" Saya benci awak! Saya benci! " Intan melemparkan sebuah bantal tepat ke wajah Haqq. Airmatanya tak berhenti mengalir.
Haqq pula menerima lemparan itu tanpa mengelak sekalipun. Dia tak boleh lawan semula. Entah dia kaku. Dia pun tak tahu.
Haqq terkejut kenapa Intan mengamuk tak tentu fasal? Apa lagi yang akan dia hadap lepas ni?
" Kenapa awak buat saya macam ni?" Soal Intan memandang tepat wajah Haqq.
" Apa yang abang buat pada sayang? Abang tak faham." Ujar Haqq sambil mengutip bantal diatas lantai.
" Jangan pura-pura. " Intan menyeka air matanya yang mengalir.
Andai saja dia ada kekuatan, mahu saja dia lempang muka Haqq sekuat hati dia. Memberikan semua kesakitan yang dia rasa.
" Apa dia? Abang tak faham." Haqq cuba untuk mendekati Intan diatas katil hospital namun Intan cepat-cepat menghalang.
" Jangan berani awak dekati saya. Saya jijik dengan awak. Dasar kaki perempuan."
Haqq terpempan mendengar perkataan kaki perempuan. Dunia kelam yang telah dia tinggalkan sejak bersama Intan semula.
" Mana awak tahu?"
" Saya tahu lah dan saya tak bodoh. Saya benci awak . Sampai hati awak curangi saya. " Intan menangis teresak-esak.
" Sumpah abang tak pernah curang dengan sayang. Abang dah tinggalkan dunia tu sejak sayang hadir kembali dalam hidup abang. Tolong lah percayakan abang." Haqq tak tahu nak bagi respon apa. Yang dia tahu, dia kena memperbetulkan keadaan.
" Saya tak percayakan awak. Saya tak percaya." Intan gelengkan kepala.
" Sumpah Wallahi abang dah tinggalkan. Kalau sayang tak percaya sayang tanya Adriana. Dia tahu segalanya."
Intan ketawa sinis.
" Entah-entah Adriana pun sama sorokkan perangai busuk awak tu. Awak ingat saya bodoh macam Adriana ke nak terima awak sebagai buaya?"
Haqq terbungkam. Intan tak pernah bercakap kasar selama ini. Kelembutan selalu ditunjukkan oleh wanita itu. Dia tak menyangka kelembutan itu boleh hilang.
" Sayang jangan tuduh Adriana macam tu. Dia tak seperti yang sayang sangka."
" Apa? Awak nak back-up dia? Silakan. Saya tak boleh terima awak lagi. Saya tak nak berdamping dengan lelaki perangai sampah macam awak ni. "
Haqq meraup kasar mukanya. Dia tak tahu bagaimana lagi nak menegakkan kenyataan jika Intan terus begini.
Macamana dia nak yakin kan Intan bahawa dia telah berubah?
" Lepaskan saya Haqq. Saya tak boleh terima kekurangan awak." Intan berpaling memandang tempat lain saat pandangannya bertembung dengan Haqq.
"Kenapa sayang tak boleh terima ? Sayang kata sayang cintakan abang kenapa sayang tak boleh terima sisi buruk abang?"
" Arghhh!!!!" Intan tak menjawab soalan Haqq malahan dia menjerit bagai orang gila.
Dia tak boleh terima semua ini. Dia tak boleh! Dia tak rela cinta Haqq dibahagi bersama perempuan lain. Haqq milik dia seorang. Dia boleh terima kehadiran Adriana kerana mereka dijodohkan tapi dia tak rela menerima kehadiran wanita lain.
Haqq terus menghampiri Intan. Dia memeluk erat batang tubuh isterinya cuba untuk menenangkan Intan.
" Calm down sayang." Haqq mengelus belakang badan Intan.
" Sebab abang cintakan sayang lah abang tinggalkan semua tu. Abang minta maaf kalau perbuatan abang dulu buat sayang terluka."
" You are mine. Not for Adriana or Nureen."

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...