Adriana mengambil satu baju favourite dia dari dalam almari. Dress pendek atas lutut tanpa lengan bermaterial Lycra. Ngam mengikut bentuk tubuhnya. Tanpa melengahkan masa, dia sarung ke badan. Tuala diatas lantai, dia ambil lalu disangkut kat hanger. Telefon bimbit diatas meja solek dia ambil. Musik dipasangkan.
Adriana nak me time dengan menari. Malam minggu ini dia bersendirian. Haqq sudah keluar manakala Medina di ambil oleh Puan Mariam. Kata Puan Mariam, setiap hujung minggu dia akan bawa Medina tidur dirumahnya. Dia suruh Adriana manfaatkan masa itu untuk Adriana goda Haqq tapi Puan Mariam tak tahu anak lelaki dia yang seorang itu kerap menghilang. Busy dengan date dia apa lagi. Macamana lah dia nak goda Haqq? Satu misi itu kerap kali gagal. Iman Haqq kebal walaupun terbabas hanya sekali. Bukan ke itu satu pencapaian?
Tubuh Adriana lembutkan. Dia menari ikut rentak musik sehingga dia terleka dengan dunia dia sendiri. Melepaskan tekanan dan buang segala perkara yang mengusutkan fikiran. Sesekali dia menari tarian menggoda. Kalau tak selalunya dia menari tarian yang rancak.
Sudah berapa lama Adriana tidak menari. Jujur dia rindukan moment ini.
Tanpa Adriana sedari ada mata yang melihatnya menari dimuka pintu. Dia juga turut terbuai dengan tarian Adriana. Adriana memusingkan badannya membelakangi dia. Saat Adriana berpusing, dia terkejut melihat sosok tubuh suaminya.
Adriana telan air liur kesat. Malu dengan tindakan sendiri. Musik ditelefon bimbit dimatikan.
" Bila awak balik ? Saya tak dengar pun." Ujar Adriana kekok.
" Macamana nak dengar kalau leka dengan dunia sendiri. "
Adriana menunduk.
" Aku tak tahu kau pandai menari." Ujar Haqq memecah suasana.
" Tak pandai mana. Biasa je."
" Hmm." Haqq berpaling lalu berpusing membelakangi Haqq.
" Kau tukar baju yang elok dulu. Ada benda aku nak cakap. Aku tunggu kau kat bawah." Ujar Haqq lalu keluar dari bilik Adriana.
Langkah dihayun turun menuju kearah ruang tamu. Tubuh dihempas diatas sofa. Matanya dipejam seketika sementara menunggu Adriana mengganti pakaian.
" Haqq." Haqq membuka matanya. Dia membulatkan matanya melihat pakaian Adriana.
Degil betul isterinya, disuruh pakai pakaian sopan malah dipakai lagi pakaian menjolok mata.
Adriana buat bodoh dengan pandangan mata Haqq. Dia mengambil tempat dihadapan Haqq.
Haqq batuk kecil. Menahan gelora. Hatinya dah macam ribut taufan. Tadi dia dah lihat betapa lenggoknya tubuh Adriana menari. Sikit lagi nak diterkam tapi dia tahan. Dia tak nak Adriana anggap dia lemah mudah terbuai dengan wanita itu.
" Apa perkara yang awak nak cakap tu?" Ujar Adriana. Tak sabar ingin tahu apa yang ingin dibincangkan oleh Haqq.
Haqq berdehem seketika.
" Aku dah jumpa Intan semula."
Adriana terkejut. Sudah jumpa Intan?
" Tapi aku dalam misi tengah mengambil hati dia kembali. Dia asyik lari je dari aku. Jadi aku nak kau hentikan menggoda aku dan kau ingat deal kau dengan aku masa kat Port Dickson hari tu."
Adriana tersenyum kelat. Ya dia tahu, tak perlu cakap.
Adriana anggukkan kepalanya.
" Satu lagi, aku tak nak tengok kau pakai baju seksi lagi. Kau ni boleh tahan merenyam
juga kan ? Kat rumah bukan main seksi lagi tapi bila kat luar selekeh nak mampus."Adriana buat mata role eyes. Sudah lah Haqq ni.
