Adriana menemani Medina bermain tepi pantai. Si kecil membuat istana pasir sambil Adriana duduk ditepi melihat tingkah si kecil. Seronoknya dia dapat bercuti dan bermain. Haqq dan Intan pula masih didalam bilik. Entah apa pasangan itu buat , malas Adriana nak ambil tahu nanti sakit hati pula. Lebih baik melayan Medina, lagi bagus hati pun tak sakit.
" Lepas ni kita masuk bilik tau Medina. Tak elok lama-lama kat bawah matahari nanti hitam." Pesan Adriana. Cuaca terik membuatkan Adriana tak betah berlama dibawah sinaran matahari. Sunblock takkan bertahan lama jika berejam dibawah matahari. Hampir sejam juga si kecil ni bermain pantai.
" Ala tak mahu." Si kecil itu mencebik sambil gelengkan kepala.
" Nanti Medina hitam. Dah lah hitam tak comel pula nanti Daddy tak nak peluk Medina. Mummy tak tahu." Saja memberikan ugutan kepada Medina.
Medina terus memandang Adriana dengan terkebil-kebil. Si kecil paling takut berjauhan dengan Haqq. Asyik nak berkepit tapi sekarang sudah kurang sejak ada Adriana. Si kecil itu sekarang banyak menempel dengan Adriana. Mana taknya menempel, si Haqq tu asyik dengan dunia dia je sehingga Adriana terpaksa bersama Medina dengan kerap. Kesian kalau si kecil kurang kasih sayang.
" Tak apa lah, nanti Mummy boleh peluk Medina. Mummy kan sayang Medina?"
Adriana tergamam. Eh pandai pula si kecil ni menjawab. Bagus betul budak zaman sekarang. Rasa nak gomol je si Medina ni.
" Tak nak lah, Mummy tak nak peluk. Medina hitam tak comel." Adriana menjelirkan lidah.
" Aaaaaa Mummy...." Medina terus memeluk batang tubuh Adriana. Takut sangat Adriana tak nak peluk dia. Adriana saja diam tak membalas pelukan Medina. Saja je nak main trick. Ini kalau tak main emosi , dah tentu-tentu sampai malam si kecil ni bergelumang dengan pasir.
" So nak masuk ke dalam bilik ke tak ni?" Adriana memandang wajah Medina. Inginkan jawapan.
" Okay yelah." Si kecil itu monyok.
" Good girl, dah jom bersihkan mainan tu."
" Okay!!!" Ujar si kecil ceria lalu mengambil mainan miliknya yang bersepah diatas pasir.
*
Bunyi desiran pantai melekakan Adriana. Walaupun bercuti macam tak bercuti , Adriana redha. Sudah tertulis suratan takdir. Kardigan yang hampir terbang dibetulkan oleh Adriana. Dia sendirian kerana Medina telah diambil oleh Haqq. Kata Haqq ni percutian keluarga dan sepatutnya Medina ada dengan dia dan Intan. Ceh tapi tadi petang boleh pula tinggalkan Medina dengan dia. Sah lah tu nak buat projek dengan Intan disiang hari. Ingat Adriana kisah ke?
Adriana teringat peristiwa makan malam tadi.
" Eh Encik Haqq kan? CEO Syarikat HH Holding?" Sapa seorang lelaki menghampiri mereka sekeluarga. Tangan dihulur menyalami Haqq. Haqq menyambut mesra.
" Haah ya saya." Senyum Haqq tipis.
" Percutian keluarga ke?"
Haqq anggukkan kepalanya.
" Mana satu isterinya?" Matanya memandang Intan dan Adriana bersilih ganti.
" Yang ni." Haqq tunjuk Intan manakala Adriana dipandang sepi.
" Oh yang ni?" Menyibuk saja lelaki itu.
" Saya pengasuh anak Tuan Haqq." Jawab Adriana spontan sambil senyum tawar.
Intan membeliakkan matanya. Terkejut dengan jawapan meniti dibibir Adriana.
" Untung lah pengasuh dapat percutian mewah. Bagus Encik Haqq."
Adriana menjeling tak puas hati. Kaki sibuk betul. Tak ada adab agaknya. Kalau dia cakap dia isteri Haqq rasanya mesti dia terkejut besar.
Adriana hela nafas berat bila teringatkan layanan Haqq. Haqq sendiri tak pernah memperkenalkan dia sebagai seorang isteri. Selama ini hubungan mereka hanya lah sorok-sorok. Yang tahu tahu je, yang tak tahu memang takkan tahu mereka itu sebenarnya pasangan suami isteri.
Adriana tersedar dari lamunan. Setelah lama berada ditepi pantai. Dia mengambil keputusan untuk kembali ke dalam bilik.
Adriana sengaja jalan lambat-lambat saat melihat figura seseorang bersandar di daun pintu biliknya.
Kenapa orang itu berdiri dihadapan bilik dia?
" Jalan tu cepat sikit. Jangan terhegeh-hegeh. Fikir aku tunggul ke kat sini?" Nyaring benar suara itu sehingga Adriana terpaksa mempercepatkan langkahnya. Matanya tajam merenung wajah Adriana yang kelihatan sugul.
" Mana kad kunci?" Haqq menghulurkan tangannya. Terpinga-pinga Adriana dibuatnya.
" Cepat lah. Mana?" Gesa Haqq. Cepat-cepat Adriana ambil kad kunci didalam poket seluar jeans miliknya lalu dihulur kepada Haqq.
Haqq merampasnya kasar lalu membuka pintu bilik. Adriana mengikuti Haqq daripada belakang.
Haqq mencampak kasar kunci diatas meja. Tubuh dia hempas berbaring diatas tilam. Mata dipejam erat. Tangan kanan ditutup menutupi kepala.
Adriana menutup daun pintu. Tingkah Haqq dipandang sepi. Adriana terpaksa buat tak nampak Haqq. Dia dengan urusan dia nanti dia bersuara ada pula yang menyinga. Adriana mengambil baju tidur didalam begnya lalu dibawa kedalam bilik air. Tubuhnya menghilang menukar pakaian.
" Errr, awak tidur sini ke?" Soal Adriana tiba-tiba saat keluar daripada bilik air. Dia terus menekup mulutnya. Alamak jangan kejut harimau yang sedang tidur.
Haqq terus bangun saat mendengar soalan yang meniti dibibir Adriana. Besar kecil besar kecil sahaja dia pandang Adriana.
" Suka hati aku lah, bilik ni aku bayar. Aku ada hak nak tidur sini."
Adriana menggaru belakang lehernya. Memang cari nahas betul Adriana ni.
" Sorry." Adriana tertunduk lalu berjalan menuju kearah meja sisi katil untuk mengambil telefon bimbitnya dan satu bantal diatas katil.
Haqq menghantar pandangan tak puas hati. Dia pun tak ingin ke bilik Adriana tapi Intan tu paksa dia. Dia kata dia nak berdua dengan Medina. Kata Intan dia perlu mengambil hati anak kandungnya maklumlah bertahun dia tinggalkan si kecil.
Atas desakan Intan maka disini lah dia menghadap wajah Adriana.
Adriana mengambil tempat diatas sofa panjang yang terdapat didalam bilik itu. Terkebil-kebil dia dengan tingkah tak senang apabila tingkahnya dipandang oleh Haqq.
Adriana meletakkan bantal lalu dilabuhkan kepalanya.
Baru kepalanya landing, Haqq dah bersuara.
" Kau buat apa tu?"
" Nak tidur lah apa lagi. Dah malam kan?" Adriana tayang wajah polos.
" Tak ada tilam dah ke dalam bilik sampai nak tidur atas sofa?" Haqq berpeluk tubuh sambil matanya masih fokus kearah Adriana.
" Dah awak nak tidur kat tilam jadi saya tidur sini lah."
Haqq berdecit. Nampaknya Adriana dah membuka langkah menjauhi dia. Satu tindakan yang berani.
" Jangan nak mengada. Tidur sini. Karang sakit badan , aku pula yang kena."
" Tak apa." Adriana gelengkan kepala. Tak naklah dia tidur bersebelahan Haqq. Bahaya lagipun dia dah set dalam fikiran dia yang kini Haqq adalah milik Intan dan mungkin miliknya seorang lagi. Jadi dia tak boleh mendekati Haqq walaupun Haqq suami dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Playboy
Romansa"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana. Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...