Adriana mendapatkan Medina yang sedang duduk berpeluk tubuh sambil menghadap dinding. Adriana bersila sambil melihat wajah Medina yang tunduk saja. Satu lagi tugas Adriana kena buat jawabnya. Tugas memujuk si kecil kerana meninggalkan dia semalaman. Kuat merajuk macam bapanya. Kalau tak dipujuk ni sampai kesudah dia akan menghadap dinding.
" Sayang...." Adriana memegang bahu Medina namun cepat Medina menepis.
" Tak nak kawan Mummy. Sampai hati Mummy tinggalkan Medina. Mummy tak sayangkan Medina. " Adriana gelengkan melihat kepetahan Medina berkata-kata.
" Mummy sayangkan Medina lah. Mummy minta maaf okay kalau Mummy tinggalkan Medina semalam. Mummy janji lepas ni Mummy tak tinggal dah."
" Mummy tipu. Mummy sama macam Daddy. Tak nak kawan jugak." Medina memuncungkan bibirnya.
Adriana dah garukan kepalanya. Masak lah dia kali ini. Betul-betul merajuk budak kecil ni.
" Habis Mummy kena buat apa supaya Medina kawan Mummy balik?" Adriana menopang dagu sambil matanya tak lepas memandang Adriana.
Medina menoleh memandang Adriana. Terkebil-kebil dia memandang wajah Adriana.
" Mummy kena janji dengan Medina. Mummy jangan dekat-dekat dengan Daddy lagi, boleh?"
Adriana ternganga mendengar permintaan Medina. Budak ni betul ke umur 4 tahun?
" Woi suka hati minta Mummy macam tu. Daddy karate karang baru tahu." Ujar Haqq daripada belakang. Dia pun terkejut mendengar permintaan Medina. Siapa agaknya mengajar Medina cakap macam tu?
Medina berpaling lalu menjeling Haqq.
" Ala Daddy ni." Medina cemberutkan wajahnya.
" Awak tu baru umur 4 tahun bukan umur 10 tahun."
Medina mencebikkan bibirnya.
*
Adriana menyumbat Potato Crisps dalam mulutnya sambil matanya menonton drama korea terbaru. A bussiness proposal. Rasanya dah lama tak tengok drama korea kerana kekangan masa. Ni dah jadi suri rumah baru lah ada kesempatan.
Medina pula awal lagi sudah masuk tidur. Merajuk kejap sahaja tu nanti bila nak tidur mesti akan cari Mummy dia semula.
" Uwekkk!! Uwekk!!" Adriana tersentak mendengar suara Haqq muntah-muntah daripada dalam bilik.
Adriana meletakkan bekas potato crisps diatas meja lalu langkah laju mendapatkan Haqq yang ketika itu berada didalam bilik air.
" Awak kenapa Haqq?" Soalnya melihat Haqq dah terduduk diatas lantai bilik sambil tangannya menompang diatas jamban duduk.
Haqq gelengkan kepala. Dia pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba saja muntah.
" Awak ada salah makan ke?" Adriana mengambil tisu diatas singki lalu mengelap bibir Haqq.
" Tak tahu lah. Aku makan apa. Entah kenapa tiba-tiba muntah." Adriana jatuh kasihan.
" Uwekkk!!!!" Haqq muntah untuk kesekian kalinya.
" Awak keracunan makanan tak." Jawapan daripada bibir Adriana membuatkan Haqq tambah sakit kepala.
" Tak lah. Jangan merepek. Kau pun makan jugak kan?" Ujar Haqq. Dia mengelap bibirnya dengan tisu yang berada ditangan Adriana.
" Kalau tak okay juga, esok kita pergi klinik okay?"
Haqq anggukkan kepalanya lalu dia bangun. Mulutnya dikumur sebelum dia keluar daripada bilik air.
Adriana pula flush tandas itu membuang sisa muntah Haqq. Nampaknya cancel lah dia nak sambung tengok drama. Ada orang sakit pula malam ni.
Haqq terus rebahkan badannya diatas katil namun matanya sempat melirik kearah Adriana yang ingin keluar daripada bilik.
YOU ARE READING
Love, Playboy
Romance"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...