Adriana melipat baju yang berlonggok didalam bilik pakaian. Sesekali mulutnya membebel. Mana tidaknya, baju tu berlonggok macam sebulan tak pernah dilipat. Manusia ada 3 orang je tapi bajunya macam ada 30 orang. Ini kalau dia cas satu baju RM10 pada Haqq mesti esok dia dah boleh beli beg jenama mahal.
Adriana mengambil tempat diatas lantai lalu dia melipat satu persatu baju.
Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Adriana berhenti melipat. Dia mencapai telefon bersebelahan kakinya. Panggilan dari Encik Lutfian rupanya.
" Hello Assalamualaikum Adriana." Adriana melekapkan telefon ditelinga.
" Ya Waalaikumusalam."
" Saya nak tanya ni kenapa awak nak resign?"
Adriana membesarkan biji matanya. Sejak bila dan ketikanya dia nak resign?
" Apa maksud Encik?" Soal Adriana sambil garu kepala.
" Saya ada buat salah ke sampaikan awak nak resign?"
" Saya tak faham lah Encik. Saya tak ada pun cakap saya nak resign."
" Awak jangan main-main tau. Habis siapa yang fax surat resign awak?"
" Apa?!!!!!" Adriana jerit seoktaf. Bila pula dia hantar fax surat berhenti kerja.
" Adriana kalau awak ada masalah family, tolong bagitahu saya ya tapi tolong jangan resign. Hm?"
Adriana telan air liur. Siapa punya kerja ni?
Adriana mati kata. Dia tak tahu nak cakap apa tapi yang pasti dia kena siasat siapa yang fax surat tu.
" Adriana did you hear me?" Soal Encik Lutfian kesekian kalinya apabila tidak mendengar sebarang suara daripada Adriana.
" Ya Encik. Saya dengar. "
" Awak jangan resign ya? Please?" Rayu lelaki itu dihujung talian.
" Tapi Encik saya tak tahu sampai bila saya akan bercuti. Lagipun kakak saya belum keluar wad lagi."
Kakak yang dimaksudkan oleh Adriana adalah Intan, Kakak Madunya. Adriana beralasan hari tu kata kakaknya masuk hospital dan tiada siapa akan menjaga anaknya jadi Adriana terpaksa menjaga si kecil memandangkan tiada ahli keluarga lain.
Adriana takkan sesekali bagitahu hal sebenar. Dia tak nak Encik Lutfian menganggap dia mengambil kesempatan pula dan dia tak nak Encik Lutfian tahu tentang status dirinya.
Kalau ikutkan hatinya memang tidak lah dia nak ambil tahu pasal family ni lagi tapi atas dasar kasihan kan Medina lah. Dia terpaksa beralah. Lagipun dia tak tahu kenapa rumah ni boleh berantakan? Sedangkan dia tahu yang Haqq sebenarnya boleh buat kerja rumah. Itu yang dia ingin tahu. Bagaimana boleh huru hara begini?
" Its okay I'm understand. Take time."
" Okay Terima kasih Encik Lutfian."
" Okay I got to go. Bye. Assalamualaikum." Encik Lutfian mematikan panggilan.
" Waalaikumusalam."
Adriana meletakkan telefon bimbitnya dengan kasar. Tangannya memicit kepala yang tiba-tiba berdenyut. Sakit kepala pula. Lepas satu satu masalah datang berdatang.
" Mummy...." Adriana berpaling kearah pintu. Kelihatan tubuh kecil Medina berlari kearahnya.Nampaknya Medina dah pulang daripada sekolah. Medina melabuhkan diatas riba Adriana.
Ini lagi satu masalah, nak berkepit 24 jam. Itu belum datang lagi bapanya. Habis Adriana jadi barang rebutan. Nak kesana kesini pun tak boleh.
" Busuknya anak Mummy ni. " Adriana mencium rambut Medina.
YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...