adriana mengalah. Lagipun dia dah selesai mandi. Jadi apa salahnya bagi peluang kepada Haqq untuk mandi pula. Pintu Adriana buka dengan lebih luas.

" Dah mandi ke belum?" Ujar Haqq sambil cekak pinggang dihadapan pintu bilik air.

Adriana anggukkan kepala. Dia keluar daripada bilik air dan memberi laluan sedikit kepada Haqq untuk masuk.

" Great." Haqq terus mendorong tubuh Adriana masuk kedalam bilik air semula bersama dengannya.

" HAQQ!!!!!!!" Pekik Adriana.

Haq tak menghiraukan jeritan Adriana malah pintu bilik ditutup lalu dikunci dari dalam.

" Gila ke awak ni? Suka buat benda suka hati." Adriana memukul kuat dada Haqq.

" Haah. Aku memang suka buat kerja gila. Aku nak bagi kau mandi banyak kali hari ni."

Adriana membulatkan matanya. Sah memang otak Haqq ada wayar putus.

Haqq menarik bathrobe membaluti tubuh Adriana. Tubuhnya semakin dekat dengan Adriana.

Adriana tak dapat nak lari kerana Haqq telah memegang bathrobe dia. Kalau dia cuba lari, silap hari bulan tanggal lah bathrobe ni nanti.

Tapi Haqq lebih pandai mengawal keadaan.

*

Medina memuncungkan bibirnya sambil memeluk tubuh . Tanda sedang merajuk. Mana dia tidak merajuk, kedua ibubapanya hilang seharian dan mengambil dia tengah malam.

Puan Mariam lah yang ambil Medina kat Taska tadi kerana Haqq meminta tolong. Dia sedang ada urusan. Urusan apa pun dia tak tahu. Telefon Adriana jugak tak berangkat. Jadi terpaksa lah dia mengambil cucu kesayangannya. Kemana lah kedua mereka itu pergi pun dia tak tahu.

Puas Puan Mariam memujuk namun si kecil itu masih dengan rajuknya.

" Sorry lah sayang." Pujuk Haqq. Tubuhnya mencangkung dihadapan Medina yang berdiri dimuka pintu.

" Tak nak kawan Daddy dengan Mummy." Medina memalingkan wajahnya memandang tempat lain.

Adriana sudah menguap mengantuk. Mengantuk betul layan Haqq. Kerja lah sangat. Dia yang dikerjakan oleh lelaki itu.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang