16

7.4K 191 12
                                    

Nureen dan Adriana hanya membalas pandangan. Pertemuan itu pun terpaksa , gara-gara usulan paksaan dari Haqq. Haqq kata dia tak nak dia menjadi dua sahabat menjadi musuh kerana dia tapi kenyataannya memang begitu.

Suasana restoran agak lengang kerana belum waktu kemuncak. Jadi senang lah dua orang itu berbincang tentang isu mereka berdua.

Adriana hanya berpeluk tubuh. Nureen yang duduk dihadapannya diam tak berkutik. Mereka berdua begitu agak lama.

Nureen berdehem. Biarlah dia yang mulakan bicara.

" Nana, aku nak minta maaf. Patutnya aku jujur dari awal." Nureen memulakan bicara.

" Kenapa mesti Haqq?" Tubir mata Adriana berkaca. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa mesti Nureen ada scandal dengan suaminya sendiri? Sahabat baik dia pulak tu.

" Sumpah aku tak tahu dulu yang Haqq tu bakal suami kau. Lagipun waktu mula kami bercinta sebelum kau bagitahu siapa bakal suami kau. Time tu aku dah sayang dia sangat dan aku tak sanggup lepaskan dia." Ujar Nureen menunduk.

" Tapi kau dah tahu dia suami aku kan, kenapa kau masih tak lepaskan dia? Sanggup kau tipu aku hidup-hidup kata dah berpisah padahal masih bersama sampai sekarang." Sambung Adriana.

" Aku tahu. Aku salah tapi aku takkan lepaskan dia dan dia tak nak lepaskan aku. " Nureen mendongak.

" Stop this nonsense lah Nureen. Dia tak cinta kan kau . Tolong lah."

" Dia pun tak cinta kan kau. Apa kata kau lepaskan dia jugak ? Dia playboy kan dan kenapa kau sanggup bertahan lagi dengan dia . Antara kau dengan aku , kau lagi dua kali bodoh."

Adriana tergamam. Tak sangka sahabat baiknya yang dia anggap macam keluarga sendiri sanggup melontarkan kata-kata itu.

" Walaupun dia ada kau , dia tetap dengan dunia playboy dia. Aku sanggup bersaing kekasih dia yang lain daripada aku kena bersaing dengan sahabat aku sendiri. Aku rasa lebih kau yang undurkan diri Adriana."

" Kau dah tahu dia playboy kan kenapa kau masih nak dia jugak?" Sambung Nureen lagi apabila melihat Adriana langsung tak bersuara.

" Bodoh."

Adriana mengetap bibir dan air mata ditahan. Dia tak tahu Haqq playboy kalau dia tahu dia takkan jadi isteri Haqq. Perangai Haqq terbongkar pun pada malam honeymoon mereka.

" Ya aku memang bodoh tapi aku tak sangka kau sanggup lontarkan kata-kata tu pada aku. Sanggup kau cakap macam tu pada sahabat kau sendiri demi seorang lelaki."

Tahniah Haqq, kau telah meruntuhkan hubungan dua sahabat kerana cinta yang bersandarkan pada nafsu.

" Terima kasih jadi sahabat aku selama ini. Kau tak payah risau , aku tahu apa aku nak buat. Aku doakan kau bahagia lah dengan jalan hidup yang kau pilih." Adriana mengelap air mata yang jatuh.

Cukup lah selama ini dia terluka kerana oleh orang lain. Tapi dia tak tahan bila dilukai oleh sahabatnya sendiri.

Adriana penat sumpah dia penat, dia ingin menamatkan semua ini. Dia dah tak larat lagi, biarlah dia bahagia sendiri. Ya dia kan berpisah dengan Haqq. Dia akan tamatkan dunia playboy Haqq dan jalan salah yang dipilih Nureen. Dia akan tamatkan semuanya. Misinya sekarang adalah mencari bekas isteri Haqq. Hanya wanita itu saja yang boleh membantunya menamatkan segalanya. Dia rela taruhkan kebahagiaan dia kini.

*

" Mummy!!!!" Jerit Medina ceria. Batang tubuh ibu tirinya dipeluk erat melepaskan kerinduan. Pulang saja ke rumah , sosok Adriana yang Medina cari bukan Haqq.

