" Assalamualaikum." Taqim memberikan salam sambil menjijit barangan yang dibeli sebentar tadi di pasar.
Haqq terus menolak Taqim lalu meredah masuk kedalam rumah. Terpinga-pinga Adelina melihat tingkah adik iparnya.
Singki dapur dituju lalu memuntahkan segala isi. Dari pasar tadi dia tahan mual." WEKKK!!!!"
Adriana yang baru turun dari tangga terkejut mendengar suara Haqq muntah sangat kuat.
" Aku tak sure lah siapa yang pregnant sebenarnya ni."
Adriana mendapatkan Haqq didapur lalu dia usap belakang badan Haqq untuk meredakan ketidakselesaan suaminya.
" Itulah tadi siapa suruh ikut. Kan dah muntah-muntah." Sempat lagi Adriana mengomel.
" Hmm mana lah tahu tak tahan bau pasar. Selama ni okay je." Balas Haqq tak puas hati.
" Dah lah Haqq pergi rest. Kitaorang boleh masak." Ujar Adelina lalu meletakkan plastik lauk basah diatas singki.
" Jom Mummy..." Haqq menarik tangan Adriana.
PAP
Adriana bagi satu penampar paling padu dilengan Haqq. Suka hati dia je panggil Mummy-Mummy depan Kak Adelina dan Abang Taqim.
" Sakit lah." Aduh Haqq lalu mengusap lengannya yang memerah.
" Pergi naik atas. Jangan nak mengada. " Ujar Adriana garang.
" Tak nak. Nak Mummy teman."
PAP
Sekali lagi Adriana tampar lengan Haqq. Mata dijegilkan.
Haqq mencebir bibirnya sambil mengusap lengannya.
Adelina dan Taqim pula buat-buat tak nampak saja pasangan itu.
" Tak apa lah korang berdua pergi lah rest. Kitaorang berdua boleh masak. Nanti dah siap kitaorang panggil." Ujar Adelina.
" Tak ada maknanya. Adriana kena tolong kakak. Mana boleh goyang kaki."
" Tak apa lah. Haqq tu nak attention dari Adriana. Karang tak layan merajuk pula. " Jawab Taqim.
Haqq anggukkan kepala menandakan dia setuju. Dia perlukan perhatian lebih daripada Adriana.
" Tapi..." Belum sempat Adriana nak beralasan terus saja Adelina menarik tangannya.
" Dah pergi-pergi." Adelina menolak tubuh Adriana keluar daripada dapur.
Haqq dah senyum kesenangan sebelum meraih kembali tangan Adriana keluar daripada dapur.
Usai memasak, Adelina naik ketingkat atas untuk memanggil Adelina dan Haqq untuk turun makan bersama. Dia tanpa segan silu terus memulas pintu bilik yang tak berkunci. Dia terkejut melihat pemandangan yang menyapa matanya. OH NO!
Adelina menutup kembali daun pintu bilik Adriana. Tadi dia nak memanggil pasangan itu untuk turun makan namun dia membatalkan niatnya. Salahnya juga main redah. Bukan nak ketuk pintu terlebih dahulu. Ni main pulas je tombol pintu.
Adelina turun semula kedapur lalu mendapatkan suaminya yang sedang memotong buah.
" Dah panggil dorang belum?" Soal Taqim
ingin tahu.Adelina gelengkan kepala menandakan belum.
" Dorang tidur kut bang. Sayang panggil tak menyahut pulak." Adelina beralasan.
Dia mengusir fikiran nakal yang bermain diminda. Mana taknya, dia melihat Adriana dan Haqq dah terbongkang atas katil. Posisi Adriana berada diatas badan Haqq, posisi sangat buas pulak tu. Sudah lah adiknya itu boleh tahan seksi. Habis tersingkap semuanya. Nasib baik dia yang buka pintu, kalau Taqim yang buka? Mati lah jawabnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...