" Tak sangka kan, orang macam Adriana pun masih ada yang nak." Sengaja suara dikuatkan agar Adriana mendengar. Sengaja menghina penampilan Adriana yang suka memakai baju besar dan nampak selekeh macam itu pun ada suami. Kes cemburu dan sakit hati lah tu.
Adriana hanya memejam mata. Telan saja apa yang dikatakan oleh kawan sekerjanya, Fatin bersama Nora. Manakala rakan sekerjanya yang lagi seorang hanya anggukkan kepala. Tak berani nak bersuara.
" Selekeh macam tu pun ada suami." Sekali lagi dia bersuara.
Adriana buat bodoh sambil tangannya menyusun beberapa dokumen penting untuk diserahkan kepada manager syarikat mereka.
" Eh Adriana , kau tak dengar apa aku cakap?" Fatin panas hati bila sikit pun Adriana tak membalas walaupun sedikit. Dia berpindah tempat berdiri dihadapan Adriana.
" Ya aku dengar." Mata Adriana fokus terhadap kerjanya.
" Kenapa kau tak balas ? Terasa ?" Fatin memeluk tubuh dihadapan Adriana.
" Aku tak ada masa nak balas. Aku sibuk ni."
" Kesian suami kau kan, manusia paling malang dapat kau. Dapat isteri selekeh."
Bibir bawah Adriana gigit geram. Tak habis lagi ke? Penat lah dia , di rumah kena hina dengan suami. Di tempat kerja kena hina pula dengan kawan. Oops bukan kawan , jangan pernah anggap teman sekerja sebagai kawan.
" Haah kesian dia." Adriana anggukkan kepala buat bodoh.
Fatin panas hati bila Adriana setuju dengan pendapat dia. Bukan ke sepatutnya Adriana membantah?
" Kau ni kan."
" Dah lah Fatin. Jangan kacau dia , dia tak kacau kita." Nora bersuara. Tak nak mengeruhkan keadaan.
Adriana terus bangkit berdiri. Matanya tepat memandang wajah Fatin. Pandangan membunuh diberikan.
" Kau ada masalah apa hah? Kalau aku selekeh dan ada suami pun. Kau tak puas hati apa? Aku ada minta kau duit ke beli baju aku? Yang malang pun dia bukannya kau. Yang kau sibuk sangat kenapa? " Kata Adriana lalu tangannya menghentak kuat mejanya.
Terkebil-kebil orang memandang mereka berdua. Manakala Fatin terdiam apabila Adriana bersuara.
" Aku tanya kau ni. Kau jawab lah, tadi bising sangat. " Dah lah dia tengah tertekan, boleh pula Fatin menambah tekanan dia. Lama-lama dia boleh jadi gila begini.
" Sorry ya Adriana." Nora menghampiri lalu menarik tangan Fatin untuk pergi.
" Berani kau sound aku." Fatin menolak tangan Nora lalu mencerlung marah kearah Adriana.
" Ya memang aku berani. Apa yang Nora cakap tadi betul, aku tak kacau kau jadi jangan kacau aku." Adriana hentakkan tangan diatas meja lalu beredar.
Mengacau kerja orang saja. Adriana mengatur langkah menuju kearah pantri. Punggung dia labuhkan diatas kerusi. Nafas dihela seketika. Jujur lah dia penat mengenang nasib sendiri. Siapa je tak penat? Antara mental dan fizikal tentunya mental dia yang paling penat. Nak hadap mulut pedas suami lagi bila balik dari kerja. Nampaknya dia tak sepatutnya munculkan diri dihadapan Haqq dan tak menerima tawaran Puan Mariam.
Tentunya dia lebih bahagia menyayangi diri sendiri. Itulah padan muka , nak sangat bersuamikan lelaki duda. Bila dah dapat ini lah habuannya.
Betul lah kata Fatin, suami dia adalah paling malang dapat dia tapi sebaliknya dia yang malang sebenarnya bersuamikan lelaki macam Haqq. Bukan Haqq yang nak dia tapi dia yang tergilakan Haqq. Jadi bukan salah Haqq pun.