*
Adriana menghampiri sosok wanita yang duduk ditepi tingkap restoran. Siapa lagi kalau bukan Intan?
Selain Haqq dah jumpa Intan semula selain itu juga Adriana mengupah pengintip untuk mencari dimana kebedaraan Intan. Dia bayar upah guna duit nafkah yang Haqq bagi. Sikit pun dia tak guna untuk kegunaan peribadi dia. Dia tak nak guna sebab Haqq tak menganggap dia isteri dia. Jadi dia gunakan duit itu mencari kembali Intan. Tak sangka kan, mereka berdua mencari Intan bersama dalam diam. Begitu pentingnya Intan didalam rumah tangga mereka.
" Intan kan?" Adriana mengambil tempat dihadapan wanita itu.
" Adriana?" Soal wanita itu kembali.
Adriana anggukkan kepala.
" Isteri Haqq?" Soal wanita menampar jiwa Adriana. Dari mana wanita itu tahu? Dia belum cakap lagi dia siapa. Pertemuan dia disitu pun kerana Adriana pura-pura ingin menjadi penyumbang dirumah anak yatim
tempat Intan bekerja sambil itu dapat lah dia sedekah sambil dekati Intan. Dua dalam satu orang kata." Mana awak tahu?" Soal Adriana ingin tahu. Dia belum kenalkan diri pun siapa dia sebenarnya dan setahunya mereka tak pernah berjumpa sebelum ini
" Puan Mariam tunjuk gambar perkahwinan korang kepada saya." Ujar wanita itu lembut dan sopan.
Jadi Puan Mariam masih berhubungan dengan Intan.
Puan Mariam berhubungan pun kerana ingin menyakitkan hati Intan. Betapa dia tak suka kan Intan memang menebal.
Adriana menunduk. Alamak dah kantoi.
" Awak kenal Puan Mariam?" Sengaja pura-pura ingin tahu.
Intan anggukkan kepalanya.
" Cantik betul menantu pilihan Puan Mariam kan?"
Tak lah, Intan dua kali ganda cantik.
" Biasa saja. Awak lagi cantik tau. Macamana awak kenal Puan Mariam?"
" Puan Mariam tu bekas mak mentua saya."
" Oh jadi awak bekas isteri Haqq?"
Intan anggukkan kepala dengan jujur kerana dia orang yang sememangnya jujur. Tak perlu kelak nanti Adriana akan tahu juga status dirinya.
" Tak sangka kita bertemu kan?"
" Tapi jangan cemburu , saya hanya masa lalu Haqq." Adriana gelengkan kepala.
Ujar Intan tersenyum kekok.
Adriana terasa suasana kekok dan dia rasa serba salah.
Suasana sepi seketika.
" Adriana masih berminat nak jadi salah satu penyumbang di rumah anak yatim kami?"
Intan menukar ke topik asal. Walaupun Adriana tak bagitahu siapa dirinya sebenar, Intan tetap positif. Salahnya juga, tiba-tiba saja cakap wanita itu isteri Haqq. Intan tak tahu yang Adriana dah tahu tentang dirinya.
Adriana anggukkan kepalanya.
" Okay baik lah. Ni ada borang yang boleh Adriana isikan." Intan menghulurkan sebatang pen dan sehelai borang kepada Adriana.
Adriana mengambilnya lalu diisi. Setelah selesai, dia serahkan dua benda itu kembali kepada Intan.
" Terima kasih sudi jadi penyumbang Rumah Anak Yatim nanti apa-apa saya akan hubungi Adriana semula." Ujar Intan tersenyum.
" err , Intan."
" Ya?"
Pandangan mereka bertaut.
" Saya nak tanya satu soalan boleh?"
" Tanya lah." Ujar Intan ramah.
" Kalau awak ditakdirkan kembali bersatu dengan Haqq, awak nak tak?" Ujar Adriana tiba-tiba.
Intan senyum nipis lalu gelengkan kepala. Jawapan dia semestinya tidak.
" Kenapa?" Soal Adriana ingin tahu maksud gelengan Intan.
" Buat apa kami bersama kalau mak kandung Haqq tak restu hubungan kami. Jalan perpisahan adalah yang terbaik."
Cukup lah dia makan hati, dia tak nak lagi makan hati sekali lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...