Adriana menunduk sikit pun dia tak memandang wajah Encik Lutfian dihadapannya. Dia memang sangat-sangat malu. Sudah lah diberi cuti tanpa gaji. Lama pulak tu bukan sekejap. Alih-alih terus minta resign pula. Dia pun kalau boleh dia tak nak goyang kaki dirumah walaupun dia isteri CEO tapi dia ada masalah besar ketika ini yang membuatkan dia terpaksa berhenti kerja dengan syarikat Encik Lutfian.
Dua insan dirumah itu tak boleh berjauhan dengan Adriana. Adriana terpaksa menjaga dua budak kecil itu. Padan muka Haqq kena cop budak kecil. Siapa suruh manja terlebih mengalahkan budak kecil.
Encik Lutfian pula kebetulan ada kerja di Kuala Lumpur terus buat keputusan untuk berjumpa dengan Adriana. Dia inginkan penjelasan mengapa Adriana kerap kali hantar surat resign melalui fax. Cara itu sangat tak profesional. Adriana pula terpaksa mengaku dia salah kerana menghantar surat resign melalui fax walhal dia tak pernah pun buat macam tu.
Nak kata apa lagi? Kalau dia kata tidak pun mesti Encik Lutfian tak percaya. Yang menjadi tanda tanya sekarang ni siapa punya kerja pun tak tahu. Mesti ada pihak yang tak menyenangi kehadirannya disyarikat itu.
" Adriana look at me" Encik Lutfian memandang seraut wajah Adriana.
Adriana nak tak nak terpaksa mendongak memandang Encik Lutfian. Lidahnya benar-benar kelu ketika ini. Dia tak tahu nak katakan apa lagi.
" Ya."
" Kalau awak ada masalah tolong beritahu saya. Saya boleh consider tapi jangan berhenti ya?" Rayuan Encik Lutfian menyentak hati Adriana. Kenapa lelaki itu benar-benar tak nak dia resign? Bukan ke sepatutnya dengan sikap Adriana yang macam ni dah tentu pihak syarikat akan terus tendang keluar. Lagipun Adriana masih dalam tempoh latihan dan peratus dia kena tendang sangat tinggi ini malah sebaliknya pula yang berlaku.
" Tapi Encik saya minta maaf sangat-sangat saya terpaksa berhenti. Lagipun ' kakak' saya baru saja meninggal. Anak dia tak ada siapa yang nak jaga jadi saya terpaksa jaga anak dia." Alasan palsu Adriana. Tak apa lah berbohong sekali-sekala.
" Awak boleh bawa dia pindah Adriana. You have a choice."
Adriana pula sudah garukan kepalanya. Betul-betul lah Encik Lutfian nak dia kekal dalam syarikat itu.
" Kenapa Encik nak sangat saya stay dengan company tu? Saya tak rasa saya pekerja yang terbaik. Tengok lah apa saya buat waktu training ni. Sepatutnya sikap saya tak boleh diberi muka tau." Adriana cuba untuk buat Encik Lutfian menarik balik kata-katanya dan membenarkan dia untuk berundur.
Encik Lutfian pula hela nafas berat. Bibir bawah digigit. Dia duduk dengan tegak. Tangan dia letakkan diatas meja.
" Okay then kalau awak tak nak kerja lagi tak apa. Saya ada lagi satu pilihan untuk awak"
Kening Adriana bertaut. Pilihan apa lagi ni? Banyak songeh pula Encik Lutfian ni.
" Apa dia?" Soal Adriana ingin tahu.
" Be my wife."
Adriana membeliakkan biji matanya. Terkejut beruk dia mendengar permintaan Encik Lutfian.
Belum sempat Adriana nak bersuara. Ada yang menghampiri Adriana.
" Mummy......Mummy....." Adriana lagi terkejut tiba-tiba saja muncul Medina yang entah dari mana. Encik Lutfian pun turut terkejut melihat kehadiran Medina yang tiba-tiba.
" Kenapa Mummy lama sangat? Penat tau Medina dengan Daddy tunggu Mummy." Ujar Medina sambil memuncungkan mulutnya.
" Medina buat apa kat sini?" Soal Adriana ingin tahu.