*
Adriana duduk sekejap diatas kerusi. Hidangan makan malam telah disiapkan. Menunggu Haqq pulang untuk makan. Kepala yang sakit dia tak hiraukan, yang penting tanggungjawab menyediakan makanan untuk suami telah siap.
Adriana bangkit lalu pegang kepalanya yang sakit. Kaki lemah dia atur kearah ruang tamu sambil menunggu kepulangan Haqq. Jam sudah menunjukkan 9 malam namun tiada tanda-tanda lelaki itu pulang awal. Selalunya Haqq akan pulang lewat kerana sibuk dengan kerja lebih masa bawak anak dara orang keluar.
Punggung dia labuhkan diatas sofa.
Kepala dia sandarkan. Matanya terpejam erat. Tak sampai beberapa saat, Adriana terlena.Bunyi pintu terbuka menyedarkan Adriana. Adriana membuka mata lalu memisatkan matanya. Batang tubuh Haqq dipandang dengan lemah.
" Awak dah makan? " Ujarnya dengan suara serak.
Haqq gelengkan kepala.
" Awak nak makan? Saya ada masak ."
" Masak ? Untuk aku? Tak ingin aku makan. Entah-entah kau letak racun nak bunuh aku." Haqq berdecit.
" Kalau tak nak makan tak apa. Saya makan seorang. Yang mati nanti biar saya seorang." Adriana malas nak cakap lebih-lebih. Dah suami dia tak nak makan , jadi terpaksa lah dia makan.
Baru dia nak bangun berdiri tapi tak jadi. Dia duduk kembali. Kepala yang sakit membuatkan dia tak dapat berdiri.
" Kau apasal?" Haqq menutup pintu lalu menghampiri Adriana.
" Tak ada apalah. " Nafi Adriana padahal tengah berperang dengan sakit kepala. Nafas dia pun dah mula terasa panas.
Haqq memegang kepala Adriana.
" Panas ni. Kau demam ke? "
Adriana gelengkan kepala. Tak payah acah prihatin Haqq kalau hujungnya nanti kau akan menyakiti hati Adriana.
" Tak lah, saya okay."
" Tak payah nak tipu aku."
Adriana gelengkan kepala. Dia tahu jaga diri sendiri dan Haqq tak perlu risau.
" Munafik."
Adriana ketap bibir. Kan sudah dia agak apa yang akan keluar dari mulut Haqq.
" Eh wait mana anak aku ? " Mata Haqq melilau mencari kelibat si kecil.
" Medina tak ada, Ibu bawa dia pergi Terengganu selama seminggu."
" What?!!!! Kenapa Ibu tak cakap dengan aku pun? " Membulat matanya.
Adriana jungkit bahu.
" Mana lah saya tahu, ibu cakap dia ada kirim mesej kat whatsapp awak. Dia ada beritahu yang dia nak bawak Medina."
Haqq terus mengeluarkan telefon bimbitnya didalam poket kemejanya ingin melihat jika benar Puan Mariam ada mengirim
pesanan.Pesanan daripada Puan Mariam tak sempat dia buka.
Haqq mendengus membaca pesanan daripada ibunya.
Ibu nak minta izin bawak Medina pergi Terengganu selama seminggu. Ibu dah bagitahu pada Adriana.
Dia tahu Puan Mariam sengaja nak bawak Medina sebab nak biarkan dia berduaan dengan Adriana.
Telefon pintarnya diletakkan kembali ketempat asalnya. Matanya mencerlung kearah Adriana.
" Suka lah kau kan berduaan dengan aku. Lagi senang kau nak ambil kesempatan." Tak habis-habis menuduh isterinya.
Adriana gelengkan kepalanya. Malas betul dia nak ambil pusing.
" Suka hati awak lah nak cakap apa." Adriana cuba nak bangun sendiri dan dia nak buktikan yang dia tak ada niat nak ambil kesempatan, badan dia tak sihat jadi mood nak menggoda Haqq tak ada kali ini dan dia tak ada niat langsung nak mengambil kesempatan.
" Urghh menyusahkan." Haqq menghampiri Adriana lalu tangannya memaut belakang leher dan kaki Adriana untuk mendukung isterinya.
" HAQQQ!!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...