Mereka berpelukan sambil duduk diatas sofa.

" Rindunya dengan manja Mummy ni." Adriana mengelus manja pipi Medina. Dikucup lembut.

Haqq hanya menjeling menyampah melihat adegan tak berbayar tu. Dia menganggap itu hanya lah lakonan Adriana. Cukup lah beberapa hari wanita itu banyak buat ulah dengannya sehingga Haqq tak mampu letak kepercayaan lagi kepada Adriana.

" Medina pun rindu."

Puan Mariam tersenyum melihatnya namun senyumannya mati melihat muka menyampah Haqq sehingga wanita itu menepuk kuat bahu Haqq. Dia tahu apa yang ada difikiran Haqq.

Haqq merengus apabila tiba-tiba bahu dia ditepuk. Dia memandang wajah Puan Mariam dengan tak puas hati. Salah apa dia?

" Medina jom teman Mummy ke dapur. " Adriana bangun dari duduknya. Adriana sedar Haqq merenungnya tajam dan wajah menyampah dipasang sejak tadi namun dia butakan mata. Bila Puan Mariam menepuk bahu Haqq, Adriana pasti ada yang tak kena. Biarlah dua beranak itu.

Medina anggukkan kepala lalu membuntuti Adriana.

Puan Mariam menjeling Haqq tak puas hati. Ada saja yang tak kena di mata orang tua itu.

" Kenapa buat Adriana macam tu?"

" Haqq tak buat apa pun." Ujar Haqq tak bersalah.

" Ibu nampak lah mata kamu tadi." Ujarnya geram.

" Adriana tahu mata Haqq memang macam tu." Haqq senyum menyenget.

" Adriana tu baik , sayang Medina macam anak sendiri. Apa salahnya Haqq bagi dia peluang berada dalam hati Haqq dan jadi isteri Haqq yang seutuhnya." Bukan Puan Mariam tahu , Haqq masih menganggap Adriana tu hanya isteri atas kertas. Tak lebih dan tak kurang.

Daripada pandangan Haqq , dia yakin sangat yang Haqq masih belum menerima Adriana sepenuhnya.

" Ibu tahu jawapan Haqq. Hanya Intan seorang yang bertakhta." Puan Mariam gelengkan kepala. Keras betul hati Haqq.

" Lagi satu, Ibu tak payah ajar Adriana ambil hati Haqq. Haqq tak suka dia buat macam tu."

" Suka hati Haqq lah nak cakap apa pun kat Ibu . Ibu tetap syurga Haqq tau. Ibu buat semua ni bersebab."

Haqq hela nafas. Silapnya bercakap kasar dengan ibu sendiri.

" Kalau Haqq rasa Ibu salah , ibu minta maaf. Cuma Ibu minta berbaik lah dengan Adriana. Beri dia peluang. " Beribu kali dia ulang benda yang sama. Dia yakin Adriana mampu merubah Haqq. Dia sangat yakin . Tanpa wanita tua sedar , keyakinan dia telah menghancurkan hidup Adriana.

Gadis yang tak bersalah. Hidupnya telah menjadi tunggang-langgang kerana ego manusia yang pentingkan diri sendiri.

" Haqq minta maaf bu. " Haqq meraih tangan ibunya lalu dikucup tangan itu.

" Haqq tak salah. Ibu tahu hati Haqq masih teguh buat Intan. Salah ibu paksa Haqq. " Rambut Haqq diusap perlahan.

" Kalau satu hari nanti Intan kembali , Haqq pergi lah kat dia. Saya izinkan." Ujar Adriana tiba-tiba. Dia dengar semuanya. Jelas di cuping telinganya.

" Aku tak perlu minta izin kau pun. Memang itu aku akan buat. " Ujar Haqq seraya bangun.

" Astagfirullahalazim Haqq!! " Terkejut Puan Mariam dengan pernyataan Haqq.

Adriana mengetap bibir kuat. Ya Allah , berikan lah hati dia secebis kekuatan. Sebab tu jangan berharap setinggi langit , nanti jatuh tersungkur menyembah bumi.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang