54

16.1K 331 10
                                    

Setahun kemudian

" Arfan! Arisy! Aryan!"

" Ya Allah Abang!!! Abang ingat ni pesta mandi ke? Membazir air tahu tak? " Bebel Adriana melihat air melimpah daripada bathtub manakala tiga kembar dan Haqq mandi sambil bermain air.

" Ya Allah Abang!!! Abang ingat ni pesta mandi ke? Membazir air tahu tak? " Bebel Adriana melihat air melimpah daripada bathtub manakala tiga kembar dan Haqq mandi sambil bermain air

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Adriana mencekak pinggang sambil merenung Haqq yang hanya buat wajah innocent dia.

" Alah mummy ni, kedekut betul. "

" Kedekut eh?!!! Tunggu lah nanti siap nasib abang." Ujar Adriana lalu berlalu keluar namun dia berpatah balik kedalam bilik air.

" Sayang tahu dalam masa 10 minit abang dah siap bersihkan bilik air ni dan si tiga ketul dah siap pakai baju. Kalau tak, tahu nasib abang malam ni. No Cuddles atau tidur luar." Ujar Adriana dalam nada tegas.

Haqq telan air liur. Mati lah dia! Adriana sudah keluar mood mak-mak asia.

Haqq rela mengikut kata Adriana daripada tak dapat tidur dalam pelukan Adriana. Mana boleh tidur tak peluk bini.

Dengan masa 10 minit diberi, Haqq terus mengangkat kembar tiga orang satu persatu keluar daripada bathtub.

*

Adriana yang terlelap sekejap terjaga apabila mendengar bunyi riuh rendah. Mana tak penat kalau satu hari dikerjakan oleh Haqq and the gang. Macam ribut rumah dibuatnya. Penat mulutnya membebel lepastu kena kemas lagi.

Adriana menggosokkan matanya lalu berjalan mencari daripada mana arah bunyi bising. Adriana terdengar macam dari arah dapur.

Darah menyerbu naik keseluruh badan Adriana apabila melihat suasana dapur yang tak serupa dapur dah dan yang paling dia terkejut melihat anak-anak kembarnya dah bermandi tepung diatas kerusi bayi. Medina dan Haqq pula sudah tak serupa orang.

" YA ALLAH!!!!! KORANG BUAT APA NI?!" Jerit Adriana kuat sambil memandang marah kearah semua orang berada didalam dapur. Haqq pula sudah menyengih macam kerang busuk.

" Oh No!" Medina sudah menyorok dibawah meja makan. Terkejut dia mendengar suara Adriana menjerit buat kali pertama.

" Medina keluar!!" Adriana menghampiri Medina dibawah meja. Tubuhnya dibongkokkan.

" Medina tak salah. Daddy yang ajak." Ujarnya dibawah meja sambil buat muka tak bersalah.

Adriana gelengkan kepalanya. Selepas satu satu persatu terjadi.

Ini kalau dia ada darah tinggi memang dia dah mati dulu agaknya.

" Come to Mummy." Adriana menarik tangan Medina agar keluar.

Love, PlayboyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang