34

10.4K 241 7
                                    

" Mummy !!!!!!!!! " Medina berlari keriangan kearah Adriana. Wanita itu telah siap depakan tangan supaya gadis kecil itu masuk kedalam pelukannya. Tubuhnya separa cangkung agar sama kedudukan dengan Medina.

Adriana terus memeluk Medina erat bila Medina dah berada didalam dakapannya. Adriana mendukung Medina selepas berpelukan seketika.

Puan Mariam mengoyak senyum melihat tingkah dua beranak itu.

" Ibu apa khabar?" Adriana menyalami tangan tua Puan Mariam.

" Khabar baik Alhamdullilah. Adriana pula?"

" Alhamdulillah Adriana sihat." Adriana tersenyum.

" Mummy pergi mana? Kenapa Mummy tinggalkan Medina?" Ujar Si kecil dengan nada sayu.

" Sorry ya sayang. Mummy ada work kat sini." Adriana mengusap lembut kepala Medina.

" Hmm, Haqq tak tahu kan Adriana kat sini?"

Puan Mariam gelengkan kepala. Rasanya Haqq pun tak nak ambil tahu tentang isteri nya yang satu ini. Nasib lah Puan Mariam masih ambil berat tentang Adriana. Sudah lah gadis itu sendirian disini sebatang kara. Si kakak pula jauh dari mata. Siapa lagi harus dia harapkan untuk menjaga Adriana? Haqq? Kirim salam saja. Lebih baik dia saja yang menjaga Adriana.

Puan Mariam sebenarnya masih ada contact dengan Adriana tanpa sepengetahuan Haqq dan dia juga tahu yang Adriana tengah merawat hati yang kecewa. Jadi dia biarkan lah wanita itu merawat lukanya. Dia terlalu sayangkan Adriana.

" Syukurlah."

" Ibu minta maaf ya gara-gara Ibu. Adriana terpaksa jadi macam ni."

" Tak apa lah, Adriana redha. Dah jalan takdirnya begitu."

Suasana sepi seketika.

" Terima kasih sebab sudi bawak Medina ke sini. Adriana rindu sangat-sangat dengan anak Adriana ni." Sekilas diam mencium pipi Medina dalam dukungannya.

Puan Mariam anggukkan kepala.

" Kesian Medina. Sampai demam terlalu rindukan kamu. Kasih dia kat kamu melebihi kasih dia kat mak kandung dia sendiri."

Adriana hanya senyum tawar.

" Mummy minta maaf ya sayang. "

" Emmm..." Medina monyokkan muka. Kepala dia labuhkan diatas bahu Adriana. Tadi okay saja ni tiba-tiba macam merajuk pula.

Tak anak tak bapa. Dua-dua perangai sama. Unpredictable. Sekejap okay sekejap tak okay.

*

" Apa khabar Puan Intan?" Soal Dr Indah kepada wanita dihadapannya.

" Alhamdulillah Dr semakin membaik." Intan senyum nipis.

" Syukurlah. Berdasarkan keputusan yang keluar kali ni. Nampaknya kanser Puan Intan semakin berkurang dan saya ucapkan tahniah kepada Puan Intan sebab dapat habiskan cycle kimoterapi sehingga habis."

Intan anggukkan kepalanya tanda dia mengerti.

" Jadi Dr saya takkan boleh mengandung lagi kan sebab rahim saya dah tak ada."

Intan menunduk sayu sambil mengusap perutnya. Ya Intan telah kehilangan rahim dia gara-gara dia menghidap kanser serviks. Dia meminta cerai dengan Haqq dulu pun bukan gara-gara Puan Mariam sahaja tapi kerana penyakit yang dia hadapi. Dia sendirian menanggung kesakitan. Dia tak nak kekurangan yang dia ada membuatkan Haqq semakin menjauh. Dia tak nak semua itu berlaku. Dia sendiri yang nak Haqq nampak dia wanita paling sempurna dan gara-gara persepsi dia lah membuatkan Haqq cintakan dia separuh mati.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang