10

7.6K 185 5
                                    

Haqq memejam matanya sambil menenangkan fikiran sambil merendamkan badan didalam kolam.Badan dia sandarkan didinding tepi kolam renang dengan kaki terapung.

Sedang dia melayan perasaan , tiba-tiba saja ada tangan yang melingkar dilehernya. Haqq membuka luas matanya. Tangan Adriana memeluk dari belakang. Cis ! Tak makan saman rupanya perempuan ini. Lagi ditegah lagi dia buat apa yang dilarang olehnya.

" Kau ada masalah mendengar arahan ke? " Ujar Haqq kasar lalu mencuba meleraikan pelukan tangan Adriana yang melingkar dilehernya. Adriana sanggup mencangkung sambil memeluk leher Haqq dari belakang.

" Salah ke Haqq saya nak pegang suami saya sendiri ? " Soal Adriana dengan nada sayu.

" Kau jangan tanya soalan yang kau tahu jawapannya." Haqq mendengus. Adriana meleraikan pelukan lalu duduk dibibir kolam renang berdekatan dengan Haqq. Kaki dia masukkan kedalam kolam renang.

" Shit! " Maki Haqq lalu memejam matanya apabila terpandang tubuh seksi Adriana.

Adriana memakai baju seksi sekali lagi. Seluar pendek atas lutut manakala bajunya tali halus.

Adriana menunduk memandang air. Haqq memandang Adriana dengan tak puas hati.

" Kau memang tak serik ke goda aku ke?"

Adriana menoleh memandang Haqq. Bilanya dia ada niat nak goda Haqq? Kali ini dia tak berniat nak menggoda pun. Dia memang seksi pun kalau dirumah cuma diluar saja dia berbaju besar kerana dia tak suka tayangkan badan untuk bukan miliknya. Haqq miliknya jadi tak salah kan kalau dia tayang aset dia.

" Mana ada saya nak goda awak." Nafi Adriana.

" Jangan berlakon lah Adriana."

" Kalau saya nak goda awak. Saya dah terjun kolam ni lepastu saya peluk cium awak dari tadi." Ujar Adriana selamba. Dengusan kasar dilepaskan.

Haqq membulatkan matanya. Dasar mulut miang betul Adriana ni. Haqq gelengkan kepala lalu menghadap kehadapan. Suasana sepi untuk beberapa ketika kerana masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

" Kau tak ada maruah diri ke? Terkinja-kinja kejar aku? "

Adriana tergamam mendengar soalan yang meniti dibibir Haqq.

" Kenapa awak tanya macam tu? " Terketar suara Adriana menahan tangis tapi dia cuba untuk tahankan.

" Aku tanya je. Just a one question."

Kau tak faham ke Haqq soalan tu boleh merentap perasaan seseorang nak-nak orang tu adalah isteri kau sendiri.

" Walaupun Haqq tak suka saya , ada satu benda yang Haqq patut tahu." Ujar Adriana tiba-tiba. Wajah suaminya ditatap.

" Apa?"

" Adriana tetap nak Haqq seorang." Haqq menoleh memandang Adriana. Tanpa sengaja mereka saling bertatapan.

Haqq mengalihkan pandangan dari memandang wajah Adriana.

" Kau hanya dapat raga aku tapi bukan hati aku." Sengaja nak ingatkan Adriana benda yang dia dah tahu.

" Saya tahu tu. Jadi mari kita buat deal, saya akan bersama dengan awak sampai awak jumpa dengan Intan semula. Bila Intan dah datang semula , kita berpisah." Ya memang berat buat keputusan tapi itu saja jalan terbaik. Kebahagiaan Haqq adalah kebahagiaan dia juga dan Adriana sedar kebahagiaan Haqq bukan dengannya.

" Deal." Ujar Haqq tanpa ragu. Dia setuju sangat-sangat dengan deal yang diutarakan oleh Adriana.

Adriana tersenyum nipis. Dalam masa yang sama, Adriana tetap dengan misinya untuk menggoda buaya darat dihadapannya ini walaupun Adriana akan melihat kegagalan nanti tapi dia tetap nak mencuba. Kau memang bodoh Adriana menaruh hati pada dia.

