Intan sedar dari tadi dia diekori oleh seseorang.Intan berpusing kebelakang lalu cekak pinggang. Lelaki dibelakangnya tadi berada dihadapannya. Lelaki itu mengekorinya sehingga ke rumah.
" Awak nak apa? Kenapa follow saya?" Bentak Intan. Matanya mencerlung memandang orang tu.
" Saya rindukan awak." Ujar lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Haqq.
" Tolong lah Haqq, saya bukan isteri awak lagi. Simpan rindu tu buat isteri awak." Intan menjeling menyampah.
" Isteri yang saya tak cinta."
" Astagfirullahalazim, Haqq. Awak sedar tak awak cakap apa ni?" Tak faham Intan, dah tentu namanya isteri. Kenapa tak cinta pula?
" Saya sedar lah. Saya masih waras."
" Balik lah Haqq. Jangan ganggu saya lagi kat sini." Intan mahu saja baling batu kearah bekas suaminya tapi sayang tak ada batu disini untuk dia baling.
" Selagi saya bernafas selagi tu saya akan ganggu awak sampai awak balik kat saya semula." Ujar Haqq dengan tekad.
" Saya tak mungkin akan balik kepada awak. Mustahil semua tu akan berlaku Haqq." Tekad Intan pula.
" Kejam awak kan? Buat saya macamni. Buat anak kita macamni. Sampaikan awak tak jenguk langsung anak kita. Awak biarkan saya terkontang-kanting besarkan dia sendirian. Mana janji awak hah? Janji nak bersama saya sampai syurga? Mana!!!!? " Pekik Haqq untuk kesekian kalinya.
Setitis air mata Intan tumpah. Dia sedar itu. Bukan niat dia untuk abaikan Medina. Tetapi dirinya dihalang untuk bertemu dengan anak kandungnya sendiri. Perintah Mahkamah telah meletakkan bahawasanya, anak harus dijaga oleh yang lebih berkemampuan dan tentunya Haqq yang mampu mengambil Medina berbanding dirinya tapi Mahkamah tak ada halang Intan untuk tak bertemu dengan Medina. Hanya Puan Mariam yang halang.
Jadi untuk merawat diri sendiri, Intan pergi jauh namun takdir mendekatkan mereka kembali. Haqq dapat jumpa dia semula.
" Balik lah Haqq. Jangan ungkit apa-apa lagi."
Haqq tertunduk lemah. Sayangnya kepada Intan masih menebal.
" Kenapa alam tak bagi kita bersama? kenapa? Dosa ke kalau dua insan macam kita saling mencintai?"
Intan mengigit bibir bawahnya. Menahan tangis lebih deras. Bohong lah kalau dia kata dia tak cinta kan Haqq lagi tapi apa harus dia lakukan ? Semesta tak merestui hubungan mereka. Jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik. Terbaik ke kalau masing-masing memendam luka?
" Sudah lah Haqq. Tiada guna awak meratapi hubungan yang telah terpisah." Intan menyedapkan hati sendiri.
Haqq tertunduk lebih lagi. Airmatanya tumpah. Kepala dia gelengkan berkali-kali. Dia yakin Intan masih menyayanginya cuma Intan masih menafikan.
" Saya masih cintakan awak Intan." Ujar Haqq kesekian kalinya.
" Berilah cinta awak untuk isteri awak. Dia lebih layak berbanding saya." Terkilan dengan kata-kata sendiri. Jujurnya, dia tak sanggup Haqq mencintai orang lain tapi dia tiada pilihan. Haqq berhak berbahagia walaupun dengan bukan dirinya.
" Cinta saya untuk awak sampai saya mati dan sampai bila-bila pun saya takkan berpaling arah." Haqq terus mendongak. Kenapa dia sering kali dipaksa untuk benda yang dia tak nak?
" Tolong lah Haqq, balik. Jangan ganggu saya lagi."
" Katakan awak tak cintakan saya dan bencikan saya. Baru saya balik."
Intan terbungkam. Haqq tahu Intan takkan berani berbohong. Intan itu terlalu polos dan jujur sehingga melakukan dosa berbohong pun dia tak sanggup.
*
Adriana tersedar dari tidurnya apabila terdengar pintu dihempas. Dari tadi dia menanti kepulangan Haqq. Adriana terus bangun daripada sofa.
" Awak dah makan ke Haqq?" Soalnya prihatin sambil memisatkan matanya.
" Kau sibuk apasal? " Pekik Haqq. Macam biasa tenungan maut diberikan kepada Adriana sehingga Adriana sudah lali dengan pandangan itu.
Adriana telan air liur kesat. Dia cuma tanya. Dia bukan menyibuk. Dia cuma menjaga makan pakai suaminya. Tak boleh ke?
" Saya bukan menyibuk cuma saya dah masak untuk awak." Adriana sanggup masak dan menunggu kepulangan Haqq.
" Lain kali tak payah masak. Cukup lah sekali aku makan masakan kau sehari. Muak aku nak makan banyak kali." Sindir Haqq. Sekali makan yang dia maksudkan adalah sarapan pagi yang dibuat oleh Adriana.
" Dan aku tak nak aku balik kau tunggu aku. Tengok muka kau tambah stress aku." Ujar Haqq tiba-tiba.
" Saya minta maaf Haqq." Hanya itu yang mampu Adriana suarakan.
" Permintaan maaf kau takkan ubah apa-apa Adriana. "
" Kau tahu tak apa yang aku harapkan? "
" Apa dia Haqq?" Adriana memandang wajah Haqq.
" Aku harap Intan akan terima aku semula dan aku tak perlu hadap muka kau lagi. Semoga urusan perpisahan kita cepat diadakan. Aku tak sabar ."
Sebaris kata-kata bagai racun yang membunuh Adriana. Begitu sekali Haqq bencikan dia sehingga lelaki itu sanggup menuturkan kata sebegitu rupa.
Adriana anggukkan kepala. Dia sedar, betapa banyak dia buat baik tetap Haqq takkan pandang dia sebelah mata.
Haqq atur langkah menaiki tangga meninggalkan Adriana manakala Adriana atur langkah kearah dapur. Buat lapar cacing perut dia je tunggu Haqq. Alih-alih kena makan sendiri. Nampaknya lain kali kalau dia nak masak dia akan masak untuk dia dan Medina je. Medina awal-awal lagi dah makan sebabnya kena tidur awal. Esok kan si kecil tu kena sekolah.
Tudung saji Adriana buka. Hanya tiga kata yang meniti dibibirnya.
" Happy Birthday Adriana."
Ya hari ni adalah hari jadi Adriana. Dia baru berangan nak sambut hari jadi dengan suami tapi tak kesampaian walaupun dia tahu Haqq takkan ambil peduli.
Adriana ambil pinggan lalu ditaruh nasi. Adriana mengambil sambal udang kegemarannya. Setitis air mata tumpah saat dia menyuapkan makanan kedalam mulutnya. Bohong lah kalau dia tak sedih apabila dilayan oleh suami macam tu.
Adriana berharap segalanya akan berakhir dengan pantas. Penat? Ya dia terlalu penat.
Apalagi yang patut dia harapkan daripada Haqq? Tiada apa yang patut dia harapkan. Hanya mampu mengira hari yang dia akan berpisah dengan lelaki yang dicintai.
Persepektif dia salah selama ini, lelaki bujang atau duda sama saja. Kalau dia tak cinta dengan orang tu tetap takkan cinta. Jadi status bukan ukuran tapi hati yang patut menjadi ukuran.
Dulu dia tak suka lelaki bujang gara-gara Syafiq jadi dia tekad mencari duda dan bertemu Haqq. Namun sama saja, hujungnya dia juga yang tersakiti.
Adriana menunduk lama. Nasi didalam pinggan dikuis sambil kenangkan nasib diri sendiri.
Baru 2 bulan bersama lelaki itu, Adriana dah tak sanggup lagi. Mampukah cinta buat dia bertahan? Adriana tahu kehadirannya lebih lama hanya akan buat benci Haqq padanya akan lebih menebal.
Agaknya Adriana perlu pujuk Intan?
YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...