2

7.8K 209 2
                                    

Mata Adriana tak lepas memandang koleksi terbaru keluaran The Body Shop.Dia tak beli pun cuma sekadar cuci mata.Dia belum mampu nak beli.Kalau dia beli nanti hujung bulan makan pasir.Nak-nak dia baru saja masuk kerja beberapa hari yang lalu.

"Kakak!!!" Adriana berpaling apabila dia terasa beg sandangnya ditarik.Kepala ditundukkan memandang si kecil.Alahai si comel Medina rupanya.Lesung pipit menghiasi pipi si kecil.Baka si bapa.

Memang kebetulan betul lah mereka bertemu disini.

"Hai Medina." Adriana menunduk sedikit sambil mengusap kepala si kecil.

"Kakak buat apa kat sini?" Soal Si Kecil petah.

"Kakak cuci mata." Adriana bangkit semula apabila melihat figura wanita separuh usia berdiri dibelakang Medina. Dengan spontan Adriana terus menghulurkan tangan untuk menyalami wanita itu. Nasib baik wanita itu menyambut huluran salamnya kalau tidak Adriana nak smackdown orang tua itu.

"Mata kakak kotor ke sampai kena cuci?" Soal Medina polos sehingga mencetuskan ketawa dimulut Adriana dan wanita itu.

"Tak lah. Tak! Tak! " Jawab Adriana sambil menahan gelak.

"Awak ni siapa?Macamana boleh kenal cucu saya?" Soal wanita itu. Rambut Medina dibelai lembut.

"Oh saya adik jiran depan rumah Medina." Ujar Adriana sambil tersenyum mesra.

"Oh patutlah Medina kenal.Mesti kenal Haqq jugak kan?" Ujar wanita itu tersenyum membalas senyuman Adriana.

"Baru jumpa Medina dan Haqq sekali.Tak sangka Medina masih ingat pada saya." Adriana memegang belakang lehernya.

"Kakak baik. Dia tidurkan Medina." Ujar si kecil petah. Kepala didongakkan memandang neneknya.

"Umur Medina berapa tahun? Petah betul dia bercakap ya." Adriana ingin tahu juga serba sedikit tentang anak perempuan lelaki idamannya.

"Baru masuk 4 tahun. Dia petah sebab Haqq rajin layankan petah dia."

"Oh yeke? Patut lah. Pandainya dia."

"Nama awak siapa?" Soal Wanita itu.

"Oh nama saya Adriana. Mak cik ?"

"Nama saya Mariam." Balas Wanita itu lembut.

Adriana anggukkan kepala sambil senyum tipis.

"Kalau Adriana tak keberatan, jom lah kita minum bersama sekejap." Ujar Puan Mariam.

Adriana berjeda seketika sebelum anggukkan kepalanya.Apa salahnya jika dia minum sekejap bersama dengan mereka.

"Sure."

"Jom kakak." Medina terus meraih tangan Adriana. Itu tandanya dia nak bergandingan tangan dengan Adriana.

Puan Mariam tersenyum apabila melihat tingkah Medina.Itu petanda baik.Nampaknya Medina dah boleh mesra bersama orang lain.Mungkin petanda baik untuk Haqq juga supaya mencari pengganti isteri lamanya.

"Adriana kerja kat mana sekarang?" Soal Puan Mariam ingin tahu.

"Oh saya kerja dekat Kreatif Holding "

Kreatif Holding adalah syarikat majalah yang terkenal.Adriana bernasib baik dapat kerja disitu.

"Dah lama ke kerja kat situ?"

"Baru je beberapa hari." Adriana tersengih.

Kaki mereka berjalan menuju ke sebuah kafe lantas mereka mengambil tempat terpencil.Sementara menunggu waiter mengambil order.Puan Mariam tak melepaskan peluang untuk menanya Adriana beberapa soalan.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang