Adriana mengelus rambut Haqq yang sedang berbaring disampingnya diatas katil. Ketika itu Adriana sedang bersandar dikepala katil tiba-tiba saja Haqq datang lalu berbaring disebelahnya. Jatuh kasihan kepada suaminya kerana wajah lelaki itu kepenatan sangat. Harap maklum penat kerana mengemas rumah baru. Adriana suka dengan rumah baru yang dibeli oleh Haqq kerana lebih luas dan banyak bilik. Jangan nak kata Adriana mata duitan pula kerana semua orang pasti akan suka jika dapat rumah besar.
Adriana paling suka Haqq telah buatkan dia satu bilik khas untuk dia menari dan dalam bilik itu juga ada satu piano untuk dimainkan.
" Penat?" Soalan Adriana hanya dibalas anggukkan oleh Haqq. Kepalanya diatas bantal tapi wajahnya mengiring menghadap Adriana sambil memejamkan mata. Sebelah tangan pula memeluk erat pinggang Adriana.
" Thank you Haqq."
" Thank you je?" Soal Haqq lalu membuka mata.
" Then awak nak apa?"
" Upah lah."
Adriana mengerutkan dahinya.
" Upah apa nak?" Polos saja Adriana bertanya.
" You."
PAP
Adriana memukul belakang badan Haqq. Mula lah tu ulat bulu makin naik daun.
" Aduh Mummy ni. Sejak pregnant ni, laju je tangan menghinggap." Haqq merengus geram.
" Padan muka siapa suruh gatal. Nak ada anak lagi pun masih lagi nak miang-miang. " Omel Adriana geram.
Haqq memuncungkan bibirnya mendengar omelan Adriana. Daripada berbaring dia terus bangun lalu menyandar dikepala katil. Dia tarik kepala Adriana menyandar didada bidang miliknya.
" Daddy gurau je lah Mummy. Daddy boleh tunggu." Haqq mencium dahi Adriana sekilas.
" Gurauan awak tu tak boleh dipercayai. Tahu-tahu nanti ada je alasan. Terlanjur lah apa lah." Omel Adriana sekali lagi sehingga mengundang tawa oleh Haqq. Nampaknya lepas ini dah tak boleh nak kelentong Adriana.
Habis lah Haqq, Adriana dah kenal dia sangat. Perangai Haqq memang unpredictable.
Adriana mencubit kuat perut Haqq. Geram apabila dia tengah sibuk membebel boleh pula Haqq ketawa.
" Nampaknya boleh lah malam ni." Ujar Haqq menyengir. Cubitan Adriana baginya tiada makna.
" HAQQ!!!!!!!" Jerit Adriana geram sambil mendongak memandang Haqq. Haqq hanya ketawa senang apabila dapat mengusik Adriana.
" Alah kedekutnya. Okay lah just a kiss boleh?" Permintaan Haqq membuat Adriana bertambah geram. Makin bahaya tau Haqq ni.
Adriana gelengkan kepala tanda tidak boleh. Jangan percaya cakap Haqq. Takkan dengan sebuah ciuman takkan berlaku apa-apa kan nanti? Haqq bukan boleh percaya, bukan Adriana tak kenal.
Haqq mencubit geram hidung Adriana. Semua tak boleh. Tak ada rezeki lah dia jawabnya.
" Jangan nak macam-macam ya Encik Dhiayul Haqq. Saya tampar awak nanti baru tau?" Ujar Adriana geram.
Haqq mengajuk cakap Adriana dengan bahasa bibirnya.
" Eeee...." Adriana kegeraman.
" Makin marah makin comel." Haqq lagakan hidungnya dengan hidung Adriana.
Belum sempat Adriana nak memukul Haqq laju saja lelaki itu buat kerja. Dia mengambil kesempatan mencium bibir Adriana lantas mengunci tangan Adriana agar tak buat sebarang pergerakan.
" Auchhhh!" Haqq mengerang kesakitan tiba-tiba sehingga meleraikan bibir mereka.
" Oops sorry Daddy. " Medina menyengih tak bersalah apabila anak panah mainan miliknya terkena Haqq. Memang dia sengaja nak memanah Haqq kerana dia tak puas hati apabila Haqq bermanja dengan Adriana.
" MEDINA!!!!!!!!" Haqq terus mendapatkan Medina yang dah lari terlebih dahulu.
" HAHAHAHAHA!" Medina ketawa senang apabila terkena sasaran dan tentulah dia senang kerana dapat dengki bapa dia.
*
Beberapa bulan kemudian
Adriana mengelus perutnya yang kian membesar dan tak lama lagi dia bakal menjadi seorang ibu. Dia sedang menunggu hari untuk melahirkan, tak sabar dia menunggu si kecil untuk keluar. Hari ni Haqq dan Adriana akan kesekolah Medina kerana ada hari pertemuan ibubapa dan ibubapa boleh tengok keadaan anak mereka ketika berada ditaska.
Dulu Haqq paling tak suka hari sebegitu kerana tentunya Haqq yang paling menjadi sorotan. Perkara yang paling Haqq tak suka apabila para ibu suka mendekati Haqq maklumlah bapa tunggal lepastu muda dan kacak. Kalau yang bawa suami tu, boleh jeling-jeling manja sahaja. Tahu pula ada suami, kata Haqq. Siapa je tak nak kan sehingga para ibu lupa dengan status sendiri. Kali ni Haqq nak bawa Adriana. Dia nak tunjukkan pada para ibu yang dia bukan bapa tunggal lagi.
Haqq memimpin tangan Adriana sambil berjalan menuju masuk kedalam taska. Seketika mereka menjadi sorotan mata-mata. Haqq dengan wajah riak dia memimpin Adriana.
Tergeleng kepala Adriana dibuatnya dengan fiil Haqq yang satu ini.
" Mummy!!! Daddy!!" Medina melambai kedua ibubapanya ketika dia berada dimeja belajar.
Lambaian Medina dibalas oleh Adriana dan Haqq.
Seorang guru memberikan Haqq buku rekod milik Medina. Sambil melihat Medina belajar sambil bermain, Haqq boleh melihat buku rekod Medina. Dari buku itu Haqq boleh melihat bagaimana perkembangan anaknya.
Adriana dan Haqq mengambil tempat duduk ditempat yang telah disediakan. Sambil Haqq melihat buku milik anaknya sambil itu mata Adriana melilau melihat suasana taska. Tangan Adriana mengelus perutnya yang mula tidak selesa dan tak berapa lama lepastu dia terasa macam kelangkangnya basah.
Dia menoleh memandang Haqq lalu dia menguis lengan suaminya. Haqq pula menoleh sekilas lalu kembali melihat buku Medina.
Adriana geram apabila Haqq buat tak tahu. Buku Medina lagi penting agaknya.
" Haqq." Adriana menguis lengan Haqq. Dia rasa sudah tiba masanya ni.
" Hm?" Haqq menoleh. Dia pelik melihat wajah Adriana dah berpeluh terutama dahi. Dia memegang dahinya. Tak peluh pula, dia tertanya kenapa isterinya berpeluh.
" Haqq, saya rasa nak terberanak ni." Kata Adriana sambil menahan sakit yang mula menyerang.
" Sekarang ke?" Soalan bodoh yang keluar dari bibir Haqq.
" Sekarang lah takkan tahun depan. Nak terberanak ni. " Jerit Adriana sehingga semua orang memandang mereka.
" Hah!!!!! Habis tu kita nak buat apa?"
Aduh kesabaran Adriana dah berada dihujung tanduk.
" Kita buat bodoh je. Kita pergi ke hospital lah."
" Okay-okay." Jawab Haqq gelabah lalu dia mengendong Adriana.
" Cikgu tolong tengokkan Medina ya nanti petang saya ambil dia." Ujar Haqq kepada guru taska Medina.
Guru itu hanya anggukkan kepala.
" Cepat lah!!!!!" Adriana menggesa suaminya. Sakit yang dia rasa makin hebat terasa. Begitulah rasa sakit yang dialami oleh para ibu diluar sana agaknya saat ingin melahirkan anak.
Tanpa mempedulikan semuanya, Haqq terus bawa Adriana ke hospital. Keadaan Adriana lebih utama.
" Mummy dengan Daddy nak kemana?" Soal Medina terpinga-pinga kepada guru taskanya apabil melihat kedua ibubapanya tiba-tiba saja meluru keluar meninggalkan taska.
" Mummy dengan Daddy kena pergi hospital. Medina dah nak dapat adik." Jawabnya tenang.
This story very close too end. Happy ending or sad ending?🤔

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...