" Medina jalan-jalan." Ujarnya manja.
" Mummy? Medina? anak awak ke?" Soal Encik Lutfian ingin tahu lalu bangun berdiri.
" Aaaa..." Adriana telan air liur. Macamana dia nak jawab? Mati lah dia kali ni. Encik Lutfian bukan tahu status dia pun.
" Jom lah Mummy.. Cepat Daddy dah tunggu." Medina menarik lengan Adriana.
Mata Adriana melilau mencari kelibat Haqq. Tak mungkin Medina seorang diri sendiri tanpa penjaga. Matanya tertancap seorang lelaki yang duduk dimeja paling hujung sekali. Matanya tepat memandang Adriana. Sempat lagi lelaki itu tunjuk peace. Adriana ketap bibir geram. Dasar menganggu orang saja.
" Saya minta maaf Encik Lutfian. I need to go. I'm really sorry." Adriana terus mengangkat Medina.
" But I need explanation."
" Hmmm...saya...."
" Eeee uncle ni jangan kacau Mummy kita lah. " Marah Medina tiba-tiba menyampuk perbualan dua manusia itu.
" Adriana?"
" Maaf Encik saya isteri orang. Saya minta maaf sebab menipu. I'm truly sorry."
Pernyataan daripada bibir Adriana membuatkan Encik Lutfian terduduk.
" Cepat lah Mummy." Gesa Medina.
Adriana terus meninggalkan Encik Lutfian yang terpinga-pinga. Airmata jantannya mengalir. Tak sangka selama ini Adriana itu isteri orang tapi mengapa Adriana berbohong dengan status dirinya? Kenapa dan mengapa? Anak Adriana sudah sebesar itu pun takkan Adriana masih nak menipu lagi.
*
Haqq tersenyum bila melihat reaksi wajah Encik Lutfian. Dia memang sengaja bawa Medina kesitu saja nak menganggu Adriana dan Encik Lutfian.Haqq membenarkan Adriana berjumpa dengan lelaki tu bersyarat. Dengan syarat Haqq ingin tahu dimana dan pukul berapa ingin berjumpa dan Haqq tak akan beritahu yang dia turut berada disitu.
Dialog yang keluar daripada mulut Medina pun hasil tunjuk ajar dia tadi.
" Padan muka. Dah orang tu hantar surat resign terus saja lah berhentikan. Buat bazir kertas syarikat aku je hantar fax kalau tak diberhentikan." Ujarnya. Ya yang fax surat tu adalah perbuatan Haqq. Dia tak ingin Adriana berada disyarikat itu dan berjauhan dengannya.
" Oh jadi kerja awak rupanya." Adriana cekak pinggang memandang Haqq yang berada diatas sofa.Matanya dijegilkan. Haqq menoleh dengan wajah tak bersalah.
" So what?"
" So what apanya? Suka hati awak je buat macam tu. Sekarang ni banyak masalah tau gara-gara awak." Ujar Adriana tak puas hati.
" Siapa suruh kau sembunyikan status kau dan siapa juga suruh kau menipu? Kalau kau jujur dah tentu-tentu dia tendang kau terus."
Nafas Adriana naik turun menahan marah. Memang cari fasal betul lah Haqq ni. Kalau berdebat dengan Haqq memang dia akan kalah.
" Hah yelah semua salah saya. Awak je betul. Bukan awak sendiri tak nak reveal hubungan kita so masih salah saya ke kalau saya sorokkan status saya?" Adriana memeluk tubuh sambil memandang tepat wajah Haqq.
Haqq gigit bibir geram. Ada betulnya salah dia juga tapi takkan dia nak mengaku salah? Eh tak boleh nanti jatuh lah reputasi dia.
" Yelah Puan Adriana." Jawab Haqq acuh tak acuh matanya tertancap pada skrin telefon bimbit.
" Okay fine." Daripada tambah sakit hati lebih baik Adriana blah daripada situ. Geram betul dengan sikap Haqq yang tak matang macam tu.
Nak sangat cari pasal kan? Biar Adriana pula lancarkan perang biar bertambah pihak musuh Haqq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romans"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...