*

" Eh Haqq sekejap je honeymoon. Dua hari je?" Soalan Puan Mariam dibalas keluhan oleh Haqq.

Puan Mariam mengambil tempat disebelah Haqq. Haqq tersandar lemah disofa. Dia tak sanggup nak cerita kepada Puan Mariam. Yang sebenarnya dia tak tahan lama berdua-duaan dengan Adriana. Isterinya itu hampir membuat imannya tercabut. Walaupun mereka sudah sah dan bebas melakukan apa saja tapi Haqq tetap tak nak bebas buat apa saja dengan isterinya itu.

Ada ke patut Adriana ada niat nak goda dia dengan pakai baju seksi?

" Cukup lah bu , dua hari. Lama-lama buat apa? " Mulut lelaki tu tak pernah tak berbisa.

" Apa salahnya lama-lama , dah nama pun honeymoon. Manfaatkan lah waktu bercuti berdua suami isteri."

" Dengan isteri yang Haqq tak cintakan langsung." Ujar Haqq selamba sambil memejam mata.

Pap! Haqq membuka mata luas apabila ada tapak tangan yang menyinggah dipahanya.

" Tak baik cakap macam tu, kalau Adriana dengar nanti macamana? " Puan Mariam membulatkan biji matanya memandang anak tunggal dia seorang ni.

Haqq memandang wajah Puan Mariam dengan riak selamba.

"Adriana dah tahu apa yang ada dalam hati Haqq. Rasanya tak perlu kut nak jaga hati dia sedangkan dia dah tahu kebenarannya."

Puan Mariam menggelengkan kepalanya.

"Cuba lah Haqq bukakan hati untuk dia sikit."

Haqq gelengkan kepala. Tak kan sesekali dia bukakan hati buat gadis itu.

" Adriana tu baik, Haqq . Ibu tengok dia layan Medina macam anak sendiri. Ibu rasa dia pengganti terbaik Intan."

Haqq tayangkan wajah menyampah bila mendengar Puan Mariam memuji Adriana.

" Ibu mana tahu? Entah-entah dia berlakon ke? Tak semua ibu tiri didalam dunia ni baik. Sampai bila-bila pun Adriana tetap ibu tiri kepada Medina. Bila-bila masa je nanti dia akan tunjuk taring dia."

Puan Mariam gelengkan kepala, begitu sekali ya tanggapan Haqq terhadap Adriana. Teruk sangat ke wanita itu di hadapan matanya?

" Tak baik buruk sangka macam tu Haqq. Dia isteri kamu."

" Cuma isteri atas kertas." Ujar Haqq kurang sopan lalu bangun meninggalkan Puan Mariam diruang tamu.

Dari tadi Encik Hakim hanya melihat dan mendengar saja perbualan dua beranak itu. Dengan langkah bersahaja, dia mengambil tempat duduk bersebelahan isterinya.

" Banyak macamana awak agungkan menantu awak tu tetap Haqq memandang Adriana tak ubah macam sampah. Sebab tu saya kata dulu, jangan paksa dia berkahwin dengan wanita bukan pilihan dia." Encik Hakim gelengkan kepala.

" Pilihan dia tu bukan kesukaan saya lah." Balas Puan Mariam menyampah.

" Habis tu awak sanggup kesukaan awak terseksa? Anak awak terseksa? Saya tak rasa Haqq akan bertahan lama dengan Adriana. Adriana terlalu baik untuk dilukai. Jangan seksa anak orang demi kepuasan diri sendiri." Pesan Encik Haqim seketika.

Puan Mariam mengeluh perlahan.

" Tapi saya yakin Adriana mampu tawan hati Haqq."

" Yakin saja tak cukup. Saya kesian tengok Adriana asyik terkena dengan Haqq tu."

Tanpa mereka sedari perbualan mereka didengari oleh seseorang dari atas tangga. Siapa lagi kalau bukan Adriana. Hanya airmata tanpa suara mampu dibuat. Adriana mengetap bibirnya. Dia akan ubah tanggapan Encik Hakim dan Haqq. Dia tak selemah yang disangka. Kalau mulut Haqq tu berbisa dan layanan dia teruk, dia akan ubah itu.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang