"Adriana tetap nak Haqq seorang."- Adriana.
Mimpi Adriana menjadi kenyataan apabila dapat menikah dengan lelaki idamannya namun akhirnya perkahwinan mereka hanya demi memuaskan diri mereka sendiri.Haqq menerima Adriana kerana keluarga Haqq yang tak...
" Kenapa kita makan luar hari ni ? " Soal Adriana ingin tahu. Jarang sekali Haqq nak bawa dia keluar makan. Haqq tak malu ke nak tayang dia kat orang awam?
" Makan je lah. Jangan banyak bunyi. " Haqq menyuap makanan dalam mulutnya. Adriana tayang wajah tak puas hati pada Haqq yang duduk dihadapannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Adriana sambung makan tanpa sebarang suara. Harimau yang sedang tidur jangan dikejut.
" Kau tak suka ke keluar dengan aku? " Dingin saja soalan Haqq sehingga Adriana terbungkam. Bukan Adriana tak suka cuma dia ingin tahu kenapa Haqq bawa dia keluar makan?
" Saya suka je keluar dengan suami saya. Dah lama tak keluar berdua macam ni. Feeling dating begitu." Jawab Adriana menyengih. Sengaja nak sakitkan hati Haqq.
" Patut lah kau jealous kalau Nureen keluar dengan aku. Kau pun nak rasa benda yang sama. Sampai kau mengadu kat Nureen kan yang kau tak suka dia keluar dengan aku." Haqq memandang tepat wajah Adriana.
Adriana terbatuk. Apa lah yang Nureen putar belitkan ? Dia cemburu? Memang lah dia cemburu tapi tak ada sampai dia nak mengadu? Bukan ke Nureen yang suarakan tak puas hati siang tadi yang Haqq batalkan temu janji mereka?
Adriana hanya diam. Dia tiada jawapan untuk soalan Haqq yang satu itu. Dia takut salah jawab nanti dia kena lebih teruk. Bukan dia tak kenal mulut berbisa Haqq.
" Walaupun kita dah bersama. Itu bukan hak kau nak halang kau untuk aku keluar dengan perempuan lain. Ada satu benda yang patut kau tahu, aku sentuh kau sebab nafsu je. Aku tetap dengan kehidupan aku. Kalau dengan perempuan lain pun aku boleh mainkan. Engkau pun aku boleh buat benda yang sama." Ujar Haqq jujur. Kejujuran dia tu meretakkan perasaan Adriana.
Adriana tertunduk. Ya, dia sedar diri. Dia tiada apa nak dibandingkan dengan perempuan lain. Kekasih-kekasih Haqq mesti hot sebab tu Haqq tak nak tinggalkan mereka termasuk Nureen.
Selama ini mana ada Adriana halang suami dia keluar dengan perempuan lain. Tak ada kan? Gara-gara Nureen putar belit cerita palsu, tak fasal Adriana kena sembur.
" Maaf Haqq. " Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Adriana.
Dia dah tak larat, dia penat. Semoga misinya yang satu tu cepat tercapai. Dia dah sedia undur diri.
" Itu saja lah yang kau mampu cakap. Cepat sikit makan tu. Aku nak balik."
Adriana anggukkan kepalanya. Dengan kadar segera dia menghabiskan makanan dia. Makanan Haqq yang dah tinggal sedikit, dia habiskan.
Belum sempat Adriana menghabiskan makanan dia yang tersisa lagi didalam pinggan. Haqq terus bangun.
" Awak nak kemana? " Adriana mendongak memandang Haqq yang dah berdiri.
" Nak pergi bayar lah apa lagi. Cepat sikit makan, lambat aku tinggal." Ujar Haqq lalu berjalan menunggu ke kaunter bayaran.
Terkocoh Adriana makan sehingga hampir tersedak. Sosok Haqq ingin keluar dari restoran. Itu petanda Haqq akan tinggalkan dia.