" Dah ke belum?" Soal Haqq kepada Adriana diruang tamu. Adriana yang sedang kemas mainan Medina menghentikan tugasannya lalu menoleh memandang Haqq. Mata dijegilkan.
" Baru 1 jam Haqq. Tempoh denda awak satu minggu."
" Ala." Haqq berpeluk tubuh tak puas hati.
Adriana telah bagi denda kepada selama satu minggu. No skinship apatah lagi tidur bersama. Denda sebab Haqq berani keluar jumpa Nureen tempoh hari tanpa sepengetahuannya. Itu baru Adriana kalau Adriana lari sekali lagi macamana? Putih mata agaknya Haqq nanti.
Pengajaran untuk Haqq supaya lain kali tak buat hal.
" Seminggu lama sangat lah. Tak boleh ke satu hari je? I can't. I miss your hug." Ujar Haqq mengada-ngada.
" Jangan banyak complaint. Saya up lagi satu minggu nak?" Ujar Adriana.
" Not fair." Haqq terus meninggalkan Adriana terpaksa mengalah dan dia takut kalau dia membantah nanti Adriana tambah lagi tempoh masa denda, Adriana itu sudah serious dengan kata-katanya. Saat dia ingin ke tingkat atas. Dia bertembung dengan Medina yang baru keluar daripada dapur.
" Medina sini kejap." Haqq meraih tangan Medina.
" Daddy nak apa?"
" Daddy minta tolong boleh?" Ujar Haqq sambil senyum penuh makna.
" Minta tolong apa?"
Haqq mendekati telinga Medina lantas berbisik.
" Tolong lah cakap dengan Mummy yang Daddy rindu Mummy, lepastu cakap dengan Mummy jangan denda Daddy lagi."
" Cakap lah sendiri." Ujar Medina selamba.
Haqq pandang Medina geram. Tak boleh pakai betul lah anak perempuan dia ni.
*
" Wey rindunya kat kau." Maya memeluk erat Adriana macam tak nak lepas. Naik semput Adriana bila Maya peluk dia.
" Kau ni peluk macam nak bagi aku mati cepat." Ujar Adriana saat pelukan terlepas.
" Hehehehe sorry. Jom duduk." Mereka mengambil tempat duduk bertentangan.
Saja Adriana ingin meluangkan masa bersama Maya di Kafe. Lagipun dah lama dia tidak bertemu wanita itu sejak Adriana berhenti dari Kreatif Holding.
" So how your life now?" Soal Adriana ingin bertukar khabar.
" Macam biasa. Tiada apa yang menarik pun." Ujar Maya, wajahnya sedikit muram.
" Ye ke?" Soal Adriana tak percaya.
Maya anggukkan kepala seraya senyum tipis.
" So life kau macamana? Dah ada isi ke belum?"
Adriana tersenyum lantas anggukkan kepala.
" Apa angguk-angguk?" Soal Maya sedikit tak puas hati apabila Adriana hanya angukkan kepala.
" Kau ni. Angguk tu maknanya dah ada isi lah."
" Argghhh!!! " Jerit Maya excited sehingga membuatkan orang-orang memandang Maya kerana tiba-tiba membuat bising.
Maya terus menutup mulut apabila sedar sedang memalukan diri sendiri.
" Wah, tahniah. Tak sabar aku nak tengok little Adriana keluar." Ujar Maya teruja.
" Terima kasih."
" Hmm, entah bila giliran aku pulak kan macam kau. Jodoh pun tak nampak bayang."
" Tak baik cakap macam tu, ada jodoh ada. Lagipun kau boleh lah try Encik Syafiq mana lah tahu ada jodoh korang." Sengaja Adriana bangkitkan nama lelaki itu kerana dia tahu Maya sukakan Encik Syafiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Roman d'amour"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...