53

9.3K 259 14
                                    

Haqq terduduk lesu diatas kerusi menunggu. Selepas saja melahirkan anak, kondisi Adriana semakin lemah dan Adriana masih belum sedarkan diri. Adriana memerlukan sokongan perubatan terlebih dahulu.

Setelah bayi diazankan terus saja bayi mereka dibersihkan oleh nurse.

Puan Mariam menghulurkan air botol mineral kepada Haqq. Haqq mengambilnya namun dia tak minum pun walau seteguk. Dia risaukan keadaan Adriana yang masih belum sedarkan diri.

Dia tak boleh lihat keadaan Adriana lemah sebegitu.

" Tak ada apa tu. Mungkin Adriana kepenatan." Ujar Puan Mariam menyedapkan hati Haqq.

" Macamana kalau jadi apa-apa? Haqq tak ready lagi kehilangan Adriana."

Puan Mariam mengusap bahu Haqq memberikan semangat.

" Bersangka baik lah." Pesan Puan Mariam lembut.

Haqq hanya menunduk dan cuba mengusir fikiran jahat yang bermain difikirannya.

Dia belum sedia untuk menghadap kehilangan sekali lagi. Dia tak kuat. Dia sanggup buat apa saja agar Adriana baik-baik saja dan dia sanggup menukar nyawa dengan Adriana.

" Encik Haqq!!!" Doktor Seri memanggil nama Haqq saat dia keluar dari bilik yang menempatkan Adriana. Doktor yang merawat Adriana selama ni sepanjang wanita itu mengandung.

" Ya." Haqq mendongak lantas berdiri. Wajah sendu menghiasi wajahnya.

" Jangan sedih Encik Haqq. Puan Adriana dah sedar."

" Serius doktor?"

Doktor itu menganggukkan kepalanya. Haqq senyum tipis.

" Lepas ni kami akan tempatkan Puan Adriana didalam wad nanti Encik Haqq boleh tengok dia."

Haqq anggukkan kepalanya. Lega apabila mendengar apabila isteri dia sudah sedarkan diri.

*

Haqq mencium seluruh wajah Adriana. Sungguh dia gembira apabila Adriana sudah sedar. Takut betul dia kalau dia kehilangan Adriana.

" Dah lah tu Haqq. Cium macam nak bagi Adriana pengsan semula." Puan Mariam gelengkan kepala melihat tingkah anak lelaki tunggalnya.

" Entah betul tu." Sokong Encik Hakim.

" Saya janji lepas ni saya tak ada miang-miang dah. Lepas ni saya behave." Haqq mengusap rambut Adriana.

Adriana hanya ketawa tipis. Dia pun masih penat lagi, mana tak penatnya bukan satu yang keluar tapi sekali tiga. Dah lah badan dia kecil bila nak keluarkan tiga nyawa memang nyawanya jadi taruhan lah.

" Jadi lepas ni kena gap jauh lah untuk anak seterusnya." Sengaja Puan Mariam menambah suasana.

" Apa ibu ni? Anak-anak Haqq baru lahir tau dah cakap pasal anak lain pula. Tak kesian ke dengan menantu ibu ni?" Ujar Haqq mengomel sedikit emosi.

Seisi ruangan ketawa bila Haqq mengomel. Ada-ada saja perangai Haqq ni.

" Dah lah ibu dengan ayah nak tengok cucu-cucu kami. Jom Medina." Puan Mariam meraih tangan Medina yang hanya diam disisinya.

Medina hanya diam kerana dia telah dipesan oleh Puan Mariam supaya jangan nakal-nakal kerana Adriana memerlukan rehat yang cukup.

Hilang saja semua orang, Haqq terus memeluk erat tubuh Adriana.

" Dah lah tu. Emosi sangat kenapa?" Soal Adriana yang pelik dengan tingkah Haqq.

" Kena lah emosi. Awak tu lahirkan anak-anak saya kut."

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang