"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana.
Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...
Adriana mendengar lagu ditelefon pintarnya sambil kakinya diletakkan diatas meja kopi ruang tamu.Tubuh disandarkan diatas sofa.
Adelina yang melihat sikap tak sopan adiknya lantas menghampiri si adik lantas laju saja tangannya menampar kuat kaki Adriana.
"Akak ni!!!" Adriana menjeling kesal apabila tiba-tiba kakinya ditampar.
"Tak sopan ya anak dara buat perangai macam tu." Adelina membesarkan biji matanya.
Adriana membetulkan duduknya lantas kaki diturunkan.Lagu ditelefon pintarnya dimatikan.Phone diletakkan diatas meja kopi ruang tamu.
"Haih adik ni.Cuba sopan sikit je.Awak tu perempuan."
Adriana membuat muka mengantuk lantas keluar dari rumah milik kakaknya.
Tubuh direngangkan seketika sambil matanya melihat kawasan kejiranan kakaknya.Matanya terus ditarik perhatian oleh seorang budak perempuan yang sedang bermain basikal roda tiga dihadapan rumah kakaknya.Tak sangka,jiran depan rumah Kak Adelina ada budak kecil comel.Adriana tersenyum melihat keletah si kecil.Tanpa membuang masa Adriana menghampiri si kecil.
"Hi." Sapa Adriana ramah.Tubuh dibongkokkan dihadapan si kecil.Kepala ditundukkan.
Si kecil mendongak memandang Adriana.
"Hi." Balas si kecil petah.
"Nama awak siapa?"
Belum sempat si kecil itu membalas ada yang sudah menyampuk.
"Tak perlu tahu nama dia." Lantang seorang lelaki bersuara.
"Daddy!!!" Si kecil itu turun dari basikal miliknya lantas berlari kecil kearah lelaki yang dia gelarkan daddy.
"Medina,kan daddy dah pesan jangan bercakap dengan orang asing." Lelaki itu memegang erat tangan anaknya.Matanya merenung tajam si kecil.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Saya bukan stranger.Saya adik kepada jiran depan rumah encik " Kata Adriana bengang apabila dilabel stranger.Tangannya ditunjukkan kerumah Kak Adelina.
"Tak kisah lah awak siapa pun.Saya tak kenal awak.Entah-entah penculik nak culik anak saya." Wajah tegang dihadiahkan untuk pertemuan kali pertama dengan Adriana.
"Hello, muka cantik macam ni digelar penculik ke?" Adriana tunjuk wajah bengang sambil jari telunjuknya ditunjukkan dihadapan muka sendiri.
"Dah masuk jom Medina." Lelaki itu malas nak layan wanita dihadapannya lantas berpusing masuk kedalam rumah.
"Shit,biadap." Adriana atur langkah geram kedalam rumah kembali.
Adriana menghempas tubuh geram diatas sofa.Dia memeluk tubuh dengan wajah muncung seribu.
"Haa yang ni kenapa pulak lagi?" Soal Adelina lantas mengambil tempat duduk disebelah Adriana.
"Tu haa jiran kakak depan rumah tu.Ada ke patut dia kata adik ni penculik hanya sebab adik tegur sapa dengan anak dia.Tak ke biadap tu." Bebel Adriana bengang.