Adriana tersedar dari tidurnya apabila terasa ada yang memeluknya daripada belakang. Tangan itu hangat berada diatas perutnya.
Tak perlu tanya tangan siapa kalau bukan tangan Haqq.
" Shhh. Nanti Medina bangun." Haqq memejam matanya sambil memeluk Adriana.
Adriana yang sedang memeluk Medina hanya anggukkan kepala. Lagipun kesian kalau Medina tersedar. Adriana kembali memejamkan matanya namun dia tak mampu nak lelapkan mata. Haqq menganggu lenanya.
" Emm Haqq." Adriana memegang tangan Haqq ingin meleraikan pelukan tapi Haqq mengeraskan tangannya.
" What?"
" Kenapa awak kat sini? Mana Intan?" Soal Adriana berani. Yelah mana pernah Haqq datang menyerah diri nak tidur dengan dia macamni sejak mereka kahwin. Selalunya Adriana saja yang muka tak malu nak tidur dengan suami dia.
" Intan pergi rumah anak yatim. Tak tahu lah dia balik ke tak. Kalau lewat sangat dia tak balik." Jawab Haqq nak tak nak. Padahal dia dah diberitahu oleh Intan yang dia takkan balik dan mungkin akan pulang esok pagi. Saja tak nak beritahu Adriana perkara sebenar takut Adriana halau dia pula.
" Ohh..." Yelah mesti Intan banyak kerja tertangguh maklumlah lama sangat mereka bercuti tempoh hari. Hampir seminggu juga.
Haqq meletakkan kepalanya dibelakang badan Adriana lalu mengeratkan lagi pelukan.
" Jangan lah rapat sangat Haqq. Saya tak selesa." Adriana menggerakkan badannya.
" Just stay like this."
" Tak nak lah. Tepi lah Haqq." Adriana menyiku perut Haqq namun masih membelakangi Haqq.
Haqq meleraikan pelukan lalu menarik tubuh Adriana menghadap wajahnya lalu kembali memeluk Adriana dengan erat.
Adriana memukul dada Haqq dengan spontan.
" Dasar kepala kayu." Suka hati saja Adriana membahasakan Haqq kepala kayu. Tapi memang betul pun Haqq dan kayu tiada beza. Dua-dua tak ada perasaan.
" Suka hati kau aja panggil aku kayu." Cis, dia lagi handsome kut daripada kayu.
" Dah tu takkan kepala timun pulak?"
" Haa otak kuning."
Adriana menjuling matanya keatas. Bila dan ketikanya dia otak kuning. Haqq lah yang otak kuning sebab misunderstood ayat dia.
" Whatever. Tepi sikit." Adriana menolak tubuh Haqq menjauhinya namun tak boleh. Haqq mengunci dia didalam pelukan.
" Cuba jangan bising nanti Medina bangun lah." Haqq menjegilkan matanya.
" Kalau tak nak Medina terjaga, awak sila keluar." Adriana menghalau Haqq keluar daripada bilik itu.
" Okay fine." Haqq meleraikan pelukan lalu dia bangun dan berdiri ditepi katil.
Adriana menarik nafas lega. Akhirnya dia dapat tidur dengan lena tanpa gangguan dari Haqq.
Haqq menunduk sedikit kearah Adriana lalu menarik selimut yang menutupi tubuh Adriana sehingga membuatkan Adriana terkejut.
" But i will not leave this room without you." Haqq mengambil tangan Adriana lalu dilingkarkan kebahunya lalu dia terus masukkan tangannya dibawah paha Adriana untuk mengangkat Adriana.
Adriana hampir menjerit namun cepat-cepat Haqq menutup mulut Adriana menggunakan bibirnya sehingga Adriana tak mampu mengeluarkan sepatah suara.
Dia bawa tubuh Adriana keluar daripada bilik itu lalu menuju kebiliknya meninggalkan Medina.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...